You are on page 1of 31

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

MURID

PENGENALAN
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti P&P berlangsung dalam bilik darjah. Terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid dengan yang lain. Maka guru berperanan penting untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan dengan kaedah yang betul dan tepat.

IMPLIKASI DARI ASPEK MURID


Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan harus bersosial dalam kelompok mereka. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah -Pendekatan penyayang dari guru Budaya bilik darjah yang dinamis.

Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan- bersosial

Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial sama ada golongan atasan atau golongan bawahan.

Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka
Aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid .

Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Maka, semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.

Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid

Unsur-unsur dialek mengikut kaum harus dielakkan.

Murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan bahasa yang betul.

Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai.

Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid bertambah.

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina

Mereka diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Segala aktiviti dalam pembelajaran perlulah melibatkan rakan yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang diberikan oleh guru

Pengurusan hal ehwal murid -Pendekatan penyayangKemahiran komunikasicara. bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, penggunaan alat-alat tertentu spt; komputer, telefon dan sebagainya. -Pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan lebih mudah

Bercakap bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan secara berhemah.

Menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah-nilainilai murni dapat ditanam dalam diri murid.

Tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional.

Budaya bilik darjah yang dinamis

Mementingkan aspek nilainilai murni

Hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru, rakan sebaya dan tahap disiplin terkawalmengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

SEKOLAH

PERINGKAT SEKOLAH
SBP

Peringkat Rendah
SK SJKC SJKT

SMKT SMKA SMK Harian Sek Model khas

Peringkat MENENGAH
SPK

SMPK

IMPLIKASI DARI ASPEK SEKOLAH


Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Pembinaan sekolah mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat Pembinaan sekolah aliran agama Ruang pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat Sekolah Wawasan Sekolah yang interaksi pelbagai jantina

RIMUP
Latar Belakang
RIMUP mula diperkenalkan pada tahun1986 diperingkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja. Usaha KPM untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

Dasar KPM

Hubungan rapat terjalin antara murid. Wujud persefahaman dan perpaduan. Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara sedar dan terancang. Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat.

Kaedah

Pelaksanaan

Sekolah Rendah Kelompok A : (SK, SJKC,SJKT), B: (SK, SJKC), C : (SK, SJKT), D : (SJKC, SJKT) Sekolah Menengah Kelompok A : (sekurang-kurannya 2 SMK), B : (sekurang-kurangnya 2 SMK termasuk SMJK/SMT/SMA/SBP

PEMBINAAN SEKOLAH MENGIKUT TAHAP KELAS SOSIO MASYARAKAT

Penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya. Murid luar bandar juga menerima kemudahan yang dinikmati oleh murid di bandar. Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain.

PEMBINAAN SEKOLAH ALIRAN AGAMA

RUANG PENDIDIKKEPERCAYAAN + NILAI DALAM MASYARAKAT


Murid diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Pihak sekolah perlu menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. Murid harus mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sekolah perlu memberi sokongan moral kepada pihak yang berkewajipan mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid.

SEKOLAH WAWASAN
Pelaksanaan
Berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung/ satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. 2/3 buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, kantin, pusat sumber dan sebagainya.

Matlamat

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

Ciri-ciri Pelaksanaan

Pentadbiran dan pengurusan kewangan - Sekolah wawasan mempunyai 2/3 buah sekolah rendah yang berlainan aliran yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa penghantar masing-masing. Kurikulum dan bahasa penghantar -Mata pelajaran yang diajar di sekolah mengikut kursus-kursus pengajian bagi jenis aliran sekolah. Kokurikulum -Warga sekolah wawasan digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.

SEKOLAH- PELBAGAI JANTINA


Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiviti pembelajaran. Pergaulan berlainan akan mewujudkan interaksi yang berkesan dalam membentuk perpaduan dan integrasi masyarakat. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengelolakan aktiviti yang memerlukan penglibatan daripada pelbagai jantina. Nilai dan budaya masyarakat tidak diabaikan.

KURIKULUM TERSIRAT

KONSEP KURIKULUM
Perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.

(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt; Schubert, 1986)

KONSEP KURIKULUM
Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainnya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan Kurikulum tersirat. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994)

PERINGKAT KURIKULUM

IDEA KURIKULUM TERSIRAT


Pada peringkat awal, diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Ausbrooks (2000) : is composed of the implicit messages in th schools sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a schools so called learning environment. Cahfel (1997) : Terdapat 2 bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 1. Overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit. 2. Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).

KURIKULUM TERSIRAT
Definisi Kurikulum Tersirat : Norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja.

Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. 1. Adams (2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. 2. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang hampir sama mengenai kurikulum tersirat tacit learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and intentional practices. 3. Margolis merumuskan bahawa, terdapat perbezaan aplikasi kurikulum tersirat di peringkat sekolah dengan di peringkat institusi pengajian tinggi.

KURIKULUM TERSIRAT
Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum, antara usaha yang dilakukan adalah melalui peranan kurikulum tersirat ini :-

Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT

KURIKULUM TERSIRAT
Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa pengubahsuaian.

Dalam peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga kategoridiperkenalkan seperti berikut :-

Budaya belajar untuk belajar (memanfaatkan waktu belajar,disiplin dalam belajar, kegigihan dalam belajar dan konsisten dalam menerapkan cara belajar yang efektif.) Budaya belajar untuk pengajar. Belajar untuk pembudayaan / pembinaan tingkah laku terpuji.

KURIKULUM TERSIRAT
Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza diantara murid diperingkat rendah dan tinggi. Murid seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat dan ini termasuklah :-

a) a) Mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian,


tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa dengan meurujuk antaranya APA style (bidang pendidikan, Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of Style (aliran Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama). b) Mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan maya atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku mengikut kaedah Mobile Learning/pembelajaran mobile dengan sebaiknya.

KAJIAN CARPENTER (1985)


1. Hasil kajian Carpenter (1985) mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah. 2. Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion, murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaan dengan budaya belajar sepanjang hayat. 3. Apa yang pelajar alami, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama pensyarah itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik dikertas-kertas yang mereka catat.

4. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu mengajar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti.

KESIMPULAN
Memberi peluang kepada kita untuk mempelajari kepelbagaian budaya. Guru telah disaran bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Menghuraikan bagaimana peranan guru boleh memperkembangkan bakat murid tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Guru juga diingatkan kepada hasilan pembelajaran. Kejayaan bukan dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambilkira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid supaya mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

SEKIAN & TERIMA KASIH

You might also like