You are on page 1of 34

1

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: pengertian ayat terbitan

proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek:


> > > pengguguran penyusunan semula peluasan

AYAT TERBITAN

Ayat terbitan ialah: * ayat yang mengalami proses gramatis * ayat yang menerapkan rumus transformasi * ayat yang merobah peraturan struktur ayat, dan

* ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat
3

RUMUS TRANSFORMASI

Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian Contoh: Mahasiswa itu penyanyi Penyanyikah mahasiswa itu? (Ayat Penyata Ayat Tanya)

PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran: pengguguran subjek FN, pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang mendahului FRelatif
Proses penyusunan semula: penyusunan FN sebagai subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan penyusunan semula melalui ayat songsang Proses peluasan: peluasan FN sebagai subjek, peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi

PROSES PENGGUGURAN

Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam untaian

PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK

Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah Contoh: Kamu diam

Diam

Anda semua masuklah ke dalam dewan ini Masuklah ke dalam dewan ini Awak jangan datang lagi Jangan datang lagi Silalah anda jawab soalan ini Silalah jawab soalan ini
7

PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK

Contoh: Mahasiswa itu kuat + Mahasiswa itu berani Mahasiswa itu kuat dan berani Baju ini mahal + Baju ini diimport dari Itali Baju ini mahal kerana diimport dari Itali Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama + Mahasiswa itu gigih belajar Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama kerana gigih belajar

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh: Halimah membersihkan rumah + Arbak membersihkan rumah Halimah dan Arbak membersihkan rumah

Berlari dapat mengeluarkan peluh + Berjalan dapat mengeluarkan peluh Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh
Hantu berkeliaran + Syaitan berkeliaran Hantu dan syaitan berkeliaran

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FN. Contoh: Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara Lelaki itu bukan suaminya + Lelaki ini bukan suaminya Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya Kesantunan amalan kita + Kebersihan amalan kita Kesantunan dan kebersihan amalan kita

10

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FAdj. Contoh: Suami sangat amanah + Isteri sangat amanah Suami dan isteri sangat amanah

Mahasiswa harus sabar + Mahasiswi harus sabar Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar
Perangainya amat unik minggu ini + Sikapnya amat unik minggu ini Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini

11

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Pengguguran FPred FSN. Contoh: Suami di Kelantan + Isteri di Kelantan Suami dan isteri di Kelantan

Dia akan ke Moscow + Pekerjanya akan ke Moscow Dia dan pekerjanya akan ke Moscow
Kain ini untuk ibu + Jam ini untuk ibu Kain dan jam ini untuk ibu

12

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. Contoh: Bola ditendang oleh Ali Bola ditendang Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam masa 40 tahun Taj Mahal telah dibina Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam oleh pendatang asing Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam Murid itu telah dipukul oleh gurunya Murid itu telah dipukul

13

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran kata bantu. Contoh: Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori

Orang itu boleh berpantun + Orang itu boleh bersyair Orang itu boleh berpantun dan bersyair
Anaknya belum dapat berjalan + Anaknya belum dapat bertutur Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur

14

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran FN sebagai objek. Contoh: Orang itu mengejar ayam + Orang itu menangkap ayam Orang itu mengejar dan menangkap ayam Dia menutup pintu + Dia membuka pintu Dia menutup dan membuka pintu Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara Ayahnya menembak burung + Anaknya memikat burung Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung

15

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT

Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Contoh: Pemandangan itu amat mengagumkan kami Pemandangan itu amat mengagumkan Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Kelantan Kekalahan itu sungguh memilukan Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton Lakonannya itu sangat mempersonakan Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan anda Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan
16

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran FN subjek. Contoh: Orang itu bapa Aminah + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah Yang memakai kopiah itu bapa Aminah Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu Yang cantik berseri itu puteri bongsu

17

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran FN Objek. Contoh: Imai membeli baju + Baju itu merah Imai membeli baju yang merah itu Imai membeli yang merah itu Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu Mereka memilih yang menarik itu

18

PENGGUGURAN KN INTI FN

Contoh: > Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden > Bertani memerlukan teknologi moden > Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam > Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam > Perbuatan merokok membahayakan kesihatan > Merokok membahayakan
19

PROSES PENYUSUNAN SEMULA

Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain

Tidak merobah makna ayat

20

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK

Contoh: aktif kepada pasif > Pekerja itu mengecat kereta > Kereta dicat (oleh) pekerja itu > Isterinya memandu lori > Lori dipandu (oleh) isterinya > Saya menembak burung > Burung saya tembak > Kamu membayar bil ini esok > Bil ini kamu bayar esok

21

TRANSFORMASI PASIF

Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui proses penyongsangan. Contoh: * Engkau petik buah setiap malam * Setiap malam engkau petik buah Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah setiap malam Catatan: * Ayat aktif bersifat ayat dasar yang mengandung kata kerja wajib berimbuhan meN * Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif * Ayat aktif atau ayat pasif boleh disongsangkan
22

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK

Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh: * Suami menghadiahi isteri kain * Suami menghadiahkan kain kepada isterinya * Mahasiswi memberi mahasiswa bunga * Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa. * Orang itu mengurniai isterinya anak * Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya * Ismail mengirimi anaknya durian * Ismail mengirimkan durian kepada anaknya

23

PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG

Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan. Contoh: * Kami meletakkan hadiah itu di sana * Di sana kami meletakkan hadiah itu * Dia akan berpindah ke hutan * Ke hutan dia akan berpindah * Akan berpindah ke hutan dia

* Tikus itu bergerak di dalam kain * Di dalam kain tikus itu bergerak * Bergerak di dalam kain tikus itu
24

PROSES PELUASAN

Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu. Terdapat empat jenis peluasan, iaitu: > Peluasan FN sebagai subjek > Peluasan frasa predikat > Peluasan dengan kata hubung > Peluasan melalui proses komplementasi

25

PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK

Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang. Contoh:

* Mahasiswi itu buah hatiku * Mahasiswi itu tersenyum * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku * Orang itu suaminya * Orang itu memakai kopiah * Orang yang memakai kopiah itu suaminya
26

SYARAT RELATIVISASI

Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Bangunan itu besar. * Orang itu mengait buah. * Bangunan yang mengait buah itu besar FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Mahasiswi membaling meja. * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh: *Mahasiswi membaling meja * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). * Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja (relativisasi)

27

PELUASAN FRASA PREDIKAT

Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan. Contoh: * Mastura menjolok buah itu * Buah itu bulat * Mastura menjolok buah yang bulat itu * Anaknya memanjat pokok ini * Pokok ini tinggi * Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini * Isteri memukul suami * Suami nakal * Isteri memukul suami yang nakal

28

PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG

Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun Contoh: * Mahasiswa ini bahagia * Mahasiswi itu kecewa * Mahasiswa ini bahagia tetapi mahasiswi ini kecewa * Emak pergi ke pasar * Ayah pergi ke pasar * Emak dan ayah pergi ke pasar * A mahu pergi ke bulan * B tidak mahu pergi ke bulan * A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu pergi

29

PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI

Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh: * Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi * Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi

Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang berikut:


* Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi.

Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama

30

TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA

Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa kerja Contoh: * Dia pergi menembak rusa * Orang itu berdiri mengambil buku * Perawan ini duduk termenung sepanjang hari * Mahasiswa itu tidur berdiri * Petani duduk mencangkung

31

TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA

Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK, bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur batin seperti contoh berikut: * Perawan itu duduk sepanjang hari dan * Perawan itu termenung sepanjang hari Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan * Perawan itu duduk termenung sepanjang hari

32

KESIMPULAN

Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis Ayat terbitan mengalami proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa relatif Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan ayat songsang Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek, frasa predikat, dan kata hubung dan proses komplementasi
33

KATA BIJAK PANDAI

HAL TERPENTING DALAM HIDUP INI IALAH JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK BERTANYA DAN TERUS BERTANYA

34

You might also like