You are on page 1of 1

Falsafah seni dan budaya dalam Islam bertitik tolak daripada akidah tauhid.

Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah s.w.t. bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam. Secara asasnya, seni dan budaya Islam adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut: 1. Berteraskan wahyu Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang dan syariat-Nya. Maknanya, ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Prinsip ini membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 2. Penghayatan akhlak Keseniaan dan budaya Islam mementingkan penghayatan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspekaspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung secara keseluruhannya kepada kesahihan Islam. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap. 3. Kesepaduan antara keimanan dan persekitaran Kesenian Islam mengangkat martabat seseorang insan tanpa mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar menjadi galeri seni insan tersebut dalam proses menjadi seorang seniman yang dapat menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t. Dalam sejarah kehidupan manusia, terdapat pelbagai cabang seni yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. Walaupun ada beberapa perbezaan antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain, namun ia tidak dapat lari dari pada cabang-cabang asas seni yang dimaksudkan. Antara cabang-cabang seni tersebut ialah: Cabang seni Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. Seni yang diperoleh melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. Seni yang dapat diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. Seni yang dinikmati melalui bacaan seperti hasil karya sastera.

You might also like