You are on page 1of 9

RANCANGAN PERNIAGAAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG PERINGKAT: RANCANGAN PERNIAGAAN TARIKH CADANGAN: 17 APRIL 2013

Apa itu Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan? 1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci. 2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. 3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumbersumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas. 4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan. 5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit. Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan 1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan Nama perniagaan/projek Tujuan rancangan perniagaan Nama syarikat, alamat dan lain-lain Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan 2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan 3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek) Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan 1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif 2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja 3. Latarbelakang perniagaan 4. Latarbelakang ahli kongsi 5. Kedudukan Projek 6. Objektif Projek 7. Rancangan Pentadbiran 8. Rancangan Operasi 9. Rancangan Pemasaran 10. Rancangan Kewangan 11. Penutup 12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan Bahagian 1 - Pengenalan Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi. Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumatmaklumat berikut:1. Nama Syarikat 2. Jenis perniagaan yang diceburi 3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan 4. Status dan saiz projek 5. Produk 6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan 7. Anggaran kos projek Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya; 1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan. 2. Merancang perlaksanaan projek. 3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan 4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan. 5. Lain-lain. Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti: Alamat Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja. 2. Bentuk perniagaan Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan. 3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran. Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran. 4. Modal Permulaan Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan. 5. Bank Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman. Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
1.

1. 2. 3. 4. 5.

Nama penuh No. kad pengenalan Tarikh lahir Umur Alamat Tetap

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

No telefon Taraf perkahwinan Kelulusan akedemik Kursus yang pernah dihadiri Kemahiran Pengalaman Pekerjaan sekarang Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 Kedudukan Projek Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek. Bahagian 6 Objektif Projek Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan. Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

Pentadbiran Carta Organisasi Senarai jawatan dan bilangan Pekerja Spesifikasi Tugas Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji Senarai Keperluan Pejabat Perbelanjaan Pentadbiran Perbelanjaan aset Perbelanjaan bulanan Lain-lain perbelanjaan Bahagian 8 - Rancangan Operasi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Carta aliran Proses Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja. Unit pengeluaran / jam operasi Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran. Keperluan bahan Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya. Tenaga Kerja Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan. Mesin dan peralatan Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin. Susun atur Ruang Operasi Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut. Lokasi Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli. Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi. Perbelanjaan Operasi Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan. Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

9.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 1. 2. 3. 4.

Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan Sasaran Pasaran Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan. Saiz Pasaran Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali. Pesaing-pesaing utama Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka. Kekuatan dan kelemahan pesaing Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Syer pasaran Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan. Ramalan Jualan Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya. Strategi Pemasaran Strategi Barangan Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan. Strategi Promosi Bentuk Promosi yang dicadangkan Strategi harga Harga seunit yang dicadangkan. Strategi edaran Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut: 1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek 2. Penyata-penyata kewangan: I. Aliran wang tunai II. Penyata pendapatan III. Kunci kira-kira IV. Jadual pembayaran hutang jangka panjang. V. Kos pelaksanaan Projek VI. Pelaburan aset tetap: Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai. VII. Modal Pusingan: Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi VIII. Lain-lain perbelanjaan: Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

Sumber Pembiayaan Projek (SPP) I. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset. II. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal. III. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan) 4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai I. Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja. 5. Prestasi Penyata Pendapatan I. Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai. 6. Prestasi Kunci kira-kira I. Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan. 7. Analisis Daya Maju Kewangan I. Nilai kini bersih II. Kadar Pulangan dalaman III. Nisbah faedah kos IV. Tempoh pulang modal Nilai kini bersih Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju. Kadar Pulangan Dalaman Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur. Nisbah Faedah Kos Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos. Tempoh Pulang Modal Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek. Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

3.

Laman: 1 2 3 4 5 6 Sebelum Selepas

Contoh-Contoh Jadual Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja. Bil Jawatan 1 Pengurus 2 Kerani kewangan 3 Pekerja Ladang

Bil pekerja 1 2 4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan Pengurus Kerani Kewangan

1. 2. 1. 2.

Tanggungjawab Menyelia operasi ladang. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja. Pembayaran gaji pekerja Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan Pengurus Kerani 1 2 3500.00 750.00

KWSP 350.00 75.00

PERKESO 150.00 50.00

JUMLAH 3900.00 875.00

Keperluan Pejabat Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat JENIS 1.Perabut Pejabat 2. Komputer

BILANGAN 1 set 2 unit

Jumlah RM 1000.00 5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran Butir 1. Perabut Pejabat 2. Komputer 3.Gaji dan caruman 4. Pendaftaran dan kertas kerja Perbelanjaan Harta (RM) 1000.00 5000.00 4775.00 2500.00 Perbelanjaan(bulanan) RM Lain-lain Perbelanjaan (RM)

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama 1 2 3 4 Ramalan Jualan

10

11

12

Jumlah

Jadual Perbelanjaan Pemasaran Perbelanjaan harta Butir (RM) 1.Kenderaaan (van) 2. Promosi 3. Insuran dan cukai jalan 40000.00

Perbelanjaan Bulanan (RM)

Lain-lain Perbelanjaan RM)

100.00 500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis Bahan 1. Jagung 2. soya

Kuantiti Digunakan 100 kg

Stok simpanan 100 kg

Harga seunit 0.40

Jumlah belian 80.00

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan Penyelia Pekerja 2 4 3000.00 2400.00

KWSP 300.00 240.00

PERKESO 150.00 100.00

JUMLAH 3450.00 2740.00

Jadual mesin dan peralatan Jenis 1. Chopper 2. Otomatik drinker

Harga 5000.00 12000.00

Bilangan 1 1

Jumlah Harga 5000.00 12000.00

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi Butir Perbelanjaan Harta (RM) 1. Chopper 2.otomatik drinker 3.Gaji dan caruman 4. Contoh Kos Perlaksanaan Projek 1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan Aset Tetap ) ---------------------2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ---------------------3. Lain-lain perbelanjaan ---------------------4. Belanja Luar Jangka ---------------------Jumlah Kos Projek ---------------------Sumber Pembiayaan Projek 5000.00 12000.00

Perbelanjaan (bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

6190.00

1. Modal sendiri ---------------------2. Pinjaman --------------------3. Sewa beli ---------------------4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ---------------------Jumlah sumber Pembiayaan ---------------------Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun) 2002 2003 Hasil Jualan - kos Barang dijual 100,000 70,000 100,000 70,000

2004

2005

100,000 70,000

100,000 70,000

Untung kasar - Belanja-belanja

30,000

30,000

30,000

30,000

Pentadbiran Pemasaran Kewangan Jumlah Belanja Untung Bersih

5,000 3,000 1,000 9,000 21,000

5,000 3,000 1,000 9,000 21,000

5,000 3,000 1,000 9,000 21,000

5,000 3,000 1,000 9,000 21,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kira Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada : Tahun 2002 2003 2004 2005 Aset Tetap Kenderaan susut nilai Jumlah Perlalatan -susut nilai Jumlah Aset Semasa Tunai Si berhutang Stok bahan mentah Stok akhir Jumlah JUMLAH ASET 15,000 10,000 5,000 10,000 40,000 130,000 20,000 10,000 5,000 10,000 40,000 130,000 25,000 10,000 5,000 10,000 40,000 130,000 30,000 10,000 5,000 10,000 40,000 130,000 50,000 5,000 45,000 50000 5,000 45,000 45,000 5,000 40,000 45,000 5,000 40,000 40,000 5,000 35,000 40,000 5,000 35,000 35,000 5,000 30,000 35,000 5,000 30,000

Ekuiti Modal sendiri Untung Bersih Jumlah 10,000 21,000 10,000 21,000 10,000 21,000 10,000 21,000

Liabiliti Baki Pinjaman Pemiutang Jumlah 90,000 9,000 90,000 9,000 90,000 9,000 90,000 9,000

JUMLAH EKUITI dan LIABILITI

130,000

130,000

130,000

130,000

Bahagian 11 - Penutup / Kesimpulan Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan. Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan. Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan) Contohnya:1. Surat sebutharga 2. Sijil kursus 3. Surat sokongan pihak tertentu 4. Surat dapat tender 5. Sijil pendaftaran syarikat 6. Salinan permit/lesen 7. Surat-surat kepujian 8. Bukti modal sendiri 9. Salinan surat Cagaran 10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

You might also like