You are on page 1of 13

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lainlain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkahlangkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya

KAJIAN MASA DEPAN

Satu Cara Kita Menyusun Pemikiran Satu Cara Kita Mengkonsepsikan Kehidupan Tindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka Panjang Keputusan-Keputusan Yang Kita Akan Ambil

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa Depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

1. Kaedah Tradisional Tugasan membaca buku teks Melalui pembacaan murid akan dapat meramal kemungkinan terjadi sesuatu perkara berdasarkan pengalaman lalu. 2. Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan Murid meramal sebelum membuat sesuatu penyelesaian sama penyelesaian itu betul atau tidak

3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - Sumbangsaran Menjalankan perbincangan serta sumbang saran dalam memperoleh sesuatu keputusan. 4. Kaedah Kolaboratif - Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.

Strategi Berpusatkan Guru: Perancangan Seorang Guru

Perancangan Yang Strategik

Isu dan Tema Yang Relevan

Berpusatkan Murid

Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokrikulum atau Sepanjang Hayat

Peranan Guru
Sebagai Fasilitator

Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Latih-tubi Simulasi Main peranan Sumbang saran Teknik soal jawab DSB

Tunjukcara oleh guru, Tayangan filem, video dan keratan akhbar Perbincangan dalam kumpulan kecil, Perbincangan, pembacaan, input guru. kerja projek, eksperimen, Penulisan sendiri kerja projek Penulisan kendiri

Berpusatkan guru Guru menyediakan bahan atau aktiviti yang boleh merangsang minda murid. Berpusatkan murid. Murid melakukan aktiviti serta mentafsir atau bertindak berdasarkan apa yang diperlukan dalam situasi

You might also like