You are on page 1of 10

ISL Minggu 2

Pantang Larang Dan Adat Resam Pelbagai Kaum Di Malaysia

PENGENALAN Suku Jakun, salah satu suku Aslian di Malaysia, bermukim di Kedaik Pahang dan Johor Utara. Suku Jakun, terdiri 2 kelompok suku, iaitu Jakun Hutan (Orang Ulu) dan Jakun Laut (Orang Laut). Animisme masih diamalkan oleh sebagian besar masyarakat Jakun, kepercayaan kepada kekuatan alam yang dipengaruhi oleh alam sekitarnya. Mereka tetap mengamalkan pantang larang yang diamalkan sejak dahulu. Suku Jakun termasuk dalam rumpun proto malayan, yang pada abad ke-19 oleh peneliti AR Wallace disebut "melayu buas". Mereka juga berhubnug kait dengan rumpun erat dengan Orang Laut Orang. Secara fizikal orang Jakun memiliki rupa fizikal yang lebih tinggi dibandingkan dengan masyarakat asli lainnya dari Semenanjung Melayu, seperti suku Semang dan suku Sakai. Orang Jakun biasanya memiliki kulit berwarna coklat gelap. Beberapa orang Jakun telah menikah dengan etnik melayu atau cina. Mereka yang menikah dengan Melayu sebagian besar masuk Islam, sedangkan yang menikah dengan keluarga Cina sebagian mengikuti tradisi agama nenek moyang Cina atau memeluk agama Kristen, selain itu kebiasaan adat istiadat Jakun juga tetap diamalkan.

ISL Minggu 2
A. SOSIOBUDAYA

Kematian

Perlantikan Penghulu

SOSIOBUDAYA MASYARAKAT JAKUN

Kelahiran Anak

Majlis Perkahwinan

1. Perlantikan Penghulu Setiap kampong diketuai oleh seorang katua yang dipanggil Batin. Batin berkuasa penuh di atas segala hal ehwal kampong. Dia juga bertindak dan bertanggungjawab dalam urusan nikah kahwin, sebagai ketua adat dan pentadbiran kampong. Biasanya Batin akan dibantu oleh beberapa orang seperti Mangku, Jukrah dan Satia dalam urusan mentadbir kampong. Semasa ketiadaan Batin di kampong, tugasnya akan dipangku oleh Mangku.

2. Majlis Perkahwinan Majlis ini merupakan satu majlis bersukaria. Mereka tidak menjemput tetamu secara rasmi ke majlis perkahwinan tersebut. Penduduk kampong lazimnya hadir tanpa dijemput. Kebiasaannya pengantin akan menjalani istiadat mendengar nasihat yang berkaitan dengan rumah tangga. Sesiapa sahaj boleh memberi nasihat, walaupun pada

ISL Minggu 2
kebiasaannya ada golongan tua. Iainya memakan masa yang panjang hingga beberapa hari. Adat perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan merisik yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyapdan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja. Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara meminang serta hantaran diikuti dengan penetapan tarikh majlis perkahwinan. Cincin belah rotan digunakan sebagai tanda pertunangan, pengeras (batu kepala) satu suku(duapuluh lima sen) ,dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian, sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu gunting, jarum, dan benang). Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki, saudara mara terdekat, dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampong tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin jugaboleh bertindak sebagai wali, dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabathandai, rakan-rakan dan jiran. Biasanya kedua-dua belah pihakberkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum. Pada malamnya dimulakan dengan upacara malam berinai yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum majlis persandingan pada keesokan harinya. Sebelum majlis persandingan bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin .Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang . Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki memberi salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan tarian lian buah pukul (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki) oleh pihak pengantin lelaki serta pihak

pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas pelamin menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki.Adapun,

ISL Minggu 2
pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut Raja Sehari . Seterusnya, diikuti dengan tarian (silat) sembah pengantin . Tempung Tawar direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu.Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin.Masyarakat Orang Asli mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang durjana. Aspek kasih sayang, persefahaman, keserasian, dan

seumpamanya lagi merupakan elemen-elemen penting dalamperkahwinan.Seseorang Orang Asli yang memohon perceraian dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab orang dewasa dan memutuskan komitmen sepanjang hayat.Perceraian dianggap sebagai tidak bermoral dan bertentangan nilai dan norma suku kaum itu, masyarakat Orang Asli.

3. Kelahiran Anak Sisuami atau jiran akan menghebahkan berita kepada jiran yang berhampiran apabila sudah sampai masanya si isteri akan bersalin. Pada ketika itu kaum wanita akan datang menolong sehingga bayi dilahirkan. Sudah menjadi adat dan kepercayaan bagi masyarakat Jakun di mana suami terpaksa turut sama berpantang semasa isterimengandung. Suami dilarang memakan makanan atau menyentuh benda-benda yang menyerupai dan mempunyai bentuk dan sifat seperti haiwan dan menja;a ikan kerana ia dipercayai boleh mendatangkan kesusahan kepada si ibu semasa hendak melahirakn anak dan membawa akibat yang buruk kepada bayi yang dilahirkan nanti. Suami dan isteri juga tidak dibenarkan memakan daging rusa dan kijang. Pelawat dilarang memuji kecantikan bayi tersebut. 4. Kematian Ketika berlaku kematian sebilangan penduduk di kampung atau wilayah itu akan datang menziarahi si mati. Berita sedih kematian disampaikan oleh pihak keluarga si mati.Aktiviti harian seperti berladang, memburu, berotan, dan sebagainya dihentikan seketika bagi mengelakkan ditimpa malapetaka. Derma ikhlas dilakukan samadawang, berupa makanan dan minuman atau barang-barang masakan kepada keluarga si mati dilakukan mengikut kemampuan masing-masing untuk persiapan upacara

pengembumian. Setelah menerima khabar kematian biasanya, telinga kanak-kanak

ISL Minggu 2
diconteng dengan kapur sireh atau arang yang telah dijampi bagi mengelakkan tersampuk (terkena gangguan roh si mati atau hantu syaitan). Sebelum mayat dikebumikan, dimandikan terlebih dahulu dengan air biasa seterusnya badan si mati disapu bedak tepung tawar. Setelah selesai dimandikan, simati dikapankan menggunakan kain putih tujuh lapis, dalam keadaan terbujur tangan bersilang di dada, bahagian muka dibuka, serta mayat diikat tujuh dan dimasukkan ke dalam keranda. Dikebumikan dikawasan perkuburan nenek moyang dengan menggali lubang berbentuk empat segi bujur sedalam tidak kurang melepasi paras dada. Sudah menjadi amalan nenek moyang mereka dimana kedudukan keranda iaitu bahagian kepala mayat ditanam ke arah matahari terbenam. Dalam suasana kesedihan, anggota keluarga, sudara mara serta rakan-rakan danlain-lain yang hadir diberi peluang mencampakkan segengam tanah ke lubang kubur sebelum ditimbus sepenuhnya sebagai tanda bekalan dan melepas si mati kembali kepada asal usul kejadian manusia, kembali tanah (bumi). Seterusnya, tiang nisan didirikan dengan tujuh lilitan tali kain kapan (cebisan tepi kain kapan). Ahli keluarga dan sudara mara juga berkesempatan menyiram air di atas kubur, malahan ada juga yang bersiram, masing-masing mengucapkan kata selamat ke alam baru dan mengingati roh si mati jangan mengacau ganggu ahli keluarga serta sudara marayang masih hidup. Biasanya juga ahli keluarga si mati akan membawa bersama makanan (termasuk kapur sireh dan rokok) serta air (tea / kopi / milo / susu / air biasa dan / atau kesemuanya), diletakkan pada bahagian kaki kubur si mati, danmemasang api. Pokok Bunga Cempaka atau lain-lain pokok bunga yangbersesuaian ditanam sebagai tanda peringatan dan keindahan alam baru si mati.Anggota keluarga, sudara mara serta rakan-rakan, masing-masing meninggalkan tanah perkuburan dengan tidak menoleh kebelakang, sejauh tujuh langkah dari kubur. Sekembali dari upacara pengkebumian, daun limau selit didinding rumah agar roh simati tidak lepas masuk ke dalam rumah dan terhenti di situ sahaja. Orang yangterlibat dalam aktiviti pengebumian hendaklah mandi terlebih dahulu sebelum naik ke rumah. Sementara pakaian yang dipakai semasa menziarahi kematian, alatan seperti cangkul, pengali, dan sebagainya, juga tidak boleh dibawa naik terus kedalam rumah dan biasanya diletak bejauhan atau luar rumah.Ahli keluarga, dan sudara mara terdekat juga akan mengadakan kenduri kecil setelah genap tujuh hari pemergian si mati atau disebutnujuh hari . Jenis masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur awal pagi. Setelah genap seratus hari, sekali lagi dibuat kenduri besar sedikit disebut meratus Seluruh warga

ISL Minggu 2
kampung dijemput datang. Seperti biasa juga, masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur berserta unggun api dipasang. Selepas meratus hari semua harta benda atau harta pusaka kepunyaan si mati diagihkan kepada ahli keluarga atau waris yang layak atau juga sekiranya diwasiatkan oleh si mati sebelum meninggal. Barangan pusaka atau barangan peninggalan yang tidak diperlukan akan dibakar, manakala barangan harta benda yang selalu sangat digunakan oleh si mati semasa hidup, biasanya dihantar ke kubur beliau.

B. KEPERCAYAAN Suku bangsa Jakun di negeri Johor percaya wujudnya dua tuhan (Tuhan Atas dan Tuhan Bawah), dewata, keramat dan roh-roh penting dalam kehidupan mereka. Tuhan Bawah, suami kepada Tuhan Atas yang mana tugasnya menjaga bumi. Tuhan Atas pula adalah sebgai isteri yang memayungi bumi atau Tuhan Bumi. Mereka mempunyai pegangan ruyub dan raib (kitab suci masyarakat jakun dalam bentuk lisan) yang diwariskan dalam bentuk lisan.

C. PERAYAAN I. Hari perayaan

Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun. Kebiasaannya diadakan semasa cuti Tahun Baru Cina. Ini disebabkan pada hari tersebut, semua penduduk ada di kampung dan mendapat cuti sempena Tahun Baru Cina tersebut. Tujuan mengadakan perayaan ini adalah memuja dan menjauhkan dari segala bencana untuk kampung dan semua penduduk kampung tersebut. Perayaan ini juga ditetapkan dan didahului oelh seorang Tok Pawang atau bomoh kampung. Pada ketika ini, kunjung-mengunjung tidak digalakkan, malah tidak dibenarkan langsung. Orang luar tidak dibenarkan masuk ke kampung yang sedang menjalankan istiadat ini. Ini dipercayai disebabkan takut kalau-kalau hantu-hantu jahat mengikut masuk bersama mereka tersebut.Tok Pawang akan mendahului upacara dengan mengadakan satu tempat khas bagi memuja dan menghalau segala syaitan. Di kawasan upacara ini dipasangkan sangkak dan disediakan satu tempat makan bagi sajian hantu dan syaitan dan hantu yang dipanggil untuk bersama-sama makan. Perkara ini hanya diketahui oleh Tok

ISL Minggu 2
Pawang sahaja. Pada saat ini, Tok Pawang dan pengiringnya memuja dan mengelilingi sangkak yang telah disediakan dengan penuh adat istiadat dan kepercayaannya. Penduduk lain yang diketuai oleh ketua kampung atau batin akan menyediakan makanan yang agak luar biasa dari hari kebiasaannya. Juadah tersebut seperti lemang, kuih-muih dan lauk yang lazat seperti ayam, daging dan bermacam-macam lagi. Selama tiga hari oarng kampung dilarang : Mencangkul tanah atau membajak Mandi secara riuh rendah Memetik segala daun-daun yang hidup seperti pucuk ubi. Mengupas batang pisang atau kulit kayu yang menyerupai cahaya putih. Membenarkan orang-orang kampung lain masuk ke kampung yang telah dibela (pagar). II. Berjerom

Orang Jakun masih percaya kepada hantu, keramat, dewa-dewa dan adat istiadat mengubat pesakit secara berjampi dan ia masih diamalkan sehingga kini. Semangat puaka yang berkaitan dengan tuhan atas dan tuhan bawah masih tebal dalam ingatan mereka. Upacara berjerom akan diadakan di tempat berpuaka seperti batu besar, gua batu, lubuk sungai, pokok-pokok seperti pokok sena, pokok beringin, ara, merbau dan meranti. Oleh itu, sekiranya orang luar yang tidak mengetahui tempat-tempat yang telah diberjerom ini tidak debenarkan sama sekali mengusik barangan yang telah diletakkan di tempat-tempat tersebut. Pada hari itu, mereka akan menurunkan segala ilmu tangkal jampi serta kepandaian bomoh kepada individu yang terpilih. Semua penduduk kampung akan berkumpul dalam upacara tersebut di mana sebelah malamnya, bomoh-bomoh akan menurunkan segala tangkal jampi kepada bakal bomoh yang baru.

III.

Berlancang

Perayaan ini diadakan setahun sekali iaitu hari bagi memuja sungai dengan mengadakan berjenis-jenis masakan. Ia dimakan sambil bermandi selepas patung atau perahu kecil yang dihias dihanyutkan ke sungai.

ISL Minggu 2
D. PANTANG LARANG I. Ladang baru Tiada siapa pun dibenarkan mencabut atau mengubah kayu-kayu yang ditanam atau dijadikan sebagai sempadan di antara satu lading dengan lading lain. jika tidak seseorang it akan jatuh sakit atau terkena pawing yang akan menyebabkan segala tanaman di situ tidak menjadi dan dimusnahkan oleh musuh tanaman. Sangkuk yang ditanam ddalam kawasan lading sangat penting unutk pemujaan hantu dan syaitan supaya menjaga segala tanaman serta membawa hasil yang lumayan kepada lading tersebut. Dilarang seseorang itu mengambil buah-buahan di dalam lading baru sebelum pawing memulakannya terlebih dahulu atau membuka pantang. II. Pantang larang dalam rumah Jatuh dalam rumah yang sedang dibina adalah kurang baik jika seseorang itu terjatuh di rumah yang sedang dalam pembinaan. Akibatnya

mendatangkan sial atau kurang sihat kepada penghuni yang mendiami ruang tersebut. Tidak tidur cukup tiga hari di rumah baru siap jika seseorang itu bermalam di rumah baru siap seeloknya bermalam sehingga tiga malam berturut-turut. Jika kurang daripada iti ia akan mendatangkan perkara yang tidak baik kepda tuan rumah. Rumah baru dijampi dan direnjis dengan tepong tawar tiap-tiap rumah baru mestilah diadakan kenduru atau direnjis dengan tepong tawar. Akibatnya dengan tidak melakukan boleh mendatangkan sial kepada pencarian nafkah penghuni rumah tersebut. Rumah kaum Jakun mempunyai banyak tanda isyarat dan larangan yang perlu diketahui. Tetamu hendaklah memerhatikan persekitaran lorong dan jalan masuk ke kampong hinggalah ke pintu rumah. Jika terdapt daun-daun digantung di hadapan muka pintu atau di dalam rumah tandanya di rumah itu ada orang sakit. Pada ketika itu tetamu dilarang berkunjung atau memanggil tuan rumah tersebut. III. Pantang larang terhadap binatang buas

ISL Minggu 2
Dilarang bercakap besar atau mengata-ngata dengan menunjukkan bekasbekas tapak kaki atau najis binatang buas dengan senjata merbahaya (cakap takbur). Akibatnya dari perbuatan ini, binatang buas akan mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap orang itu. Tempat-tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi atau dilalui. Akibatnya terkena sakit atau mungkin mengigau terna,pak binatang buas itu. Dilarang menyebut nama-nama binatang buas semasa dlam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan sebagainya. Boleh disebut dengan nama binatang samara bersesuaian dengan binatang tersebut seperti harimau dipanggil Pak Belang. IV. Pantang menunjukkan dan menegur kepada sesuatu benda yang ganjil Masarakt kaum Jakun takut menunjukkan atau menegur sesuatu benda yang ganjil seperti melihat gua-gua yang besar, pokok yang menyerupai binatang dan sebaginya. Akibatnya dengan menegurnya itu akan jatuh penyalit atau cacat kepada dirinya.

V.

Ketawa kepada benda-benda atau perbuatan menggelikan hati Orang Asli dilarang mentertawakan telatah binatang yang menggelikan hati mereka seperti beruk, manusia yang menyerupai beruk atau bertopeng unutk berjenaka. Sekiranya mentertawakan kura-kura atau cacing ia boleh mendatangkan petir atau rebut yang kuat serta berlaku banjir di tempattempat pantang yang dilanggar.

VI.

Mungkir janji Tidak boeh mungkir janji dengan Orang Asli kerana mereka boleh ditimpa kemalangan sekiranya mungkirr janji.

VII.

Lain-lain pantang larang Rotan panjang dibawa dengan cara ditarik di muka bumi dari hutan masuk ke kampong. Rotan boleh dibawa masuk dengan menggulungnya atau dikandar di atas bahu.

ISL Minggu 2
Buluh dengan daun-daunnnya ditegah ditarik masuk dari luar ke kampong. Buluh boleh dibawa masuk jika dipotong pendek dan diberkas dengan kemas dan dipikul. Membuat hinggar-bigar atau bising dalam kampong pada waktu pagi. Melakukan perkara yang kurang sopan. Kesemua diatas dipercayai mengikut pantang larang kaum Jakun akan menarik perhatian harimau buas masuk ke kampong dan mnegganas mengikut jejak tarikan rotan dan buluh. Hinggar-bigar membuat binatang buas mengetahui di mana mangsanya. Manakala melakukan perkara kurang sopan dikhuatiri mengancam adat resan dan kesopanan kampong. E. Mendampingi Orang Jakun Dalam kalangan masyrakat ini, lawatan dan kunjungan merupakan amalan biasa seperti masyarakat lain. Mereka mengalu-alukan tetamu terutamanya dari masyarakat lain/ lawatan dan kunjungan juga digalakkan pada musim buah-buahan, waktu kenduri dan perayaan-perayaan khas seperti buka pantang. I. Menziarah

Pada waktu mlaam dan pagi adalah waktu yang sesuai untuk membuat lawatan. Dalam perbincangan pelawat atau tetamu, mereka lebih suka jikalau kita mendengar dahulu apa yang ingin mereka perkatakan sebelum kita mengulasnya mereka sangat suka sekiranya kita ingin belajar adat istiadat kaum mereka. Ketika sampai dirumah, tetamu seharusnya tidak terus naik ke rumah sehingga dipelawa. Semasa berada did lam rumah, tetamu hendaklah memilih tempat yang sederhana. Dilarang duduk atau masuk ke tempat tidur dan ditegah menyentuh barangan yang terdapat di dalam rumah. II. Memulakan perbualan dan perkenalan

Menjamu rokok atau tembakau Dihulurkan kepada ketua rumah dahulu Manjamu rokok tau sebagainya kepada lelaki terlebih dahulu. Untuk perempuan atau gadis, tidak perlu mempelawa kepada mereka tetapi melalui keluarga mereka. Ini bertujuan untuk mengelakkan perasaan cemburu kaum lelaki kepada pelawat.

You might also like