You are on page 1of 8

JURNAL 7 (2/8/2009-6/8/2009) KOMUNIKASI BERKESAN

MASALAH Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu (minor), saya berpendapat bahawa kebanyakkan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan bertindak sesuka hati. Murid juga kerap kali mengganggu rakan-rakan lain dan berkelakuan agresif sekiranya ditegur oleh rakan-rakan contohnya seperti kelakuan memukul dan menconteng buku rakan. Masalah ini mungkin berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya perlu untuk memilih corak kepimpinan yang bersesuaian. Disamping itu juga, guru perlu menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. Mok Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan guru seharusnya tahu cara bagaimana mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Penjelasan ini jelas menunjukkan bahawa guru mesti bercakap atau menyampaikan maklumat kepada murid dengan menggunakan pelbagai nada suara demi menarik minat murid terhadap pelajaran dan mengelak murid dari merasa bosan atau melakukan sesuatu di luar kawalan guru. ANALISIS Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan : Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Antara murid yang bermasalah komunikasi adalah 1. Nurul Izzah (3F) - Sikap pemalu dan rasa tidak yakin. 2. Renisa Devi (3F) - Tidak fasih berbahasa melayu. 3. Mariyah (3B) - Suka mengasingkan diri dan rasa rendah diri. 4. Adi Aiman Afiq (3B) - Terlalu cepat mengadu kepada guru apabila diganggu atau diusik oleh rakan. CADANGAN Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang

dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar. Saya akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan P&P yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat dari P&P yang dijalankan. Saya amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi baru dalam mengendalikan P&P. TEMPOH PENYELESAIAN 2/8/2009 hingga 13/8/2009 (2 minggu) TINDAKAN SUSULAN Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P berlangsung. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.

JURNAL 6 (26/7/2009-30/7/2009) DAYA TUMPUAN MURID @ FOKUS MASALAH Pada minggu keenam ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah melibatkan pengajran saya untuk kelas arus perdana (3 Berlian). terdapat sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan. Antara murid yang bermasah ini adalah: 1. Mohd Farisman 2. Mohd Sayuti 3. Muhammad Affan ANALISIS MASALAH

Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat punca-punca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi perhatian dan kebisingan di dalam kelas cuba saya kaji dan saya dapati mungkin masalah ini berlaku terhadap murid yang memang lemah dalam subjek Bahasa Melayu menyebabkan mereka kurang memahami apa yang saya ajar. Akibatnya, mereka tidak fokus semasa guru mengajar. CADANGAN

Setelah akan mendapatkan maklumat dari Pn Noraini iaitu, guru kelas yang asal dan merupakan guru sebelum saya mengambil alih tersebut. Saya mendapatkan maklumat tentang beberapa murid yang lemah dan bermasalah didalam kelas tersebut. Seterusnya, saya terus mengatur strategi dengan memberi penekanan terhadap pengajaran secara individu. Semua dibezakan aktivitinya iaitu bagi murid yang pandai dan murid yang sederhana latih tubi pembacaan dijalankan serta murid yang lemah diajar konsep membaca dan menulis seperti apa yang telah saya lakukan di kelas pemulihan khas. Menurut kajian Ivan Pavlov, dalam teori Pelaziman Klasik (Classical Conditioning), kelakuan seseorang boleh diubah jika terdapat rangsangan secara berterusan. Dalam kes saya tadi, saya perlu merangsang murid dengan berkomunikasi dan membaca isi pelajaran yang diajar iaitu dengan sebutan dan intonasi yang betul. Jika rangsangan ini dilakukan secara berterusan, murid dapat membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Dalam mengatasi masalah ini, saya mengambil beberapa tindakan seperti berikut: 1. Merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan melibatkan semua murid. 2. Menyusun semula kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan. 3. Menyusun semula kedudukan murid mengikut perbezaan individu. 4. Pemberian hadiah bagi murid merangsang minat murid untuk belajar. 5. Menggunakan Bahasa Melayu baku sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Merancang waktu pengajaran sebaik mungkin.

TEMPOH PENYELESAIAN Sehingga murid menunjukkan tingkah laku yang positif. TINDAKAN SUSULAN Dalam melaksanakan cadangan, saya akan lebih memberikan perhatian terhadap murid yang tidak fokus tersebut. Saya juga menggunakan kaedah peneguhan positif daripada teori pelaziman operan (Operant Conditioning), peneguhan boleh dilakukan apabila murid membuat satu kebaikan. Hal ini dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang di dalam kumpulan. Saya memberi ganjaran atau reward kepada kumpulan muri d yang mendapat jawapan dengan cepat dan betul dalam aktiviti yang dijalankan. Daripada tindakan ini, saya dapati, murid dari kumpulan lain berlumba-lumba untuk memenangi hadiah tersebut. Saya nampak lihat kesungguhan mereka menjawab dan menyelesaikan soalan pemahaman yang diberikan. Terdapat beberapa orang murid yang curi-curi melihat beg saya yang berisi bahan bantu mengajar dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut. Ini membuktikan murid telah menaruh minat untuk belajar dan seterusnya fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan menyusun semula murid berdasarkan perbezaan individu hasil daripada keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun dan ujian-ujian yang lepas. Saya telah membahagikan mereka kepada kumpulan tertentu yang lebih kecil bagi memudahkan saya mengawal kelas. Dengan pembahagian seperti ini, saya dapat memberi tumpuan sepenuhya terhadap murid mengikut tahap kepandaian mereka juga, bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah focus dan daya tumpuan murid bukanlah menjadi isu besar dan boleh diatasi segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. Ganjaran dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk melakukan aktiviti pengajaran. Selain itu juga, ianya dapat memastikan disiplin murid sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan memuaskan, selain mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis lama perhubungan (rapport) yang erat diantara murid dan guru.

Posted by gambar cantik at 5:44 PM No comments:

JURNAL 5 (19/7/2009-23/7/2009) LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID MASALAH Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. pelbagai sebab dan punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latian yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber. ANALISIS MASALAH Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain. Antara murid yang bermasalah adalah: 1. Mohd Aeman Haikal. 2. Azizah 3. Renisa Devi. Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik. Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna. CADANGAN Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing. Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid murid, saya akan memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi. TINDAKAN SUSULAN 1. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti murid-murid yang sering tidak

menghantar buku-buku mereka. 2. Lembaran kerja murid yang tidak sempat dijawab disediakan dengan mengantungnya di tepi kelas yang berdekatan dengan meja murid bagi memudahkan mereka mendapatkan lembaran kerja tersebut. 3. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan motivasi. TEMPOH PENYELESAIAN 19/7/2009 hingga 2/8/2009 ( 2 minggu) TINDAKAN SUSULAN Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P sapa. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Posted by gambar cantik at 5:43 PM No comments:

JURNAL 4 (12/7/2009-16/7/2009) IDEA KREATIF GURU MASALAH Pada minggu keempat ini, masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pada saya penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran (brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru. Hasil akhir ini semua akan merangsang perkembangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid kelas pemulihan saya untuk minat dan tertarik kepada pengajaran saya. Pemerhatian saya terhadap aktiviti guru-guru lama menunjukkan banyak kelemahan yang dilakukan. Mereka kurang menekankan aspek kepelbagaian sumber pengajaran. Hal ini banyak berlaku, terutamanya bagi kelas arus perdana. Pengajaran yang ditunjukkan hampir sama setiap hari dan guru tidak banyak membuat perubahan aktiviti melalui bahan bantu mengajar dan startergi yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya fleksibel dan tidak bergantung kepada satu-satu pendekatan dan kaedah sahaja. Hal ini juga berlaku dan tidak banyak membantu saya dalam proses menjalankan p&p praktikum bagi subjek minor. ANALISIS MASALAH Masalah ini menyebabkan saya mengalami ketidak puasan dalam melaksanakan p&p. Penjanaan idea stratergi pengajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam menggerakkan p&p yang menarik dan dapat membantu guru dan murid dalam menjalani proses ini. Permasalahan ini perlu diatasi segera memandangkan p&p perlu diteruskan walau apa jua keadaan. Apa yang penting, langkah mengatasi perlu dicipta dan dieksploitasi. 1. Apakah startergi yang perlu digunakan agar pengajaran dan pembelajaran sepanjang 3 bulan praktikum tidak terganggu dan sentiasa berjalan dengan teratur dan sempurna? 2. Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini dengan berkesan? 3. Sumber dan rujukan apakah yang boleh membantu penjanaan idea menarik yang berterusan? Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah saya senaraikan: 1. Murid cepat bosan dan hilang minat belajar andai p&p dijalankan mengikut aktiviti yang sama setiap hari. 2. Murid lebih suka bermain daripada belajar dan ini perlu diselaraskan agar dapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka. 3. Guru menghadapi masalah untuk menjalankan p&p yang baik kerana kekurangan idea yang menarik dan sesuai?. CADANGAN Untuk memastikan masalah penjanaan idea kreatif ini selesai, saya mencadangkan langkah-langkah berikut: 1. Melakukan sumbangsaran (brainstorming) bersama rakan iaitu pasangan praktikum saya. Saudara Mohd Farid Helmyzan bin Fauzi. 2. Membuat pemerhatian (observation) p&p guru-guru lain dan melakukan inovasi baru sekiranya dapatan tersebut mempunyai kesesuaian dan kemampuan yang boleh menarik minat murid. Ianya juga digunakan dan diubah suai supaya nampak lebih menarik dan memberi kesan menarik. 3. Membuat deraf awal (peta minta) tentang stratergi yang ingin digunakan sepanjang minggu sebelum p&p dijalankan pada hari tersebut, membuat penggabungjalinan aktiviti yang sedia ada dan menambahkan idea-idea baru. 4. Meminta pendapat, idea dan pandangan daripada guru pembimbing, guru lain dan rakan-rakan guru pelatih bagi menyediakan RPH Saya juga melihat contoh-contoh penulisan RPH yang baik yang terdapat di internet dan daripada rakan-rakan sebagai panduan.

TEMPOH PENYELESAIAN 12/7/2009 hingga 19/7/2009 ( 1 minggu) TINDAKAN SUSULAN Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Guru perlu memperbanyakkan pembacaan dan perbincangan dalam mencari idea-idea baru yang boleh digunakan sebagai senjata p&p mereka. Siapa yang sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri akan mencapai kepuasan kerja yang sebenar. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan juga. Bantuan daripada pihak ketiga dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan dapat membantu saya sebagai guru cemerlang untuk berkerja 30 tahun lagi dimasa akan datang demi bangsa dan yang tercinta. Akhirnya, keseluruhan modal insan negara kita iaitu muridmurid sekolah akan berjaya mencapai kearah generasi berminda kelas satu

You might also like