You are on page 1of 18

KERACUNAN MAKANAN

Ciri2 1. Mangsa merasa loya dan sering muntah 2. Perut mangsa akan sakit dan memulas 3. Kadang kala mangsa akan mengalami demam dan dehidrasi 4. Cirit birit yang teruk akan berlaku kepada mangsa

Antara rawatan mudahnya ialah: Berhenti makan/minum bahan tercemar tersebut.

demam

ena

garam tu dengan cara kacaukan segelas air suam dengan 1 sudu teh garam dan 4 sudu teh gula unan makanan adalah tinggi, korang dinasihatkan mengambil lebih banyak makanan yang pedas dan berempah bagi meningkatkan kadar rembesan jus gastrik Keracunan makanan Rawatan Kecemasan Pesakit hendaklah rehatkan diri dan elak daripada makan dan minum. Selepas beberapa jam pesakit digalakkan minum sedikit air sejuk. Apabila simptom

mulai berkurangan, minumlah air dengan kadar yang agak banyak bagi menggantikan cecair yang hilang akibat cirit-birit atau muntah-muntah. Sekiranya cirit-birit berterusan sehingga mengakibatkan dehidrasi dan pesakit menjadi tidak bermaya, bantuan perubatan tidak harus ditangguhkan lagi.

Rawatan Homeopati Dalam homeopati, terdapat banyak pe-nawar untuk cirit-birit. Biasanya dalam kes keracunan makanan, cirit-birit disertai muntah -muntah. Kemungkinan juga terdapat simptom lain, seperti ada rasa terbakar. Dalam keadaan tersebut cukuplah diberikan penawar Arsenicum potensi 6, dua atau tiga dos tiap sejam. Sekiranya ada tanda-tanda kembung dan pesakit rasa sejuk, gantikan dengan penawar Carbo vegetabilis. Berikanlah kepada pesakit penawar berpotensi sederhana seperti potensi 30. Apabila pesakit kelihatan akan pitam atau pengsan, ia wajar diberikan Rescue Remedy. Ringkasan: Arsenicum 6 pucat, cirit-birit dan muntah. Carbo veg. 6 rasa sejuk dan kembung. Tergeliat/Terseliuh Rawatan Kecemasan Apabila pesakit terseliuh, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan bahagian yang tercedera. Kemudian ambil pembalut yang sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah. Rawatan Homeopati Umumnya kecederaan terseliuh menim-bulkan implikasi langsung terhadap bahagian anggota terlibat atau perasaan pesakit bila bergerak. Penawar

sepertiArnica, Bryonia dan Rhus tox adalah di antara penawar yang kerap dirujuk.

Sebagai rawatan awal, gunakan Arnica 30. Ia dapat mengubat kesan bengkak dan lebam yang teruk. Kalau bengkak nampak merah dan menyakitkan bila disentuh, dapatkan penawar Belladonna 30. Dengan satu atau dua dos, ia boleh melegakan pesakit. Sekiranya pesakit masih merasa tidak lega dan dia dapat pastikan bahawa tiap pergerakan menambahkan sakit, berikan penawar Bryonia 30. hanya apabila tiap pergerakan menyebabkan pesakit bertambah lega, sesuai diberikan Rhus tox. Ringkasan: Arnica 30 tergeliat, lebam dan rasa lenguh. Belladonna 30 Bengkak dan sakit bila disentuh. Rhus tox 30 sakit bila mula bergerak, tapi lega kemudiannya.

Gigitan & Sengatan


Rawatan Kecemasan Jika ada sengatan yang terbenam ke dalam kulit, ia boleh dikeluarkan dengan penyepit halus. Aplikasi setempat boleh disapu dengan menggunakan krim antihistamin. Jika tiada krim tersebut, baik juga disapukan larutan soda bikarbonat. Sesetengah pesakit mengalami alergi terhadap sengatan sehingga mudah sesak nafas atau kulitnya cepat ditandai tompok-tompok merah dan bengkak. Bagi kes-kes begini, pesakit adalah dianjurkan supaya mendapat rawatan hospital dengan segera.

Rawatan Homeopati Kesan umum sengatan serangga ialah kemerahan, bengkak dan rasa sakit atau iritasi. Apis dan Ledum adalah dua penawar utama bagi kes gigitan dan sengatan serangga. Umpamanya, bagi sengatan lebah yang ada tanda-tanda terbakar, Apis ointment boleh disapu di tempat sengatan. Jika ketiadaan ointment, boleh juga dikemam Apis 6 dengan kesan yang sangat mujarab. Amalan homeopati juga menyarankan penawar Hypericum sebagai rawatan, terutama apabila kesan sengatan menjadi sejuk dan kebas. Apabila tempat sengatan kelihatan biru, penawar Ledum menjadi pilihan utama. Ringkasan: Apis 6 panas, kemerahan dan lega sejuk. Hypericum 6 kesan sengatan jadi sejuk dan kebas Ledum 6 tempat sengatan menjadi biru.

Kecederaan tulang
Rawatan Kecemasan Usaha pertama perlu dibuat supaya boleh mengurangkan sebarang pergerakan pesakit terutama bahagian yang tercedera. Anggota pesakit hendaklah dipegang perlahan-lahan. Untuk mengelakkan daripada pergerakan bahagian yang tercedera, kayu splin biasanya digunakan. Setelah splin diletakkan dengan betul, ia akan diikat di kedua penghujungnya agar tidak mengenai bahagian tulang yang patah tadi. Rawatan Homeopati Patah tulang atau fraktur adalah kes yang mesti dirujuk kepada mereka yang pakar. Namun, dalam setiap kes retak atau patah tulang, hendaklah diberikan penawar Arnica 30 sebanyak dua kali setiap setengah jam. Kemudian, segera dapatkan rawatan pakar di dalam masalah tersebut. Setelah pesakit menerima rawatan pakar atau doktor, sebaiknya Symphytum 6 diambil empat kali sehari bagi membantu melekatkan tulang. Sekiranya bahagian yang cedera itu melibatkan tulang belakang, pengambilan penawar Arnica perlu disusuli dengan penawar Hypericum. Ringkasan: Arnica 30 mengurangkan kesan memar dan bengkak sekitar kawasan fraktur. Symphytum losyen (untuk aplikasi setempat), 6 atau 30 (kemam) bagi membantu melekatkan tulang.

Luka Rawatan Kecemasan Luka kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh berhenti dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri tertentu untuk beberapa minit. Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga merupakan salah satu kaedah untuk mem-bantu mengurangkan pendarahan. Langkah yang baik ialah membasuh bahagian yang luka tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah disapukan losyen anti-septik. Bagi luka yang kecil, kepingan plaster seperti elastoplas boleh digunakan dengan mudah. Bagi luka yang agak besar, perlulah digunakan kain kasa penyerap mengikut saiz yang sesuai. Rawatan Homeopati Kesembuhan boleh dipercepatkan de-ngan cara menyapu Calendula

lotion atau ointment sebelum dibalut. Sekiranya luka tersebut agak dalam, khususnya yang melibatkan saraf, lebih baik disapu Hypericum lotion.Hypericum 6 juga boleh dikemam empat kali sehari dan ia mampu bertindak mengurangkan sakit. Tetapi apabila luka itu akibat tusukan, berwarna biru dan kebas, Ledummerupakan penawar paling mujarab. Ambillah Ledum 6 tiga dos setiap jam kemudian ulangi tiga atau empat kali sehari. Ringkasan: Calendula 6 Luka terpotong atau terhiris. Hypericum 6 Luka saraf, menyakitkan. Ledum 6, 30 Luka akibat tusukan.

Terbakar/Melecur Rawatan Kecemasan Bagi kebakaran atau melecur yang melibatkan hanya bahagian luar kulit dan kawasan yang terlibat tidak melebihi 2 inci per segi, ia diangap kecederaan darjah pertama. Jika kawasannya besar, ia masuk ke dalam kategori lebih serius. Bila kecederaan seperti ini berlaku, tanggalkan barang-barang perhiasan seperti jam, gelang dan cincin sebelum ia membengkak. Apa yang boleh dibuat ialah sejukkan bahagian yang tercedera di bawah air yang mengalir (bukan ais), atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada kain bersih atau tuala. Kemudian disaran supaya disapukan permukaan yang terbakar atau melecur tadi dengan krim antiseptik. Selepas itu, tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril. Jangan sekali-kali cuba pecahkan kesan lepuh-lepuh. Jika simptom kelihatan serius, dapatkan bantuan perubatan. Rawatan Homeopati Bagi kesan kebakaran atau melecur, pengguna boleh mencampur 10 titik losyen Hypericum di dalam secawan air dan sapukan pada tempat berkenaan. Tetapi di dalam homeopati, penawar yang lebih baik lagi ialahCantharis lotion atau ointment yang boleh disapu tiga kali sehari. Di samping penawar-penawar aplikasi setempat, Cantharis 6 boleh dikemam tiap 15 minit untuk menghilangkan sakit. Kemudian-nya, penawar yang sama boleh diambil empat kali sehari bagi mempercepatkan proses kesembuhan. Selain penawar Cantharis, penawar homeopati yang dikenali sebagaiUrtica Urens juga boleh digunakan bagi merawat kes yang hampir sama. Dosnya sama dengan penawar Cantharis. Ringkasan: Cantharis 6 kesan melecur dan terbakar. Losyen Cantharis atau Hypericum di sapu pada kawasan lecur.

Pengsan : Rawatan Kecemasan Seseorang boleh pengsan apabila darah tidak beredar ke bahagian otak secukupnya. Oleh itu, apabila seseorang itu merasakan bahawa dia hendak pengsan, dia harus duduk dengan kepala diletakkan di antara kedua lulutnya. Kemudian bolehlah dia meneguk sedikit air supaya cepat pulih. Tetapi apabila seseorang itu sudah peng-san, baringkan dia dengan cermat. Jika mukanya kelihatan pucat, tinggikan kakinya supaya darah di anggota bawah dapat turun ke jantung dan seterusnya ke bahagian kepala. Longgarkan pakaiannya di leher, dada dan pinggang serta pastikan udara bersih tidak terhalang. Jika pesakit bernafas, gunakan larutan ammonia dan tempatkan di bawah hidung. Sebaliknya jika dia tidak bernafas, bantuan pernafasan perlu diberikan terlebih dahulu.

Rawatan Homeopati Sekiranya diketahui pesakit pengsan akibat tercedera atau sebarang kesan trauma, Arnica 30 adalah penawar yang lebih sesuai. Kalau pesakit itu pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan, gunakan Cocculus Indicus. Aplikasi setiap penawar haruslah bergantung kepada sebab-musabab pesakit itu pitam atau pengsan dan simptom-simptomnya yang nyata. Bagi sebarang kejadian pengsan yang tidak diketahui sebabnya dan tidak upaya dirawat, seseorang itu haruslah mengambil tindakan segera dengan mendapatkan ban-tuan pakar dan hospital. Apa yang dicontohkan di sini hanyalah sekadar menunjukkan beberapa kemungkinan preskripsi yang biasa diberikan oleh ahli-ahli homeopati dalam menangani kes-kes sebegini. Ringkasan: Aconite 30 pengsan kerana mendapat berita ngeri atau menyaksikan kejadian mengejutkan. Arnica 30 pengsan selepas tercedera. Cocculus 30 pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan.

Hidung berdarah : Rawatan Kecemasan


Pesakit hendaklah duduk menegak dan tundukkan kepala sedikit ke

hadapan. Dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu, usahakan dengan memicit bahagian lembut hidung selama sepuluh minit. Sementara itu, pesakit dinasihatkan bernafas melalui mulut sahaja. Sekiranya perlu, dia boleh meludah darah yang mungkin keluar melalui mulut. Apabila pendarahan sudah berhenti,

pesakit ditegah daripada menghembuskan hidung kuat-kuat atau mengesat dan mengorek darah beku di rongga hidung. Jika memang disyaki hidung berdarah akibat pukulan di kepala, seeloknya segera dapatkan pemeriksaan doktor. Rawatan Homeopati Hidung yang berdarah kerana kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala. Pemerhatian kepada simptom dan puncanya penting sebelum diberikan penawar. Tetapi kebiasaannya, sudah mencukupi jika diberikan penawar popular

seperti Arnica atau Phosphorus. Oleh itu, penawar yang sesuai diberikan bagi hidung berdarah khususnya akibat pukulan atau kecederaan ialah Arnica 6 atau 30. Bagi hidung yang berdarah terlalu kerap dan banyak, disyorkan penawar Hamamelis 6. Selain daripada itu, satu lagi penawar yang baik dan boleh digunakan ialah Vipera. Ringkasan: Vipera 6 bila hidung berdarah Arnica 6 berdarah kerana cedera atau terpukul. Hamamelis 6 berdarah terlalu kerap.

Kejutan elektrik
Rawatan Kecemasan Sebelum sebarang tindakan diambil, pastikan anda tidak menyentuh mangsa selagi dia tidak diasingkan daripada penda-waian elektrik. Peringatan ini tidak harus dialpakan, kerana kecuaian boleh membunuh jiwa, walaupun anda sangat prihatin kepada mangsa. Kalau boleh, matikan suis utama tenaga elektrik terlebih dahulu. Kemudian periksa pesakit kalau-kalau dia masih ber-nafas. Kalau pesakit tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan artificial respiration. Perhatikan juga kalau terdapat sebarang lecuran, fraktur atau pendarahan. Jika ada tanda melecur terbakar, berikan kompres sejuk dan tutup permukaan yang melecur dengan krim antiseptik. Kalau berlaku fraktur, elakkan daripada menggerakkan pesakit. Rawatan Homeopati Selain daripada tindakan di atas, Arnica 30 sesuai diberikan kepada mangsa dengan segera. Sekiranya dia terkejut dan tidak sedarkan diri, terlebih dahulu berikan Aconite 30 atau 200. Bagi sebarang kesan melecur, sapukan krim atau losyen Cantharis pada tempat tersebut. Di samping itu, kemamlah Cantharis 6 setiap tiga atau empat jam. Rawatan kecederaan ini hampir bersamaan dengan kecederaan kebakaran. Ringkasan: Arnica 30 rawatan segera kepada mangsa yang terkena kejutan. Aconite 6 kalau mangsa terperanjat. Cantharis 6 merawat kesan melecur atau terbakar.

Lebam/Memar Rawatan Kecemasan Bahagian yang cedera perlu direhatkan. Kemudian gunakan demah sejuk secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air, diperah dan diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi. Demah sejuk boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain tebal. Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan bengkak. Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me-nandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan. Rawatan Homeopati Sebaik saja kecederaan lebam dikenal pasti, berikan satu dos Arnica 30untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak-bengkak. Kemudian penawar tersebut hendaklah diambil dua atau tiga kali sehari bagi menghilangkan lebam dan memar dengan kadar yang cepat. Arnica ointment juga hendaklah disapukan pada tempat yang cedera tersebut sebanyak tiga kali sehari. Bellis perennis 6 dirujuk apabila ke-cederaan itu melibatkan salur darah yang halus atau menimbulkan kesan sepsis, Jika memar itu melibatkan saraf, tukarkan penawar

kepada Hypericum. Hypericum 6 atau 30 boleh diambil empat kali sehari. Penawar ini diutamakan apabila terdapat sakit menyucuk atau kesan parutnya menyakitkan. Ringkasan: Arnica 30 bagi lebam dan timbul tanda kebiruan. Bellis perennis 6 kalau kecederaan itu dalam dan Arnica kurang berkesan. Hypericum 6 bagi kecederaan yang melibatkan saraf.

Serangan asma Rawatan Kecemasan Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan. Rawatan Homeopati Serangan asma yang tiba-tiba boleh dibantu dengan penawar Aconite

30 dan Ipecac 30 yang diberikan secara bersilih ganti setiap 15 minit. Asma yang mengeluarkan bunyi yang teruk serta batuk kuat, boleh dibantu denganIpecac 200. Ringkasan: Aconite 30 Serangan asma yang datang secara tiba-tiba. Ipecac 30 diberikan secara berselang dengan Aconite 30 sebagai rawatan kecemasan.

TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA) Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya.

Punca-punca terhenti pernafasan a) Lemas dalam asap, gas beracun atau asap b) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir. c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun. d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan. e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher. f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi. g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung, lelah, radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan. h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada pusat pernafasan. i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi dan sebaliknya. j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk.

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan

a) Sukar bernafas. b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek. c) Muka menjadi pucat. d) Mangsa berkeadaan gelisah.

e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan. g) Saluran vena di bahagian leher mengembang. h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk. i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti. j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasan a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang. b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik. c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin. d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters. e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai. f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. h) Dapatkan bantuan perubatan segera. Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan. Lemas Dalam Air (Drowning) a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan semasa lemas. b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti. c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi terhenti.

d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali. e) Longgarkan pakaian mangsa. f) Selimutkan mangsa. g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak sedar. i) Dapatkan bantuan perubatan segera.

PATAH Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Rawatan Am Patah a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ. b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian. e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah. g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Kekejangan otot (Cramp) Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Rawatan a) Baringkan mangsa dan tenangkannya. b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan. c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak. d) Rehatkan bahagian yang tercedera. g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

LUKA DAN PENDARAHAN Luka: Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan: Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound) -luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound) luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alatalat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

c) Luka lebam (contusion) luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound) luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

e) Luka tembakan (gun shot wound) luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN a) Pendarahan dari saluran arteri - Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena - Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.

c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung -menekan urat-urat darah. -menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

You might also like