You are on page 1of 8

Jenis-Jenis Perindustrian di Malaysia

Perindustrian Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit

a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. d.

Contoh :

Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.

Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Perindustrian Berat

Pemasangan/pembuatan kenderaan

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alatalat moden yang perlukan kemahiran tinggi.

Perlukan modal yang besar.

Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Contoh :


membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)

Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

Industri Ringan

Pemprosesan minuman

a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). b. Jenis perindustrian yang terpenting. c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya. d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan. f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia Industri Desa

Pemprosesan kerepek/makanan ringan

a. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia. c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. e. Terkenal di Kelantan dan Sabah. Contohnya : Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh

Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang.

Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

:kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar::


Aktiviti Pertanian

- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.

- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga menyebabkan permukaan tanah

Akitiviti Perlombongan

- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.

- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Aktiviti Pembalakan

- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negaranegara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu.

- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.

- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.

- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

Aktiviti Perikanan.

- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.

- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.

- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Pembinaan

Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan. - Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.

You might also like