You are on page 1of 22

Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

Ditulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian

Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor swasta juga. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini kerana unsur rasuah menghalang penyertaan pelaburan tempatan dan menyekat kemasukan pelaburan asing ke sesebuah negara. Selain daripada itu, banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Justeru itu tidak hairanlah mengapa agenda pembasmian rasuah menjadi salah satu daripada beberapa agenda penting yang diberi perhatian utama oleh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bukti kesungguhan beliau untuk memerangi masalah ini dapat dilihat melalui penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada April 2004 iaitu selepas hanya beberapa bulan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri. Seterusnya agenda ini terus dinyatakan secara berterusan di dalam kebanyakan ucapan-ucapan rasmi beliau. Bagaimanapun Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) baru-baru ini telah menimbulkan sedikit tanda tanya di kalangan masyarakat terhadap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memerangi gejala tersebut. Secara kasarnya, kajian yang melibatkan tanggapan masyarakat peniaga dan penganalisa negara terhadap suasana rasuah di Malaysia telah menunjukkan bahawa berlaku sedikit kemerosotan berbanding keputusan laporan tahun 2005 dan 2004 mahupun 2003. Berdasarkan kepada CPI 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke 37 untuk 2003. Begitu juga dari segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibanding 5.1 peratus untuk 2005; 5.0 peratus (2004) atau 5.2 peratus (2003) Persoalannya di sini ialah mengapa masyarakat peniaga dan para penganalisa menganggap suasana rasuah semakin meningkat di Malaysia? Adakah mereka menganggap tadbir urus di sektor awam dan swasta tidak berada pada tahap yang sewajarnya? Apakah tahap integriti sektor perniagaan dan

pentadbiran negara tidak begitu bagus sehingga mereka menganggap rasuah yang juga ada kaitan dengan masalah tadbir urus ini begitu meruncing di negara kita? Lebih menarik lagi jika kita dapat kaitkan laporan TI ini dengan satu laporan kajian persepsi yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih. Antara kerjaya yang dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik. Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas. Kaitan antara kedua-duanya ialah tentang wujudnya persamaan tentang perkara utama yang diukur iaitu tentang soal integriti terutamanya yang melibatkan soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam negara. Dalam CPI, masyarakat peniaga dan penganalisa merasakan rasuah di Malaysia meningkat. Peningkatan ini tentu saja berdasarkan pemerhatian mereka kepada dunia politik dan dunia perniagaan Malaysia. Pada masa yang sama juga responden soal selidik BEIM merasakan mereka tidak boleh mempercayai ahli politik dan tokoh korporat. Secara tidak langsung kita boleh katakan di sini, permasalahan utama yang membawa kepada isu integriti sebenarnya lebih tertumpu kepada soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam sektor awam mahu pun swasta. Dengan kata lain, jika ahli politik dan tokoh korporat mengamalkan nilai-nilai mulia dalam amalan harian mereka, sudah tentu CPI Malaysia adalah setaraf dengan beberapa negara Scandinavia yang sering mencatat 9.6 - 9.7 peratusan mata untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Setidak-tidaknya pun kita dapat menyaingi Singapura yang berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga ke-5 senarai negara yang paling baik keputusan persepsi rasuah dengan purata 9.4 peratusan mata untuk tempoh 20022006. Walaupun CPI dan kajian BEIM ini merupakan kajian berbentuk tanggapan, ia sebenarnya boleh dijadikan sebagai petunjuk atau panduan untuk menilai tahap rasuah di Malaysia. Kita tidak seharusnya melihat hasil kajian ini dari sudut yang negatif kerana kita boleh katakan bahawa peningkatan persepsi rasuah yang ditunjukkan oleh CPI tadi terutamanya menunjukkan tahap kesedaran masyarakat tentang bahayanya rasuah dan kepentingan unsur integriti juga meningkat seiring dengan iltizam kerajaan untuk memerangi masalah ini. Bagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam usaha pembasmian rasuah, usaha perlu dilakukan

secara berterusan dan menyeluruh. Walaupun adakalanya kejayaan tidak dapat dicapai sebagaimana yang diinginkan, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kepada masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk meningkatkan tahap integriti dan memperkukuhkan sistem tadbir urus mesti dipergiatkan. Begitu juga usaha-usaha memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat, baik yang muda mahupun yang tua. Usaha-usaha sebegini sememangnya memakan masa. Akan tetapi, ia perlu dimulakan dari sekarang jika kita mahu melihat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 nanti.

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7417-rasuah-penghalang-kemajuan-negara

Penyakit Rasuah yang Kian Membengkak


Oleh: Mohamad Safwandi Bin Suaidi Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalam usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Negara terpaksa bersemuka dengan satu penyakit social yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita. Kita singkap Laporan rasuah oleh Transparency International 2010 melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi rasuah tetapi mata yang dikutipnya merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Kajian daripada Tranperancy International itu telah membuatkan penulis berasa terpanggil sekali lagi untuk mengarang artikel yang berpaksikan tajuk "Gejala Rasuah yang Kian Membengkak".

Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda apakah maksud "rasuah"? Nah pembaca sekalian, perkataan rasuah berasal daripada perkataan arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Juga, terdapat beberapa definisi lain yang diberikan oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Dalam kamus Concise Law Dictionary. P.G Osbome memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or

offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward. Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley's Law memberikan definisi the Taking and Giving money for the performance or nonperformance of a public duty.

Dalam ruang lingkup di biosfera ini, rasuah adalah wabak penyakit dan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh membezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Menurut Badan Pemerhati Rasuah Antarabangsa menunjukkan indeks rasuah di negara ini juga membengkak setiap tahun. Barah penyakit sosial ini kian parah umpama tumor yang tumbuh tanpa rawatan rapi. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikuahatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara kita.

Menurut statistik yang telah dilaporkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebanyak 500 tangkapan telah dibuat keatas kesalahan jenayah rasuah. Daripada jumlah ini didapati 191 orang atau sebanyak 38.2 peratus adalah penjawat awam dan seramai 180 orang atau 38 peratus adalah orang awam. Manakala selebihnya ialah ahli-ahli politik, anggota pentadbiran, kakitangan swasta dan lain-lain. Statistik ini merupakan statistik daripada penangkapan oleh SPRM. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dapat dikesan oleh SPRM? Semestinya menjangkau lebih jauh daripada statistik yang dilaporkan. Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan najis rasuah berlaku?

Disini penulis ingin meluahkan sedikit luahan pemikiran penulis dari benak minda yang sentiasa meronta-ronta untuk meluahkannya. Berdasarkan pemerhatian dan hemat penulis, faktor yang terbesar menyebabkan berlakunya gelaja ini ialah seseorang itu

bernafsu besar dalam mengejar sesuatu yang diingini tetapi kewangan hanyalah ciput, sikap yang ingin bermewah-mewah, tidak sabar hendak mengalahkan kekayaan Robert Kuok (Orang terkaya Malaysia), mereka mempunyai keyakinan melampau batas sehingga yakin diri mereka tidak diambil tindakan undang-undang ataupun diketahui oleh pihak berkuasa. Gejala rasuah yang kian membengkak ini sebenarnya merugikan banyak dana dulang emas Negara yang kaya ini. Berdasarkan penyataan dariapada Morgan Stanley pada tahun 2004, beliau menganggarkan bahawa rasuah dalam tempoh dua dekad dari pertengahan tahun 1980-an telah mengakibatkan kerugian kepada Negara melebihi AS$100 billion. Analisa di atas tadi menyatakan bahawa rasuah meningkat saban tahun. Bagaimana kalau tempoh rasuah dalam jangka masa dekad tersebut bermula dari tahun 1990? Sudah tentu jawapan yang kita dengar agak sumbang namun itulah realiti yang kita harus terima. Malah Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pada tahun 2008 menganggarkan sebanyak RM10 billion hilang daripada pertumbuhan Negara kasar kerana rasuah. Jelas sekali pembaca sekalian, Perasuah ialah pengkhianat Negara.

Pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersubahat dengan rasuah adalah pengkhianat Negara. Pembahagian hasil Negara hanya tertumpu kepada orang yang tertentu sahaja dan menaikkan inflasi Negara sekali gus menyebabkan ekonomi Negara pumping. Dengan demikian, golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan petani, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan yang dhaif yang lain yang tidak mengerti apa-apa tentang pengurusan harta Negara dan berasa tertekan akibat kenaikan harga barangan disebabkan oleh ekonomi Negara yang tidak menentu. Apa yang nyata, kadar celik huruf dan celik akal dalam kalangan rakyat Negara ini semakin tinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isuisu rasuah di Negara ini. Oleh itu, kita semua hendaklah berusaha memerangi jenayah rasuah Negara kita ini secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahupun swasta. Bertitik tolak dari situ, Kita tidak dapat menafikan usaha pihak kerajaan dalam pembasmian rasuah. Dalam pelan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mempunyai enam NKRA yang telah diputuskan oleh kabinet dan salah satu daripada enam NKRA tersebut ialah membenteras jenayah. Apa yang penulis ingin persoalkan ialah adakah pihak tersebut serius dalam menangani gejala rasuah tersebut berdasarkan kelemahan yang banyak dalam pelaksanaan pembasmian rasuah tersebut.

Persepsi mengenai amalan rasuah di Malaysia telah meningkat dan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Persepsi Rasuah (CPI) di bawah Transparency International telah menurun daripada tempat 23 tahun 1995 kepada 56 pada tahun 2010. Pada tahun ini Negara Malaysia hanya tersangkut di tangga ke 56 berbanding tahun lalu namun CPI berkurangan daripada 4.5 kepada 4.4 sedangkan sasaran di peringkat NKRA adalah untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9.

Secara tuntasnya, langkah untuk mengatasi endemik ini harus diteliti dan pantau oleh semua pihak dengan efektif. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi ke akar umbinya. Sikap tidak endah dalam mengatasi masalah ini menyebabkan Negara kita lagging kebelakang Negara maju yang lain. Mungkin konsep mencegah lebih baik daripada mengubati amat berkesan bagi memastikan rasuah terus dikuburkan dan ditalqinkan ditempat yang sepatutnya. Penulis mengajak dan merayu kepada pembaca sekalian agar memerangi gejala yang menjadi barah dalam daging ini kerana kita tidak dapat memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan secara total. Ianya bermula daripada individu itu sendiri. Akhir kalam, semoga penulisan secara tidak lansung

memberikan sedikit suntikan baru buat kita untuk mengelak diri dari gejala tidak sihat rasuah ini dan berusaha membenterasnya. Jika kita lihat dari segi statistik rasuah, jelas terpapar menunjukkan bahawa kadar rasuah di negaranegara maju adalah rendah. Kita perlu renung dan berfikir dari pelbagai sudut. Jika ingin menjadi sebuah negara yang maju, rasuah perlu dihapuskan.
http://wandy-infinity.blogspot.com/2010/10/gejala-rasuah-yang-kian-membengkak.html

Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM)2008


Posted on December 19, 2008 | 1 Comment

Langkah memperluaskan undang undang pencegahan rasuah Malaysia merangkumi beberapa pihak baru termasuk abang/ adik ipar, ayah/ ibu mertua, menantu, sepupu, emak saudara dan bapa saudara merupakan suatu langkahextreme tetapi mungkin perlu dalam perang mencegah rasuah yang sedang berleluasa sekarang. Dengan lulusnya rang undang undang SPRM 2008 ini, lebih ramai lagi mereka yang tidak sabit kesalahan dahulunya, kini boleh didakwa dibawah peruntukan baru ini.

Saya kurang pasti sama ada undang undang serupa wujud di negara lain, jika adapun mungkin tidak banyak negeri mengambil langkah sedrastik yang dibuat di Malaysia.

Keadaan ini mencerminkan betapa seriusnya masalah rasuah di Malaysia pada hari ini. Jika dahulu masalah rasuah biasa kita dengar di Indonesia, Nigeria dan beberapa buah negara lagi, kini rasuah lazim berlaku disini, malah mungkin lebih hebat dari setengah setengah negara itu.

Berikut ialah statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia:

Tahun

Jumlah Tangkapan

2003

339

2004

497

2005

485

2006

557

2007

590

Data di atas menunjukkan jumlah tangkapan rasuah meningkat dari 339 kes dalam tahun 2003 kepada 590 pada tahun 2007, iaitu kadar kenaikan 18.5% setahun. Data di atas hanya menunjukkan jumlah tangkapan, jadi kes sebenar sudah pasti lebih tinggi setelah dikira kes kes yang tidak di ketahui umum.

Dari perspektif yang positif, boleh diandaikan, Badan Pencegah Rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun. Sebaliknya angka ini boleh juga diinterpretasi sebagai tanda meningkatnya gejala rasuah di Malaysia.

Persepsi Antarabangsa tentang masalah rasuah di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Indek Persepsi Rasuah(IPR) Malaysia yang di keluarkan oleh Transparensi International kita perturunkan di bawah:

Tahun

IPR Malaysia

Ranking dalam Dunia

2001

36

2002

4.9

2005

5.1

2006

2007

5.1

43

2008

5.1

47

Jadual di atas menunjukkan IPR Malaysia pada tahun 2008 kekal pada angka 5.1 walupun ranking Malaysia telah merosot kepada tempat ke 47 berbanding 180 negara, berbanding dengan tempat ke 43 pada tahun 2007. Ini menunjukkan persepsi rasuah di Malaysia tidak berubah, tetapi persepsi bertambah baik dalam kira kira empat buah negara lain. Berbanding negara ASEAN yang lain, Malaysia menduduki tempat kedua terbaik selepas Singapura dengan angka IPR 9.1.

Gejala rasuah berlaku kerana wujudnya suasana atau peluang untuk memberi dan menerimanya.

Biasanya si penerima rasuah bersifat materialistik atau tamakkan harta. Beliau lebih mengutamakan kepentingan individu keatas tugas dan tanggungjawabnya. Sungguhpun sifat ini di cegah dan dikutuk oleh agama, tetapi ia berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan Melayu yang beragama Islam.

Si pemberi rasuah pula biasanya terdiri daripada golongan swasta yang berkepentingan yang mahu mendapat sesuatu kontrak atau habuan kerajaan dengan jalan mudah. Terdapat juga golongan perasuah dari kalangan pesalah trafik, kastam, imigresyen dll. yang mahu mengelak daripada tindakan undang undang.

Memandangkan pegawai kerajaan adalah orang Mealayu, jadi ramai daripada penerima rasuah adalah orang Melayu. Begitu juga kerana ramai peniaga peniaga adalah orang Cina, jadi ramai yang memberi rasuah adalah dari kaum Cina.

Dengan demikian gejala rasuah ini merupakan ancaman besar kepada negara, terutama kepada kaum Melayu. Nampak nya bangsa Melayu bersifat lemah sekali ketika berdepan dengan masalah ini. Nilai murni Islam yang sepatutnya menjadi benteng utama kaum Melayu nampaknya tidak berkesan dalam hal ini. Dimanakah letaknya kesilapan kita sebagai bangsa Melayu dan penganut agama Islam?

Jika di pandang dari segi pendedahan kepada agama dan nilai murni, bangsa Melayulah yang paling banyak di beri ceramah agama, samaada melalui radio, televisyen, di masjid masjid, disekolah sekolah, di foram foram dsb. Tetapi mengapa tiada kesannya, sehinggga kita memerlukan undang undang yang begitu ketat sebagai pencegahan.

Adakah ini kerana penceramah agama Islam terlalu sebok berceramah politik? Mereka lebih gemar membincangkan sama ada Allah itu takbur atau tidak, sumpah Saiful itu betul ikut Islam atau Ikut kaedah Ugama Kristen, ada empat saksi lelaki atau tidak, atau Islam Hadari itu Islam asal atau tidak. Jika di teliti, perbalahan ini tidak perlu dan tidak memberi faedah kepada pembangunan ummah. Ini semua memesongkan perhatian masyarakat kita kepada perkara yang tidak pokok dan lari daripada perkara yang perlu dalam membentuk peribadi Melayu.

Adakah ini kerana sikap jumud golongan Agama yang terlalu mengongkong umat Melayu, sehingga ramai kini tidak menghiraukan langsung kata kata nasihat mereka?

Adakah ini berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan soal nilai murni, seperti integriti, kejujuran dan keikhlasan, serta kegagalannya menghindar nafsu tamak manusia?

Oleh kerana kelemahan Bangsa Melayu dalam hal ini, kerajaan mendapati perlu mengetatkan undang undang pencegahan. Kita akui penyakit yang sudah mudarat, sukar di ubati. Sama ada langkah ini akan berjaya hanya kita ketahui dalam jangka masa beberapa tahun yang akan datang.

Jika ditinjau suasana di Singapura, negara itu hampir bebas dari gejala rasuah, sungguhpun ia memiliki sejarah pentadbiran serupa Malaysia. Tetapi Kerajaan Singapura sedar masalah ini sejak awal awal lagi dan mengabil tindakan dengan menaikkan gaji pegawai awam serta memperhebatkan langkah pencegahan sebelum gejala rasuah bertapak di sana.

Di bawah aya perturunkan petikan akhbar South China Morning Post bertarikh August, 1973 yang menyentuh perkara ini: Singapores approach to the problem of corruption is, we are told, simply one of efficiency in administration. The theory is that there is no room for corruption which thrives much better in an inefficient administration in which there are plenty of loopholes for it to flourish unnoticed and unchecked, where there is scope of hoodwinking and beating the system. An efficient administration can only be run by people who are turned on by and, good at, efficiency; people who are thereby content rather than discontent, fulfilled rather than frustrated, dedicated rather than disloyal, satisfied rather than dissatisfied, uncorrupt rather than corrupt. By giving people their self-respect and enough money in their pockets by restoring to them, if you like, their dignity and its corresponding integrity of purpose they are more likely to regard corruption as beneath them and less likely to abandon their public and private consciences; less likely to sell their soul to the devil. Bob Crew in On Corruption, South China Morning Post August 1973 Pendekatan secara undang undang ada baiknya, tetapi ada pula hadnya. Ini kerana ia berasaskan andaian pihak penguatkuasa dan pengamal undang undang itu sendiri cekap, tegas dan bebas daripada rasuah. Perlu diingatkan penguatkuasaan undang undang dalam hal hal lain di Malaysia pada amnya adalah kurang berkesan.

Pendekatan undang undang juga kurang berkesan sebab pengamal rasuah seperti penjenayah lain pasti akan menemui loopholes dalam perundangan untuk meneruskan amalan buruk mereka. Suatu kes yang berkaitan baru baru ini, tentang usaha Kementerian Pengangkutan mengurangkan kemalangan dengan mensyaratkan teksi, lori, van penumpang dan bas perlu diperiksa tiap tiap tahun untuk membaharui lesen. Sepintas lalu tujuannaya baik, tetapi dalam suasana sekarang, ini akan memberi peluang baru untuk pengamal rasuah dalam kerajaan.

Usaha memerangi rasuah kini adalah suatu langkah yang kritikal dan amat penting. Kejayaan atau kegagalannya akan menentukan samaada negara kita akan terus menjadi negara maju menjelang tahun 2020 atau sebaliknya menjadi kucar kacir dan menemui kegagalan.

Ini kerana, dengan wujudnya fenomena rasuah , budaya mementingkan diri sendiri dikalangan pegawai kerajaan, orang politik, dan penjawat lain berleluasa. Dengan suasana demikian setiap dasar dan program kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya, ketika kerajaan menetapkan dasar menghadkan pengambilan pekerja asing dalam sesuatu sektor, ini tidak diendahkan oleh pegawai pegawai yang berkenaan, pasti disebabkan rasuah. Ini berlaku walaupun tindakan demikian membahayakan negara. Jikalah ramai anggota polis juga cuai dalam mengambil tindakan keatas penjenayah atas sebab rasuah, pasti keselamatan negara akan terancam.

Jika keadaan begini berterusan pasti ia merosakkan budaya masyarakat, terutama dikalangan orang melayu, mereka jadi hilang pedoman, negara menjadi kucar kacir dan ekonomi akan merudum.

Wabak rasuah di Malaysia merebah di semua lapisan masyarakat, dari pada orang politik atasan hingga kakitangan bawahan, daripada yang bergaji lumayan hinggalah kepada yang bergaji kecil.

Maka usaha membenteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini bererti ia perlu bermula daripada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan bawahan.

Oleh itu kerajaan dan semua masyarakat di negara ini perlu mengambil langkah yang perlu dan tepat bagi menghindarkan amalan rasuah.

Update 2.11.11 Kaji selidik Transparency International ke atas 28 buah negara mendapati bahawa Malaysia mencatatkan 7.6 mata, iaitu di bawah mata purata sebanyak 7.8 daripada 10 mata penuh (tidak kemungkinan langsung memberi rasuah). Keputusan terbaru itu adalah yang terbaik sejak indeks itu mula-mula diperkenalkan pada tahun 1999.
http://dahalmi.wordpress.com/2008/12/19/rang-undang-undang-suruhanjaya-pencegahanrasuahsprm2008/ Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. penyalahgunaan harta negara. merugikan negara memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Ekonomi[sunting]
Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak berdaya maju. Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projekprojek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan

melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" http://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah 2.0. Ciri-ciri Masalah Etika Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap sahaja. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh melalui pemberian rasuah, sesetengah pihak merasakan bahawa dengan memberi rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya dengan memberi rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan cepat. Ini juga akan menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut dan tiada ketelusan di dalam sesebuah organisasi. 2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan. Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini, saya rasakan bahawa tindakan tersebut telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini kerana dengan tindakan beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan beliau sendiri secara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk belajar di universiti. Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada masalah pengganguran kepada negara. Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak berjaya ini merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya ini boleh merugikan negara. 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala alternatif yang ada. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif yang ada. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah punca masalah dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat.

Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum membuat keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau. Keputusan yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai alternatif lain terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara beliau. Disebabkan kegagalan beliau untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi menyelesaikan masalah kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan saudara-mara beliau, keputusan yang diambil didapati tidak beretika. 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada masa hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang negatif terhadap organisasi itu sendiri. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru yang bocor ini adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sikap tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada hakikatnya syarikat berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu, tetapi hasil yang berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari kebocoran yang sering dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan. Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di universiti yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan kedua universiti. Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan beliau sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan, akan tetapi dengan tindakan beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti khususnya jabatan saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar akan tercalar. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan tercemar disebabkan dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke universiti. 2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yang minima. Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai sesebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang telah memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara, tindakan ini diambil atas dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan mesin di

dalam kilang. Walaubagaimanapun, dengan kegunaan alat penapisan asap ini kadar pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah. Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara beliau di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. Walaupun nama-nama saudara beliau telah disenaraipendekkan, ini tidak bermakna nama-nama tersebut akan terus dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. Nama-nama ini akan melalui pelbagai tapisan yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi pengambilan pelajar kali ini. 2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa

mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Ini kerana kebanyakan keputusan yang dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak atasan. Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah disebabkan kos jualan yang meningkat, ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang ingin bayaran bonus sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Walaubagaimanapun, demi untuk menjaga kepentingan peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus ini tetap dibuat. Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi. Beliau langsung tidak mengambilkira kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Tindakan ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahan beliau.

3.0 Teori Etika Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). 3.1 Ciri Taakulan Etika Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada perkara

yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di jadikan piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika Deontologikal klasik(Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. 3.2 Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang berbeza. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku tidak adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan sesuatu pada haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan pegawai itu melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . Islam memerintahkan kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007)http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu . (Al Quran , surah An-Nisa: ayat 135). (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati

dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan,terdapat cara yang kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan, iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (http://www.mail-archive.com/mencintaiislam@yahoogroups.com/msg00322.html : 24 June 2007) Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di bincangkan. 3.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti. Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

3.4 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang sama. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan pelajar rayuan. 3.5 Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi,

berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan yang tepat. 3.6 Teori Kebebasan Diri Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain. Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki, yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu dengan memperdagangkan masa depan orang lain.

4.0 Masalah menurut undang-undang Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan, eloklah di nyatakan definisi tentang undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis yang mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat. Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan, mengikut undang-undang., selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah , maka beliau tidak akan bersalah. Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan seseorang itu jujur atau tidak. Jadi , secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh pegawai itu adalah tidak salah dari segi undang-undang. Namun, dari segi etika, 4 daripada 5 etika yang di bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. Jadi terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika.

5.0 Penyelesaian masalah Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah, tidak beretika dan bermoral kerana teori hukum alam, teori universalism, teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas menunjukkan apa yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak kebebasan diri dan undang-undang menyatakan ia tidak salah. Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu saya akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Saya berbuat demikian kerana saya merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan keadilan bagi mereka. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. Selain itu saya berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan pegawai saya itu, ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus pendidikan dan ini seterusnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana kehilangan banyak cerdik pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa menghadapi risiko pada kerjaya, saya tetap megambil keputusan itu kerana saya mengetahui apa yang saya lakukan adalah suatu keputusan yang terbaik.

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional/
8/20/2010

RASUAH
Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyak projek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke

negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara. Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana amalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara.

http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/rasuah_27.html http://www.2dayblogger.com/malaysia-di-ranking-ke-54-dalam-indeks-persepsi-rasuahcpi/

Malaysia Di Ranking Ke-54 Dalam Indeks Persepsi Rasuah(CPI)


Posted by: Faisal

Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu PETALING JAYA Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini berbanding tangga ke-60 tahun lalu, menurut Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M), Datuk Paul Low.Beliau berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara. Penambahbaikan ini dijangka. Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod, katanya pada sidang media mengenai keputusan CPI Malaysia untuk 2012, yang dikeluarkan Transparensi Antarabangsa seluruh dunia di sini. Terdapat penambahbaikan pada ranking, tetapi kedudukan Malaysia terus berada purata julat tengah dan kita berharap untuk melihat dalam tempoh dua tiga tahun lagi, meningkat luar biasa kepada poin 60, katanya.Beliau memuji komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah di mana Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang berani memasukkan CPI sebagai sebahagian Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memerangi rasuah.

Low berkata, Malaysia beranking ketiga di kalangan negara Asean di belakang Singapura yang memperoleh 87 mata diikuti Brunei Darussalam di tempat kedua dengan 55 mata.Thailand (37 mata), Filipina (34), Indonesia (32), Vietnam (31), Kembodia (22), Laos (21) dan Myanmar (15). Tiga tempat teratas ialah Denmark, Finland dan New Zealand masing-masing memperoleh 90 mata diikuti Sweden (88), Singapura (87), Switzerland (86), Australia dan Norway masingmasing mendapat 85 mata diikuti Kanada dan Belanda dengan masing-masing mengumpul 84 mata. Dalam respons segera, Pengarah NKRA dan NKEA Pemandu, D. Ravindran berkata, mereka akan menggandakan usaha memerangi rasuah termasuk memperkenalkan kursus untuk pembuat undang-undang yang akan dilakukan SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata, Pemandu turut gembira untuk bekerjsama dengan Ti-M dan Institut Integriti Malaysia dan SPRM dalam menangani isu rasuah secara lebih serius. Bernama

13/7/2013

You might also like