You are on page 1of 2

NAMA PELAJAR SUBJEK PENSYARAH

: MOHD FAIZAL NOOR BIN ARIFFIN (P73351) : SARJANA SYARIAH SEMESTER 1 : PPPA6053 SISTEM EKONOMI ISLAM : PROF. MADYA DR. SHOFIAN AHMAD

HUKUM UTILITI SUT BERKURANGAN (Law Of Diminishing Marginal Utility) Secara umum dan ringkas hukum utiliti sut berkurangan ialah satu prinsip di mana semakin banyak atau kerap sesuatu barang atau perkhidmatan digunakan maka semakin kurang unit tambahan (yang kedua dan seterusnya) memberikan kepuasan kepada pengguna. Ia mula ditimbulkan oleh ahli-ahli ekonomi pada abad ke-19. (Reynolds, 1980) Utiliti yang dimaksudkan ialah satu ukuran yang bersifat abstrak untuk mengukur kepuasan atau kegembiraan yang dinikmati oleh seseorang pengguna daripada penggunaan sesuatu barang (Gregory mankiw, 2004). Ia bermaksud utiliti ialah unit untuk mengukur tahap kepuasan seseorang pengguna terhadap sesuatu barang. Istilah ekonomi utiliti sut yang membawa maksud kepuasan tambahan di mana unit ukurannya ialah util. Tajuk ini dibincang di bawah bab permintaan dan penawaran. Di dalam Bahasa Inggeris hukum ini dikenali sebagai law of diminishing marginal utility. Ia didefinisikan dengan a psychological generalization that the perceived value of, or satisfaction gained from, a good to a consumer declines with each additional unit acquired or consumed1. Ia merupakan satu generalisasi psikologi di mana nilai yang difahami atau kepuasan yang diperolehi daripada sesuatu barang kepada pengguna menurun dengan setiap unit tambahan dicari atau diguna. Untuk mengira hukum utiliti sut berkurangan dengan simbol MU formula yang digunakan adalah seperti berikut2: MUx = TU/Qx

http://www.businessdictionary.com/definition/law-of-diminishing-marginal-utility.html#ixzz2vWAo43IG, 10/03/2014, 9.00 am 2 http://makromikrostpm.blogspot.com/2010/01/hukum-utiliti-sut-berkurangan.html, 4/3/14, 10.57pm

Makna simbol adalah seperti berikut: Utiliti = Kepuasan MU = Marginal Utility (utiliti sut) TU = Total Utility (jumlah utiliti) P = Price (harga) Q = Quantity (kuantiti) = Perubahan Sebagai contoh jika seseorang minum setin minuman katakan tahap utilitinya 14 util. Tin yang kedua 10 util. Tin yang ketiga 6 util. Tin yang keempat 4 util. Dan tin kelima 0 util. Tin 1 = 14 util Tin 2 = 10 util Tin 3 = 6 util Tin 4 = 4 util Tin 5 = 0 util (tiada lagi kepuasan)

Jumlah utiliti (TU) = 14 + 10 = 24 24 + 6 = 30 30 + 4 = 34 34 + 0 = 34 Utiliti sut (MU) = 24 14 = 10 2-1

30 24 = 6 3-2 34 30 = 4 4-3 34 34 = 0 5-4 Inilah yang dimaksudkan dengan hukum utiliti sut berkurangan di mana pola kepuasan pengguna seperti di atas semakin menurun dengan nilai 10, 6, 4, 0. Jika dia terus mengambil minuman tin yang seterusnya maka nilai utiliti sut akan menjadi negatif.

You might also like