You are on page 1of 2

1.0 Pendahuluan Hakka (Kji ) adalah salah satu kelompok Tionghoa Han yang terbesar di Republik Rakyat Tiongkok.

. Pada awalnya, istilah "Hakka" tidak merujuk kepada suatu kelompok tertentu.Istilah "ke" () atau "pendatang" pertama kali muncul di catatan kedatangan penduduk pada zaman Dinasti Song untuk menyatakan tentang para pendatang yang telah pergi dari daerah mereka dan tinggal di pelbagai negeri.Oleh kerana tiba di alaf baru, masyarakat tempatan memanggil mereka "Hakka" atau "tamu". Istilah ini kemudian diterima oleh orang Hakka sebagai nama kelompok mereka. Hakka merupakan kelompok Han terakhir yang bermigrasi ke selatan dari Tiongkok Utara secara beransur-ansur semenjak abad ke-4 M kerana bencana alam, perang dan

konflik. Migrasi Hakka keluar dari Tiongkok juga terjadi secara besar-besaran, sehingga kini komuniti Hakka tersebar di pelbagai negara-negara di dunia termasuklah Malaysia. Orang Hakka merupakan kelompok salah satu kelompok terbesar Tionghoa seberang laut. Masyarakat Hakka tradisional tidak menganut sebarang agama secara rasmi dan ketat. Mereka tidak terikat kepada sebarang agama yang khusus. Namun Daoisme muncul sebagai agama yang menjadi ikutan masyarakat Hakka pada awal kemunculan masyarakat tersebut. Kemudian , agama Buddha pula mulai berkembang pada zaman Tang Yizong(860-874M). Kebanyakan masyarakat di Malaysia menjadikan agama Buddha sebagai agama yang mereka anuti. Agama Buddha asalnya lahir di Negara India dan diasaskan oleh Siddharta Gautama yang kemudiannya dikenali sebagai Gautama Buddha. Buddha bermaksud orang yang mendapat kebenaran daripada tuhan. Siddharta Gautama mencari kebenaran dan punca yang menjadikan masyarakat dunia berada dalam kegelapan dan mencari siapa yang menjadikan alam semesta. Setelah mengembara berpuluh-puluh tahun, barulah Gautama mendapat jawapan. Jawapan yang telah ditemui ialah manusia perlu mempunyai agama untuk dijadikan sebagai landasan supaya tidak melakukan beberapa perkara yang tidak baik. Ajaran Buddhisme mempunyai tiga prinsip utama iaitu jalan tengah,lapan jalan dan empat kebenaran . Ajaran ini sama dengan ajaran Hindu yang menggunakan konsep karma. Buddha berpendapat nafsu yang menjadikan manusia terpesong daripada landasan kemanusiaan sehingga melakukan beberapa perkara yang tidak wajar
Nota kaki:(1)http://traditionghoanews.blogspot.com/2012/04/can-khui-co-su-dewa-pelindung.html

You might also like