Tugasan 3 Nurul Ain Fathihah Bt Mohd RoshidanD20081032381Self esteem ditakrifkan sebagai kemampuan individu untuk melakukan penilaianterhadap diri sendiri yang akan membawa kepada pembentukan tingkah laku dan aksi mereka pada masa akan datang. Sesetengah ahli psikologi menakrifkan self esteem sebagai yakin diriatau maruah diri. Self esteem dikaitkan dengan kualiti perhubungan antara seorang individudengan individu yang lain mahupun individu dengan alam sekeliling. Selain itu, self esteemsangat memberi kesan kepada kepuasan hidup seseorang individu itu. Self esteem inimempengaruhi imej kendiri seseorang secara langsung, cara individu itu berfikir danmemandang diri sendiri. Hal ini penting kerana self esteem memberi kesan kepada caraindividu berfikir, perlakuan dan tingkah laku individu dan impaknya kepada orang sekeliling.Ianya juga mempengaruhi potensi seseorang untuk berjaya dalam kehidupan. Self esteemyang rendah bermakna individu tersebut kurang keyakinan diri dan berfikiran negatif dalam pandangannya mengenai suatu hal. Self esteem yang tinggi bermakna individu itu mempunyaikeyakinan diri yang tinggi dan selalu berfikiran positif dan optimis terhadap kehidupannya.Semasa individu melalui fasa umur remaja iaitu sembilan hingga 21 tahun, dia dikatakansedang membina dan mencari harga dirinya sendiri. Ketika fasa penting ini, remaja akanmengalami kekeliruan mengenai self esteem dalam akademik, self esteem dalam perhubungandan self esteem skil. Mereka juga tercari-cari siapa diri mereka dan apa yang mereka akan jadidalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Selain itu, remaja juga akanmeletakkan individu dewasa di sekelilingnya untuk dijadikan idola dalam proses dia mencarisiapa dirinya. Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan self esteem danmerupakan tempoh yang genting dalam pembentukan self esteem. Hal ini kerana remajasedang menuju ke alam dewasa dan mereka mula berfiikir akan tanggungjawab dan perananmereka sebagai orang dewasa. Remaja yang mempunyai self esteem yang tinggi mampumenilai diri mereka dan mengetahui sama ada perbuatan mereka akan memberi manfaatataupun merugikan diri mereka sendiri. Mereka dapat mengawal diri mereka sendiri danmengendalikan kehidupan mereka. Sebaliknya remaja yang mempunyai self esteem yangrendah lebih mudah terjerumus dengan dengan masalah sosial, akademik dan kesihatanmental akibat tidak percaya pada diri sendiri, selain dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekeliling yang menambahkan lagi kekeliruan minda remaja yang sudah sedia celaru.