You are on page 1of 15

Gangga Negara

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumiBeruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dariCoromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke6 Masihi yang dijumpai di Beruasmenunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh RajaKhmers dari Kemboja. Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan (Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya. Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Langkasuka
Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, Lang-ya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah kePattani. Persoalan bagaimana

Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515

M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada KerajaanSrivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani. Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Pan Pan

Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya. Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke China.[1] Pada tahun 616 dan 637 Kerajaan Pan Pan menghantar ufti kepadaDinasti Tang[2]

Srivijaya
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera danSemenanjung Tanah Melayu[1] yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara.[2] Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671.[3][4][5] Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683

masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.[6][7] Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad
[2]

ke-13

disebabkan

pelbagai

faktor,

antaranya

ialah

kebangkitan

kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya adalah pusat pengembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri() bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" () bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".[8] Selepas kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara. Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa PerancisGeorges Coeds dari cole franaise d'ExtrmeOrient.[8] Kebesarkan raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang mensifafkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakit, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.

Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam [1] rekod Cina) Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah keLembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab,India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Budaya
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa [136] utama negara ini. Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawaboleh digolongkan sebagai "Melayu"

mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di [137] Semenanjung dan Kadayan di Borneo. Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, yang seramai 600,000 [138] orang , diikuti kaum Bidayuh yang seramai 170,000 orang dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum [139] peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazan yang kebanyakannya beragama Kristian dan mengusahakan [140] sawah padi. Di Semenanjung ada 140,000 Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini, baik di Semenanjung mahupun di Borneo, mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindahrandah, terutamanya kaum Punan, Penan dan Senoi. Malangnya, tanah pusaka dan tempat berburu mereka makin berkurangan akibat tuntutan kerajaan yang memaksa mereka ke tanah yang kurang subur hingga mengancam cara [141] hidup tradisional mereka. Malaysia diduduki oleh sebuah masyarakat Cina seramai enam juta orang yang kebanyakannya adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Tidak dilupakan satu suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya [142] Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka , iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah. Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah [143] British untuk mengusahakan dusun. Sebilangan kecil rakyat Malaysia berketurunan kaukasia dan bertutur dalam bahasa kriol, seperti Kristang (terbitan [144] [145] bahasa Portugis), dan Zamboangueo Chavacano (terbitan bahasa Sepanyol). Kaum minoriti lain di Malaysia termasuk orang Siam, Burma, Cham dan Khmer.

Kebudayaan Malaysia Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa

perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor. Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Melayu Hari ini, masyarakat Melayu, kumpulan etnik terbesar Malaysia, merupakan lebih daripada 50% jumlah penduduk. Di Malaysia, nama Melayu merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam dan tradisi Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pengislaman mereka daripada agama Hindu dan Buddha Theravada bermula pada 1400-an, kebanyakannya dipengaruhi pengaruh kerabat diraja Melaka. Masyakarat Melayu dikenali kerana sifat lemah-lembutnya dan warisan seni. Cina Kumpulan etnik kedua terbesar, masyarkat Cina Malaysia, membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya keturunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal kerana ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Tiga sub-kumpulan yang bertutur dalam dialek Cina yang berbeza adalah masyarakat Hokkien yang biasanya tinggal di Pulau Pinang; Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur, dan kumpulan berbahasa Mandarin yang tinggal kebanyakannya di Johor. India Kumpulan etnik paling kecil antara ketiga-tiganya,masyarakat India Malaysia membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan berbahasa Tamil yang datang ke negara ini sewaktu penjajahan British. Terpesona dengan peluang untuk melepaskan diri daripada sistem kasta India, mereka datang ke Malaysia untuk membina kehidupan lebih baik. Menganuti agama Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias, makanan berempah dan sari mewah. Kumpulan Etnik Bumiputera Orang Asli Orang Asli adalah kata umum yang merujuk kepada sebarang kumpulan bumiputera di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan puak utama: Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negrito biasanya hidup di bahagian utara, Senoi di pedalaman tengah dan Melayu Proto di selatan. Setiap kumpulan atau sub-kumpulan mempunyai bahasa dan budayanya sendiri. Ada yang merupakan nelayan, petani, dan ada juga yang berpindah-randah. Sabah

Kumpulan etnik bumiputera paling besar dalam populasi Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Kadazan Dusun Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman Sabah. Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Bajau, membentuk kira-kira 15% jumlah penduduk negeri. Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. Bajau darat ini dipanggil 'Koboi dari Timur' kerana kemahiran berkuda yang mengagumkan, yang dipertontonkan kepada umum pada perayaan Tamu Besar tahunan di Kota Belud. Murut Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut, membentuk kira-kira 3% jumlah penduduk negeri. Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing. Seperti kebanyakan puak bumiputera di Sabah, pakaian tradisional mereka dihiasi manik-manik cantik. Sarawak Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman, adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai kepada lebih daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di rumah panjang, rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100 keluarga. Iban Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak, orang-orang Iban membentuk 30% daripada jumlah penduduk negeri ini. Kadangkala secara salah faham mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan perlawanan yang digeruni dan terkenal dengan pemburuan kepala dan pelanunan. Secara tradisi, mereka menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan. Walaupun pada masa sekarang, kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.

Bidayuh Sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah, orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. mereka membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian. Orang Ulu Juga dikenali sebagai suku kaum hulu sungai Sarawak. Mereka membentuk kira-kira 5.5% dari penduduk Sarawak, terdapat lebih dari 100,000 suku kaum Orang Ulu yang berbeza. Memang boleh dikatakan yang mereka adalah orang yang paling artistik di Borneo, rumah panjang mereka yang besar dipenuhi hiasan yang berlebihan dengan mural dan ukiran kayu yang sangat indah; peralatan mereka dicantikkan dengan hiasan kerja manik yang rumit; dan wanita dari golongan bangsawan menutupi badan mereka dengan lukisan tatu yang sangat perinci dan halus. Permainan dan Hobi Silat Seni mempertahankan diri Melayu yang menarik ini juga adalah sukan antarabangsa dan suatu bentuk tarian tradisional. Wujud di Kepulauan Melayu sejak berkurun lamanya, ia mempunyai pergerakan yang licin dan memukau yang digunakan untuk mengagumkan persaingannya. Adalah dipercayai dengan mengamalkan silat, akan meningkatkan kekuatan rohani selaras dengan ajaran Islam. Diikuti dengan gendang dan gong, seni purba ini amat popular dipersembahkan pada majlis perkahwinan Melayu dan perayaan budaya. Sepak Takraw Dikenali juga sebagai sepak raga, ia adalah permainan bola tradisional di mana sebiji bola, dihasilkan daripada anyaman buluh atau bambu, ditimang oleh pemain-pemain menggunakan sebarang bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Terdapat dua jenis permainan sepak takraw: bulatan dan jaring. Sepak raga bulatan adalah bentuk asal permainan ini di mana pemainnya membentuk bulatan dan cuba memastikan bola berada di udara seberapa lama yang boleh. Sepak takraw jaring adalah versi moden di mana bola dihantar melepasi jaring tinggi. Wau Wau adalah permainan layang-layang yang amat popular terutamanya di negeri Kelantan, di Pantai Timur Malaysia. Mengikut tradisi, ia diterbangkan selepas musim tuaian padi; layang-layang besar ini kadangkala sebesar manusia - berukuran 3.5 meter dari bahagian kepala ke ekor. Ia dipanggil wau kerana bentuknya yang serupa dengan huruf Arab yang disebut "wau". Dengan warna-warni dan corak berasaskan flora dan fauna, layang-layang ini kelihatan sungguh cantik.

Gasing Gasing adalah permainan berputar yang beratnya kira-kira 5 kg atau 10 paun dan sebesar pinggan makan. Secara tradisinya dimainkan sebelum musim menuai padi, permainan ini memerlukan kekuatan, koordinasi dan skil. Gasing ini ditetapkan berpusing dengan menarik keluar tali yang telah diikat di sekelilingnya. Kemudian ia diambil dari tanah, semasa masih berputar, menggunakan pemukul kayu dengan celahan di tengahnya dan dipindahkan ke tiang rendah dengan bekas besi. Jika dibaling dengan mahir, ia dapat berpusing selama 2 jam. Wayang Kulit Wayang kulit adalah teater tradisional yang membawa bersama kegembiraan pertunjukan patung, dan keseronokan dan kekaguman sebuah permainan bayang-bayang ringkas. Patung yang berpermukaan rata ini mempunyai dua dimensi dan diukir secara teliti, kemudian dicat dengan tangan. Ia dibuat sama ada daripada kulit lembu atau kerbau. Setiap anak patung, direka dengan bentuk manusia yang pelik, diberi rupa yang khusus dan bukan seperti anak patung bertali, mempunyai "tangan" bersendi. Dijalankan oleh seorang ketua pencerita dinamakan Tok Dalang, wayang kulit biasanya menceritakan epik India purba. Congkak Congkak adalah permainan matematik yang dimainkan oleh kaum wanita di zaman dahulu yang hanya memerlukan lubang dalam tanah dan biji asam jawa. Hari ini, ia adalah kotak kayu yang kukuh dengan dua baris lubang dengan lima, tujuh, atau sembilan lubang dan dua lubang besar di setiap hujung dipanggil "rumah". Congkak, dimainkan dengan cangkerang, biji guli atau biji asam jawa, serta memerlukan dua pemain. Sepak Manggis Sepak manggis adalah permainan luar yang dimainkan oleh orang Bajau dan Iranun di Sabah. Suatu bulatan dibentuk dan pemain berhadapan sesama sendiri, menyasarkan bekas bunga manggis yang digantung daripada tiang setinggi 10 meter. Pemenangnya akan diberikan ganjaran wang, hadiah ataupun makanan, yang diletakkan di dalam bekas bunga manggis tersebut.

Kraftangan Labu Sayong Labu Sayung ialah bekas berwarna hitam berbentuk labu, yang diperbuat daripada tanah liat. Ia bekas air yang sekaligus bertindak menyejukkan air minuman. Negeri Perak terkenal dengan pasu jenis ini. Belanga Ditemui di kebanyakan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya bertapak bulat dan bersisi lebar. Ia biasanya digunakan untuk memasak kari, kerana dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan dengan lebih rata. Terenang

Balang bersegi ini biasanya popular digunakan untuk menyimpan air di negeri Pahang dan Terengganu. Ia mempunyai leher cengkung dan badan cembung. Seni Kayu Dikurniakan dengan sumber kayu-kayan daripada hutan tropikanya, Malaysia dikenali kerana kraf tangannya yang menarik diperbuat daripada kayu. Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak berukiran tangan yang teliti. Hari ini, panel antik ukiran gaya Melayu, hulu keris, bekas Cina, arca ukiran Orang Asli yang unik, tongkat yang halus buatannya, peralatan dapur dan kayu berukir wangi adalah antara barangan hiasan eksotik yang banyak terdapat di Malaysia. Seni Besi Terkenal sejak zaman dahulu, acu tembaga dan kerja gangsa tradisional masih lagi diamalkan untuk membuat pelbagai jenis alatan. Dengan penemuan bijih timah di Malaysia pada abad ke-19, pewter pula menjadi semakin popular. Produk kraf besi termasuk item hiasan moden, alatan dapur dan artifak tradisional seperti set tepak sirih, bekas air mawar dan bilah keris. Seni Anyaman Tangan Kagumi kraf anyaman tangan di Malaysia. Penggunaan bahan kayu serta tumbuhan tempatan daripada bambu, rotan, pandan dan daun mengkuang digulung, dipintal dan dianyam untuk membuat hasil kraftangan seperti beg, bakul, tikar, tudung saji, dan bola sepak raga. Tekstil Batik Warna pada batik tahan lebih lama berbanding fabrik yang di cat atau dicetak kerana fabrik batik dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna. Proses tersebut menggunakan teknik sekatan; menutupi keseluruhan ruang permukaan kain dengan lilin untuk menyekat warna daripada menyerap. Songket Pada masa lalu, fabrik tebal dan mewah ini melambangkan status sosial bangsawan Melayu. Fabrik ini dibuat dengan menggunakan benang emas yang kemudiannya dimasukkan ke kiri dan kanan di celahcelah benang sutera mengikut corak yang telah ditetapkan. Pua Kumbu Diperbuat daripada benang-benang yang dicelup satu per satu menggunakan alat penenun tradisional, motif-motif pada fabrik ini diilhamkan daripada mimpi dan kepercayaan animis purba. Cora-coraknya merupakan gabungan alam realiti dan mistik. Setiap tenunan mempunyai gaya tersendiri si penenun. Tekat Seni menyulam benang emas kepada bahan dasar, biasanya baldu, digunakan untuk menghias regalia perkahwinan Melayu zaman dahulu. Barang Kemas dan Aksesori

Kerongsang Kerongsang tiga keping yang digunakan untuk menetapkan kolar baju kebaya pada zaman dahulu. Kerongsang biasanya disiapkan dalam tiga keping per set. Biasanya set tiga keping terdiri daripada kerongsang ibu (kepingan utama) yang lebih besar dan berat. Dua yang selebihnya dipanggil kerongsang anak (kepingan kecil) dan dipakai di bawah kerongsang ibu. Cucuk Sanggul Sanggul rambut tradisional digunakan untuk menetapkan rambut pada sanggul di belakang kepala wanita. Biasanya dibuat daripada emas atau perak, pin rambut ini biasanya dipakai dalam set berturutan tiga, lima atau tujuh oleh pengantin ataupun penari tradisional. Pending Kepala tali pinggang yang besar dan berhias teliti yang dipakai pada sampin, seperti kain sarong pendek dipakai lelaki, untuk dipadankan dengan baju melayu, pakaian tradisi lelaki. Secara tradisionalnya, pending adalah tanda kekayaan dan status lelaki. Pakaian Tradisi Melayu Sebelum abad ke-20, wanita Melayu masih lagi berkemban, hanya sarong diikat di dada, dipakai ke tempat awam. Apabila Islam menjadi lebih meluas, mereka mula memakai baju kurung yang sopan tetapi elegan. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf. Pakaian tradisi lelaki Melayu ialah baju melayu. Baju melayu berbentuk kemeja dikenakan dengan seluar. Ia biasanya disertakan dengan sampin - sarong pendek dililit di pinggang. Cina Selesa dan elegan, cheongsam tradisional atau 'baju panjang' juga adalah fesyen pilihan kontemporari popular bagi wanita. Biasanya ia mempunyai kolar tinggi, butang ataupun butang katup berdekatan bahu, ketat di bahagian pinggang, dan belahan di satu atau dua sisinya. Ia biasanya dibuat daripada sutera berkilau, satin bersulam atau fabrik mewah yang lain. India Sari adalah pakaian India tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak diletakkan pada bahu kiri. Anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan rekaan, sari adalah sangat istimewa. Popular bagi wanita India utara adalah salwar kameez atau baju Punjabi; iaitu baju panjang dipakai

bersama seluar dengan selendang sepadan. Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat India untuk lelaki pada majlis formal. Ia adalah baju panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas atau linen. Baba Nyonya Pendatang dari China yang berkahwin dengan orang Melayu menggunakan pakaian kebaya elegan, dan boleh kita kenalpasti sebagai ' haute couture' tradisional. Buatan tangan dengan skil hebat menggunakan fabrik nipis, sulaman halus yang setara dengan sulaman renda Venetia. Pice de rsistance bagi ini adalah teknik jahitan yang dipanggil tebuk lubang bermaksud melubangkan kain. Ini melibatkan menjahit garisan luar motif bunga pada fabrik dan memotong keluar bahagian dalamnya. Apabila dilakukan dengan betul, hasilnya adalah sulaman halus seperti renda pada kolar, dada, lengan, sisi, dan dua panel segi tiga di hadapan, yang berada di bahagian pinggang, disebut sebagai lapik. Portugis-Eurasia Keturunan peneroka dari Portugis pada abad ke-16, pakaian Portugis-Eurasia Melaka mencerminkan warisan mereka. Dengan bertemakan warna hitam dan merah, lelaki memakai jaket dan seluar dengan tali pinggang lebar manakala wanita memakai skirt kembang beropol hadapan. Sarawak Dengan kepelbagaian kumpulan etniknya, negeri terbesar Malaysia, Sarawak mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional suku kaum. Menggunakan pelbagai rekaan dan motif asli, bahan biasa bagi puak hulu sungai atau Orang Ulu adalah kain anyam sendiri, fabrik kulit kayu, bulu dan manik. Sarawak dikenali dengan pua kumbu beranyam daripada puak Iban, songket daripada Melayu Sarawak, aksesori manik berwarna-warni, barang kemas tradisional dan hiasan kepala. Sabah Seperti Sarawak, Sabah juga dianugerahkan pelbagai kumpulan etnik. Setiap kumpulan memakai pakaian, hiasan kepala dan hiasan diri dengan bentuk, motif, dan skema warna tertentu berdasarkan puak dan kawasan asalnya. Namun begitu, kumpulan dengan perbezaan budaya tetapi tinggal berdekatan mungkin mempunyai persamaan dalam pakaian tradisional. Topi dan hiasan kepala yang terkenal termasuk topi anyaman wanita Kadazan Dusun, dastar anyaman Bajau dan hiasan kepala lelaki Lotud, yang menunjukkan bilangan isterinya dengan bilangan bucu lipatan. Orang Asli Orang Asli Semenanjung Malaysia yang secara tradisinya tinggal di dalam hutan, dahulunya pernah memakai pakaian daripada bahan semula jadi seperti kulit kayu terap, dan skirt rumput. Hiasan termasuk hiasan kepala yang dianyam kemas dengan corak halus dibuat daripada jaluran daun. Muzik

Orkestra Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional: gamelan dan nobat. Berasal daripada Indonesia, gamelan adalah orkestra tradisional yang memainkan melodi mendayu menggunakan gabungan gong dan instrumen bertali. Nobat adalah orkestra diraja yang memainkan muzik menggunakan serunai dan instrumen nafiri angin. Rebana Ubi Pada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar daripada rebana ubi besar itu memberikan pelbagai isyarat daripada amaran bahaya kepada pengumuman perkahwinan. Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan muzik dalam pelbagai persembahan sosial. Kompang Merupakan di antara alatan muzik tradisional Melayu paling popular, kompang banyak digunakan dalam aktiviti sosial seperti perarakan Hari Merdeka, upacara formal dan perkahwinan. Serupa dengan tamborin tetapi tanpa kepingan besi bergetar, gendang tangan ini biasanya dimainkan dalam kumpulan besar, di mana, corak rentak komposit dapat dilakukan dengan melapiskan rentak berbeza. Gambus Dibawa ke Malaysia oleh pedagang Parsi dan Timur Tengah, gambus atau oud Arab dimainkan dalam pelbagai cara dalam lagu rakyat Melayu, biasanya sebagai alat muzik utama muzik Ghazal. Diukir dengan teliti menggunakan kombinasi kayu berbeza, alat ini menghasilkan nada lembut yang serupa dengan alat muzik, harpsichord. Sape Sape adalah alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu atau orang hulu sungai Sarawak. Hasil seni ukiran kayu dengan motif berwarna-warni, sape dibuat dengan melubangkan sebatang kayu. Dahulunya hanya dimainkan semasa upacara pemulihan dalam rumah panjang, ia menjadi alat muzik hiburan sosial. Biasanya, muzik temanya digunakan untuk melatari tarian seperti Ngajat dan Datun Julud. Tarian Mak Yong Melayu Berasal daripada Patani di Selatan Thai, Mak Yong direka untuk menghiburkan kerabat wanita, ratu dan puteri, semasa orang lelaki pergi berperang. Menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian opera, kisah zaman kegemilangan kerajaan Melayu turut dipersembahkan. Kuda Kepang Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke negeri Johor oleh imigran Jawa. Melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang berjaya, penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat muzik yang biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung. Zapin

Pengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin paling jelas pada Zapin; suatu tarian popular daripada negeri Johor. Diperkenalkan oleh mubaligh Islam daripada Timur Tengah, tarian asal itu dipersembahkan untuk zikir ketuhanan Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai peradaban Islam. Joget Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan dipersembahkan oleh pasangan yang menggabungkan pergerakan pantas tetapi lemah gemalai dengan sedikit kelucuan. Joget berasal daripada tarian rakyat orang Portugis, yang diperkenalkan di Melaka semasa perdagangan rempah. Tarian Lilin Ia dipersembahkan oleh wanita yang membuat tarian gemalai semasa mengimbangkan lilin dalam piring kecil. Silat Salah satu tradisi seni mempertahankan diri Melayu paling tua, Silat juga adalah satu bentuk tarian. Dengan gerakan badan yang berbunga, persembahan silat adalah mengagumkan dan menarik. Tarian Singa Cina Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina, Tarian Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda, di zaman purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, tarian ini sentiasa ditarikan kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal. Tarian Naga Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan, kesuburan, kegigihan dan maruah dalam budaya Cina. Biasanya dipersembahkan untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian Naga dikatakan memberikan nasib baik dan keuntungan kepada tahun yang mendatang. Biasanya memerlukan pasukan melebihi 60 orang, persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil dan kelembutan yang sempurna. Bharata Natyam India Tarian klasik India adalah seperti gerakan puisi. Berdasarkan epik India lama, tarian penuh perasaan dan dramatik ini menggunakan lebih 100 langkah tarian dan gerakan. Penguasaannya memerlukan latihan bertahun-tahun, jadi kanak-kanak mula mempelajarinya seawal umur lima tahun. Bhangra Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh. Asalnya tarian menuai, ia kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti perkahwinan dan perayaan Tahun Baru. Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian dan tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua hala, Bhangra adalah muzik yang mengasyikkan.

Ngajat Sabah & Sarawak Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak. Tarian ini biasanya dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara pemburu kepala yang ditakuti di Sarawak, pahlawan puak ini yang berjaya akan diraikan secara tradisinya dalam perayaan rumit ini. Memakai hiasan kepala yang rumit dan memegang perisai hiasan yang panjang, penari pahlawan lelaki melakukan lompatan dramatik sepanjang tarian yang mempesonakan ini. Datun Julud Tarian Kenyalang adalah tarian tradisi wanita Kenyah Sarawak. Direka oleh putera Kenyah bernama Nyik Selong untuk melambangkan kegembiraan dan terima kasih, ia dahulu dipersembahkan semasa perayaan masyarakat yang mengalu-alukan pahlawan kembali daripada pemburuan kepala atau semasa perayaan tahunan yang menandakan akhir musim menuai padi. Ditarikan oleh seorang penari wanita kepada alunan sape, kipas cantik daripada bulu kenyalang digunakan untuk mewakili sayap burung suci itu. Sumazau Sumazau adalah tarian tradisi orang Kadazan Sabah. Biasanya dijalankan di upacara keagamaan dan aktiviti sosial, ia asalnya digunakan untuk memberi penghormatan kepada roh untuk tuaian padi yang banyak, menghalau hantu jahat dan menyembuh penyakit. Penari lelaki dan wanita menarikan tarian hipnotik ini dengan pergerakan lembut dan perlahan seperti aksi burung terbang. Tarian Buluh Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan popular adalah Tarian Buluh. Dua batang buluh dipegang secara menegak di atas tanah setinggi buku lali. Ia ditepuk bersama mengikut rentak gendang, bertempo tinggi dan memerlukan ketangkasan yang tinggi. Penari perlu melompat di antara batang buluh dan elakkan kaki mereka terperangkap di antara batang-batang tersebut. Orang Asli Tarian tradisi Orang Asli Semenanjung Malaysia amat berakar umbi daripada kepercayaan kerohanian mereka. Tarian biasanya digunakan oleh bomoh sebagai ritual untuk berkomunikasi dengan dunia roh. Tarian seperti Genggulang daripada puak Mahmeri, Berjerom daripada puak Jah-Hut dan Sewang daripada puak Semai dan Temiar. Portugis Melaka Farapeira Farapeita adalah tarian pantas dan ceria yang biasanya dilatari gitar dan tamborin, ditarikan oleh pasangan yang berpakaian kostum Portugis lama. Branyo Digemari oleh kebanyakan generasi lama Portugis, Branyo adalah tarian lebih perlahan berbanding tarian Farapeira. Penari lelaki dipakaikan kostum seperti koboi dan penari wanita dipakaikan dengan baju kebaya tradisional dengan batik sarong, menari kepada rentak muzik gendang dan violin.

You might also like