You are on page 1of 2

Pengenalan Rancangan Makanan Tambahan merupakan Bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia .

mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Organisasi Pentadbiran RMT Sekolah Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli ditadbir oleh Encik Joseph James sebagai Guru Besar sekolah, Encik Raylesius Goone sebagai Penolong Kanan 1, Puan Raini Sawan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Puan Elizabeth Wong sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Liza Bogu sebagai Penyelia Petang. Pentadbiran Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli, dikendalikan di bawah bidang kuasa Penolong Kanan 2 Hal Ehwal Murid . Objektif: 1. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah dari luar Bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. 2. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. 3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. 4. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun , disiplin, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, makanan dan alam sekitar. 5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. Peranan Guru Besar dan Guru 1. Memilih dan mengedarkan senarai nama murid yang layak menerima RMT mengikut kriteriakriteria yang ditetapkan oleh KPM. 2. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid setiap hari waktu persekolahan. 3. Mengawasi dan memantau murid-murid ketika menikmati makanan sambil memberi tunjuk ajar akan budaya makan yang sesuai dan menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan pemakanan secara tidak formal. 4. Merekod pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat badan dan ketinggian mereka sekurng-kurangnya di awal dan akhir tahun. 5. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan secara kemaskini oleh pihak sekolah.

Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli, mempunyai sejumlah 540 murid keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut , 231

You might also like