You are on page 1of 8

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad

ke-21. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang bertindak sebagai pengupaya kepada kemajuan ntelektual dan insaniah secara seiringan ke arah meletakkan Malaysia sebaris negara maju yang lain dalam abad ke 21 ini. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Langkah pertama ialah pengurusan masa instruksional guru iaitu tanggungjawab dan amanah seorang guru sebagai pendidik. Contohnya guru perlulah masuk ke kelas tepat pada masanya dan memastikan masa pdp di dalam kelas digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pelajar. Hal ini, bukan sahaja dapat mendisplin guru dalam kepentingan masa malah turut mendisplinkan pelajar juga kerana mempunyai guru sebagai rol model yang cemerlang.

Langkah kedua ialah sokongan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha guru. Pemimpin-pemimpin sekolah sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha guru dalam menjalankan proses pdp. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) memberikan sokongan moral dan ada juga dalam bentuk menyediakan peralatan tambahan bagi melancarkan proses pdp. Contohnya kemudahan ICT dalam aktiviti pdp, KPM melalui BTP telah memperluas konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah KPM dengan memanfaatkan semua inisiatif ICT KPM.

Langkah ketiga ialah galakan perkembangan professional guru iaitu guru-guru bebas untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minati. Ini kerana hasil daripada peningkatan professional guru dapat memberikan keyakinan yang tinggi untuk menjalankan tugasan harian mereka. Contohnya, apabila sekolah kekurangan guru matematik, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam perlu mengajar matematik ini merupakan satu masalah dalam sistem pengajaran kerana guru yang perlu mengajar matematik itu tidak tahu selok belok pengajaran matematik kerana bukan bidangnya, namun dengan perkembangan professional guru ini masalah ini dapat diselesaikan kerana guru pada masa kini bukan hanya tertumpu pada satu bidang tetapi lebih daripada itu.

Langkah keempat ialah menyelaras kurikulum iaitu pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kurikulum yang dilakukan menampakkan impak ke atas sesuatu program yang dilaksanakan kerana bagi setiap satu program yang hendak laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga dilaksanakan sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan bantuan guru-guru kanan mata pelajaran. Contohnya, beberapa panitia mempunyai inisiatif menjalankan pdp secara berpasangan atau berkumpulan. Selain memantapkan proses pdp, pemantauan ini dilakukan bagi memastikan guru-guru mematuhi contact hour.

Langkah kelima ialah pengurusan kemajuan pelajar iaitu kemajuan pelajar dipantau dari semasa ke semasa dengan mengguna pakai instrumen sedia ada seperti pencapai (Take off Value)TOV dan (Expected Targeted Result) ETR pelajar dalam setiap peperiksaan dan ujian. Contohnya, ada sekolah yang memanfaatkan (Information Communication Technology) ICT dalam memantau kemajuan pelajar. Pelajar dan ibu bapa juga digalakkan melayari laman web yang berkenaan untuk mengetahui perkembangan dan kemajuan akademik pelajar. Hal ini dapat menjadikan pendidikan sebagai eset pembangunan Negara Saidina Ali R.A pernah berkata : " Didiklah anakmu mengikut zaman"

Jika dilihat sendiri pada lipatan sejarah jelas menunjukkan perubahan positif sentiasa mewarnai dunia pendidikan dengan ditandai kemunculan sekolah pondok seawal zaman pra-merdeka sehinggalah wujud pelbagai jenis sekolah ketika zaman pasca-merdeka. Pelbagai dasar, polisi, peraturan, penyelidikan dan garis panduan berkaitan pendidikan sentiasa berubah. Kini, setelah Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-57, sekali lagi satu dasar pendidikan yang dirasakan bersesuaian dan dapat memenuhi pasaran pendidikan telah digubal iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diasaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, terdapat lima langkah dalam usaha memastikan PPPM ini menunjukkan hasil dan kejayaan.

Pertama, dengan menaikkan dan memartabatkan warga pendidik atau profesion guru. Kejayaan anak murid dan kecemerlangan sekolah bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. Oleh itu, guru-guru perlulah meningkatkan penguasaan subjek yang diajarnya. Guru-guru juga perlu memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dan menguasai penggunaan pelbagai jenis bahasa

asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan sebagainya. Sebagai seorang pendidik juga, guru bukan sekadar berperanan mengajar anak muridnya dalam aspek akademik. Malahan seorang guru tersebut berperanan dalam mengajar pelajarnya dari aspek jasmani ddan rohani juga, Oleh itu demi memastikan guru yang dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran merupakan guru yang berkualiti, kementerian telah mengetatkan syarat kemasukan guru ke latihan perguruan. Demi memastikan guru bersifat profesion sepanjang hayat, program pembangunan kerjaya secara in-situ akan dilaksanakan. Selain itu, guru juga perlu sentiasa bergaul mesra , berkongsi cerita dan berusaha memahami keadaan para pelajarnya agar usaha kementerian untuk memastikan kejayaan seluruh rakyatnya dapat dicapai.

Kedua, langkah yang perlu diambil kira juga ialah pendekatan atau kaedah yang digunakan sepanjang proses P&P berlangsung. Bukan mudah mahu menarik minat para pelajar ketika belajar, Oleh itu pelbagai metodologi dan pedagogi perlu digunakan, Sebagai contoh, dalam menarik minat murid yang berusia lingkungan 8-10 tahun, kaedah yang digunakan perlu bersifat kreatif, berwarna-warni dan lebih bersifat permainan yang menghiburkan untuk menarik minat mereka. Seiring dengan perkembangan dunia kini, globalisasi teknologi maklumat telah menguasai dunia. Oleh itu, pendidikan juga harus bergerak seiring dangan kemajuan teknologi tersebut. Proses pembelejaran yang melibatkan penggunaan tekonologi ssperti penggunaan komputer, pembelajaran melalui tayangan video, latihan menerusi permainan dan sebagainya perlu dilakukan. Langkah kerajaan dengan memberi bantuan komputer riba kepada para pelajar dilihat sebagai usaha yang wajar dilakukan dan perlu berterusan.

Ketiga ialah melalui peningkatan kualiti sekolah. Dalam memastikan PPPM itu berjaya dan mencapai sasaran serta objektifnya, kementerian perlu meningkatkan kualiti persekolahan. Ia meliputi aspek pembelajaran, pendidik, persekitaran, kewangan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila persekitaran sekolah dan suasana bilik darjah bersifat kondusif dan selesa pasti pelajar akan lebih seronok dalam proses P&P berlangsung. Pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi, SSekolah Kluster, Sekolah Wawasan dan sebagainya perlu lebih banyak diwujudkan. Keempat dalam memastikan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani, ia perlu melibatkan peranan pelbagai pihak. Ia melibatkan peranan

ibu-bapa, guru, pihak sekolah, komuniti dan juga pihak swasta. Ibu bapa perlu sentiasa memantau prestasi dan latihan yang diperoleh dan dilakukan oleh anak-anak mereka. Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , pihak sekolah perlu memantau peranan sekolah dan kerjasama yang teah dilakukan oleh pihak ibu baoa dan guru dalam memastikan kelangsungan kejayaan pelajar seperti melakukan kelas tambahan, seminar pembelajaran, aktiviti riadah dan sebagainya,

Kelima ialah meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. Tunggak utama sesebuah sekolah ialah Guru Besar, Pengetua dan semua guru. Oleh itu, guru-guru yang cemerlang dan berkualiti perlu sentiasa diberi galakan dan imbuhan seperti kenaikan pangkat dan gaji dalam memastikan mereka bersemangat untuk mendidik anak pelajar mereka. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu bijak mengatur takwim persekolah mereka dan pembahagian kerja guru agar para guru tidak tertekan dengan bebanan kerja.

Kesimpulannya, dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini mencapai sasaran dan objektivitinya, semua pihak termasuk pihak kementerian, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar dan pihak swasta perlu memainkan peranan masing-masing. Segala usaha kementerian yang berusaha menambah baik sistem pendidikan perlu disokong dan segala kekurangan perlulah sama-sama diberi penambahbaikan seperti pepatah Melayu yang berbunyi "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Semasa mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mewarisi sistem persekolahan yang terpisah mengikut kumpulan etnik yang berbeza. Namun, pada hari ini Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan salah satu agenda transformasi pendidikan Negara oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 2013 hingga 2025. Seharusnya beberapa langkah harus dijalankan dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Langkah pertama ialah guru harus mengamalkan kemahiran profesional. Guru merupakan tenaga ikhtisas yang penting dalam pembangunan sekolah. Oleh itu, guru harus memiliki kecerdasan minda dan juga kemahiran profesional. Ini adalah untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dicapai. Hal ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Dr.Ragbir Kaur, peranan ini penting bagi membawa pendidkan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.Dengan ini, guru dapat melahirkan pelajar yang memiliki daya berfikir yang tinggi untuk membangunkan modal insan. Guru juga harus mempunyai latihan dan program pendidikan yang berkualiti tinggi. Hal ini dapat menjadikan guru sebagai satu profesion yang berkelas dunia.

Langkah kedua ialah peningkatan kualiti sekolah harus dititikberatkan. Sekolah sangat memainkan peranan penting untuk melahirkan modal insan berkelas pertama. Oleh itu, peranan setiap pihak sekolah haruslah ke arah meningkatkan kualiti sekolah. Pencapaian akademik, Gred Purata Sekolah, Disiplin Pelajar dan sebagainya perlu diutamakan dengan menggunakan pelbagai strategi yang berkesan. Hal ini membolehkan semua pihak akan merasa manfaatnya daripada perkara tersebut. Penggunaan pendekatan yang baru bakal memberikan satu sinar baru kepada pembangunan kualiti sekolah berkenaan. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah itu sendiri,

Langkah ketiga ialah pengetua harus meningkatkan kualitinya. Sebagai seorang pemimpin sekolah, pengetua atau guru besar harus memiliki taraf pendidikan yang baik. Sebaik-baiknya hingga ke peringkat Sarjana (MA. Hons). Tahap pendidikan yang tinggi membantu peningkatan kualiti seseorang pengetua itu sendiri. Pengetua atau guru besar harus ditempatkan di setiap sekolah tidak mengira latar belakang kawasan tersebut. Dengan cara ini, kualiti sekolah dapat ditingkatkan selaras dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.

Langkah keempat ialah pembangunan patriotisme dalam kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita seharusnya memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Oleh itu, mereka harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertutran seharian. Hal ini dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum. Pelajar juga harus didedahkan dengan pelbagai cabang yang berkaitan dengan pembangunan negara dan belia. Hal ini penting untuk mengelakkan kepincangan yang berlaku kepada pelajar itu sendiri dalam memahami semangat patriotisme.

Langkah kelima ialah penggunaan kaedah pembelajaran perlu dipertingkatkan dari segi caranya. Setiap guru mempunyai cara yang berbeza dalam pendekatannya untuk mendidik pelajar. Namun begitu, kaedah efektif yang perlu digunakan ialah kaedah Pengajaran dan Pembelajaran tidak berasakan nota dan buku teks semata-mata. Guru juga boleh menceritakan isu-isu semasa di luar kotak fikirannya. Dengan ini, pelajar dapat ketahui banyak isu-isu semasa dunia tanpa bergantung kepada buku teks sahaja. Contohnya, mata pelajaran Sejharah. Guru tersebut boleh menggunakan pendekatan beliau sendiri untuk menceritakan tentang sejarah itu sendiri selain daripada pembacaan dalam sukatannya sahaja.

Kesimpulannya, Kerajaan haruslah mencapai aspirasi untyuk membangunkan pendidikan bertaraf dunia jika semua pihak bekerjasama dalam mencapai matlamatnya pada masa akan datang. Dalam memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing, Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan negara yang berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan pelaksanaan PPPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Langkah yang pertama ialah memantapkan barisan kepimpinan sekolah. Pengetua dan guru besar merupakan seorang ketua di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, individu yang menyandang jawatan tesebut hendaklah seseorang yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria seorang ketua. Hal ini kerana mereka merupakan orang yang bertangunggjawab dalam memastikan kecemerlangan sekolah di bawah pentadbirannya.

Langkah yang kedua ialah meningkatkan profesion perguruan. Seorang guru merupakan insan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Tanpa mereka sekolah ibarat tidak berfungsi dengan lengkap. Oleh yang demikian, guru-guru yang ditempatkan di setiap sekolah hendaklah guru yang berkualiti dan dedikasi terhadap tugasnya. Guru juga hendaklah seorang yang berpengetahuan luas tidak hanya terhad dengan apa yang akan mereka ajarkan. Hal ini kerana, pada zaman teknologi ini, fikiran para pelajar semakin meluas. Tidak mustahil mereka akan bertanyakan soalan di luar kotak pemikiran.

Langkah yang ketiga ialah mendapat sokongan daripada ibubapa pelajar. Dalam hal ini, tugas untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita tidak hanya tergalas di bahu pihak kementerian dan sekolah sahaja malahan juga melibatkan ibubapa pelajar. Ibubapa boleh mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah dengan cara berhubung dengan guru yang mengajar anak-anak. Tugas mendidik tidak hanya bergantung kepada guru, ibubapa juga boleh memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak secara tidak formal di rumah. Pihak sekolah juga bolehlah membina laman sosial yang akan memudahkan interaksi antara ibubapa dab guru. Cara ini akan memudahkan kedua-dua pihak tanpa perlu bersua muka sekiranya ada masalah yang ingin dibincangkan.

Langkah yang seterusnya ialah tidak membezakan antara pelajar yang bersekolah di bandar dan di luar bandar. Kebiasaannya sekolah-sekolah yang terletak di bandar akan mendapat kemudahan yang lengkap dan selesa berbanding dengan sekolah-sekolah di luar bandar. Hal ini akan menyebabkan wujudnya jurang perbezaan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar. Setiap sekolah berhak mendapat kemudahan yang lengkap dan sewajarnya tanpa mengira sekolah itu terletak di bandar mahupun di luar bandar. Kemudahan yang paling ketara sekali perbezaannya adalah akses internet. Pelajar luar bandar kurang pendedahan mengenainya kerana kurangnya kemudahan yang disalurkan.Kemudahan yang lengkap dapat memberikan persekitaran yang kondusif untuk para pelajar.

Langkah yang terakhir ialah menyediakan para pelajar dengan pelbagai kemahiran. Antaranya seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, ICT serta banyak lagi kemahiran lain yang sewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini sangat berguna bagi para pelajar apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Dengan adanya PPPM ini, saya berharap agar negara kita tidak lagi ketinggalan dalam bidang pendidikan dan mampu untuk bersaing dengan negara-negara lain yang telah mendahului kita. Langkah pertama ialah meningkatkan profesionalisme perguruan. Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan,

mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.

Langkah kedua ialah memperbaiki kualiti sistem peperiksaan. Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan Negara. Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya. Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Langkah ketiga ialah memperkenalkan sistem 1 murid 1 komputer riba. Sistem ini telah diperkenalkan di Terengganu dimana ia menggunakan sistem e-book. Kemudahan sebegini rupa akan membantu merintis murid-murid ke arah yang lebih maju serta meningkatkan keghairahan mereka untuk belajar lebih faham dan bukannya fokus untuk menghafal sematamata. Selain itu, murid pun akan kurang beban dalam membawa buku-buku teks mereka ke sekolah dimana dulu murid-murid terpaksa membawa buku yang terlalu banyak justeru menyebabkan mereka penat membawa buku dan bukannya penat belajar. Disini kita dapat lihat efektifnya penggunaan koputer riba terhadap murid-murid.

You might also like