You are on page 1of 8

Tajuk 8

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk dalam modul ini akan membincangkan berkaitan dengan konsep motivasi, jenisjenis motivasi, pespektif motivasi berdasarkan hierarki keperluan Maslow dan teori peneguhan perlakuan Skinner. Kesan motivasi terhadap murid-murid juga akan

dibincangkan. Juga akan diterangkan tentang cara bagaimana guru-guru dapat meningkatkan motivasi murid-murid serta implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari modul ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat:

1. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi individu-individu 2. Memberi penilaian kesan positif dan kesan negatif motivasi 3. Membincangkan cara-cara guru dapat memotivasikan murid-murid untuk mencapai kecemerlangan akademik

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

MOTIVASI

Konsep motivasi

Jenis-jenis motivasi

Teori Motivasi

Cara-cara Guru Meningkatkan Motivasi

114

Rajah 8: Mengapa kanak-kanak ini berlari?

Sila lihat Rajah 8. Mengapa kanak-kanak dalam gambar berlari? Apa yang mendorong mereka berbuat demikian?

8.1

Konsep Motivasi

Motivasi ialah suatu keadaan dalam diri manusia seperti keperluan, kehendak, atau kemahuan yang menggerakkan tingkah laku dan mendorong seseorang untuk

melaksanakan sesuatu. Ianya menentukan bagaimana giatnya seseorang melibatkan diiri dalam sebarang bidang seperti nyanyian, pembelajaran, permainan dan sebagainya.

Motivasi adalah rangsangan yang disebabkan oleh dua faktor iaitu motif dan insentif. Motif didefinisikan sebagai sebab atau kehendak yang membangkitkan seseorang untuk bertindak. Sebaliknya insentif pula, merupakan faktor penggerak dalaman yang

menggerakkan individu itu bertindak untuk mencapai ganjaran tertentu. Motif adalah lebih penting daripada insentif untuk meransang murid-murid dalam proses pembelajaran. Motif yang berasal dari dalam diri individu itu akan mendorongnya ke arah pembelajaran yang lebih efektif 8.2 Jenis-jenis Motivasi

Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi Intrinsik. (1) Motivasi ekstrinsik diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda. Misalnya seorang murid belajar bertungkus lumus kerana dia nahu memperoleh gred yang baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibu bapanya

115

(2)

Sebaliknya motivasi intrinsik yang diasaskan oleh mazhab kognitif, menekankan faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tentang aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsik, mempengaruhi cara kita memberi respons. Fikiran Bolehkah saya berjaya atau Apa yang akan berlaku jika saya gagal? mungkin akan mendesak kita untuk bekerja keras. Contohnya, Ali bertungkus lumus di sekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian. Di sini, jelas bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan bukan kerana sebarang ganjaran.

8.3

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Motivasi

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi iaitu: Kepercayaan seseorang tentang kebolehan untuk melakukan sesuatu atau berjaya Minat seseorang untuk melakukan sesuatu Rasa ingin seseorang untuk mencari yang lebih tentang sesuatu Keperluan untuk memperoleh maklumat atau menyelesaikan masalah Keinginan untuk memahami sesuatu

Faktor-faktor ini mungkin telah memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu

8.4 (1)

Teori-Teori Berkaitan Dengan Motivasi Hieraki Keperluan Maslow Maslow menggunakan teori untuk menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan (lihat Rajah 8.4 di bawah)

116

Estetika Keperluan untuk mengetahui

Keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan Rasa ingin tahu, keperluan untuk memmuridi dunia Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan mengeksploitasikan bakat dan keupayaan

Keperluan untuk kesedaran diri

Keperluan untuk harga diri

Hormat diri, rasa kecukupan, kecekapan

Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan Kasih sayang, rasa diperlukan Keperluan untuk keselamatan Keinginan untuk keselamatan Makanan, minuman, tidur dan perlindungan

Keperluan fisiologi

Rajah 8.4 : Hieraki Keperluan Maslow

Maslow telah mengklasifikasikan empat keperluan pertama (fisiologi, keselamatan, kasih sayang, dan harga diri) sebagai keperluan kekurangan dan berhujah bahawa semua manusia mengalami keperluan tersebut. Jika kita tidak memenuhi keempatempat keperluan pertama ini, maka motivasi kita untuk memenuhi subjek pada hari tersebut boleh dihadkan secara besar. Jika salah seorang murid kita rasa tidak disayangi dn tidak disukai oleh ibu bapanya, maka dia akan mendapati kesukaran untuk memenuhi keperluan pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri.

Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan. Seperti keperluan kekurangan, motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan hidup. Namun demikian, keperluan hidup tidk boleh dipuaskan sepenuhnya. Ketika keperluan hidup dipenuhi secara sementara, maka motivasi terus bertambah untuk mencari lebih banya kepuasan ( Henson & Eller, 1999)

117

(2)

Teori behavioris Skinner Skinner mengandaikan bahawa kita mempunyai keperluan fisiologi asas seperti lapar, dahaga dan seks yang memotivasi kita untuk melakukan sesuatu. Keperluan ini dipenuhi oleh pengukuhan primer seperti makanan. Apabila keperluan ini dipenuhi, peristiwa dan pengalaman tertentu dihubungkaitkan dengan penegas primer, mungkin melalui plaziman klasik. Peristiwa yang berhubung kait ini mejadi pengukuhan sekunder. Misalnya, keinginan dihubungkaitkan dengan makanan ketika kita disuapkan dan dipupuk oleh ibu bapa kita. Anda mungkin ingat bahawa pengukuhan ialah sesuatu yang berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, menurut pandangan behavioris, kita dimotivasikan untuk berkelakuan seperti yang berbuat untuk memperoleh pengukuhan primer dan sekunder serta mengelakkan dendaan (Woolfolk, 1993 :338)

8.5

Kesan Motivasi Ke atas Murid

Terdapat beberapa kesan motivasi dinyatakan di bawah: (a) Kebimbangan: Adalah lazim bagi murid-murid untuk rasa bimbang atau gusar ketika mereka menghadapi cabaran sekolah, seperti menjadi cemerlang dalam ujian. Didapati bahawa kebanyakan murid yang berjaya mempunyai tahap kebimbangan yang sederhana. Di sini kita lihat bahawa kebimbangan boleh menjadi salah satu faktor dalam motivasi seseorang. Umumnya, dikatakan bahawa meningkatkan kebimbangan akan mengurangkan pencapaian kerana kesulitan tugasan meningkat.

(b)

Perubahan sikap : Murid-murid akan mengubah sikap negatif mereka kepada positif selepas dimotivasikan oleh guru. Oleh itu sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran meningkatkan pencapaian.

(c)

Rasa Ingin tahu : Rasa ingin tahu boleh menjadi satu lagi faktor dalam motivasi seseorang. Jadi, seorang guru harus selalu cuba memasukkan elemen rasa ingin tahu kepada muridnya supaya murid akan bermotivasi untuk belajar.

(d)

Tumpuan Kawalan: Sesetengah orang mempunyai tumpuan kawalan dalaman (mereka mempercayai bahawa mereka bertanggungjawab terhadap nasib mereka), jadi mereka lebih gemar bertugas dalam situasi yang mana kemahiran dan usaha akan membawa kejayaan. Sebaliknya, terdapat juga orang mempercayai orangorang dan kuasa-kuasa di luar mereka mengawal mereka (kawalan tumpuan 118

luaran). Jadi mereka gemar untuk bertugas dalam situasi yang nasib menetukan hasilnya. Kawalan tumpuan boleh dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain. Diskriminasi berterusan terhadap individu yang berkeperluan istimewa, misalnya boleh memberi kesan terhadap persepsi kebolehan mereka sendiri untuk mengawal hidup mereka (Woolfolk, 1993). Justeru, konsep tumpuan kawalan berguna dalam hal meningkatkan pencapaian murid. Dengan memberi peneguhan semula secara berhati-hati terhadap tingkah laku yang terpilih, anda boleh menambah baik pembelajaran dan membantu murid mengembangkan konsep kendiri. (e) Ketakberdayaan yang dimuridi: Bagi sesetengah murid, peluang terbaik bagi perubahan mungkin terdapat di dalam bilik darjah, dan jika peluang ini hilang, maka mereka mungkin mengalami keadaan yang disebut ketakberdayaan yang dimuridi. Oleh tu, kita mendapati murid-murid yang gagal berulang kali dalam sesuatu peperiksaan atau dalam menyelesaikan satu masalah, misalnya akan rasa kecewa dan langsung tidak akan mencuba lagi. Yang perlu dilakukan oleh guru adalah membantu murid-murid ini untuk menilai kegagalan secara realistik lalu memberi fokus pada hal meningkatkan usaha atau motivasi mereka. 8.6 Cara-cara Guru dapat Meningkatkan Motivasi Murid-murid

(a)

Suasana pengajaran dan pembelajaran : Guru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jeni sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar.

(b)

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Murid-murid yang berkerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan sosial, emosi murid serta keperluan akademik merek diambil kira. Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai satu kumpulan.

(c)

Pengukuhan semula: Pengukuhan positif atau negatif boleh

digunakan untuk

memotivasikan murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik.

119

8.7

Implikasi Motivasi terhadap Pengajaran dan Proses Pembelajaran (sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran) Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, slamat dan terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiiri.

(a)

(b)

Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak boleh belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang berbeza-beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk bekerja keras dan murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik.

(c)

Guru-guru tidak harus terlalu menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak akan membawa hasil yang diinginkan.

(d)

Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran mereka. Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin tahu murid. Umpamanya guru boleh menghubung kaitkan murid dengan kehidupannya, menggunakan nama murid, menggunakan bahan

pembelajaran yang jelas dan menarik, dan sebagainya. Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat dalaman.

(e)

Murid atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara mudah supaya murid dapat mengikutinya. Murid dan aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap pengetahuan atau kemahiran murid.

(f)

Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas yang penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-lain tugasan lagi.

TUGASAN TERARAH Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda. Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangi masalah tingkah laku murid tersebut.

120

RUJUKAN

Arends, R.I. (2001), Learning to teach. Boston : McGraw Hill

Henson, K.T. & Eller,B.F. (1999). Educational psychology for effective teaching. Belmont GA: Wadsorth Pub Co.

Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. Boston: Mc GrawHill

Woolfolk,A.E. (1993). Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon

121

You might also like