You are on page 1of 2

Go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Go

Papan Go 19 19

Pemain

Julat umur

4+

Masa penyediaan

Tiada

Masa permainan

casual: 2090 minit pertandingan: 26 jam*

Peluang rawak

Tiada

Kemahiran yang diperlukan

Taktik, Strategi,Pemerhatian

Sesetengah permainan pakar memakan masa lebih daripada 16 jam, permainan gelaran bertaraf tinggi pula boleh memakan masa sehingga beberapa hari.

Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Ia dikenali sebagai Wiq dalam bahasa Cina (Tradisional: ;Ringkas: ), Igo ( ?) atau Go (?) dalam bahasa Jepun,dan Baduk dalam bahasa Korea (hangul: ). Di Malaysia pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM. Go adalah lebih popular di Asia Timur tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelusuk dunia. Go terkenal denganstrategi-strategi yang kompleks walaupun peraturan-peraturannya mudah. Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid garis. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 19, walaubagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh

digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 13 dan 9 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

You might also like