3yang jelas dan tepat. Definisi-definisi yang perlu dijelaskan ialah ‘isu’,‘sumber manusia’, ‘pengurusan sumber manusia’ dan ‘pendidikan’.
a. ‘Isu’
Kamus Dewan (2007) menerangkan bahawa ‘isu’ ialah “perkara ataupersoalan pokok sesuatu perkara”. Isu menampilkan suatu tajuk ataufokus perbincangan yang menjadi buah mulut atau tajuk utamakhususnya pihak media massa. Dalam konteks sumber manusia,pelbagai isu telah diketengahkan khususnya yang berhubung kaitpembangunan, perancangan dan pengurusan sumber manusia yangmenjadi tonggak sesebuah organisasi.
b. ‘Sumber Manusia’
Berdasarkan Ab. Aziz Yusoff (2006), ‘sumber manusia’ ialah asetterpenting organisasi sama ada organisasi perniagaan yangmengutamakan aspek-aspek produktiviti, kualiti, kepuasan pelanggan,keuntungan dan ‘
viability
’ ataupun organisasi awam yang mementingkankualiti perkhidmatan, keberkesanan kos serta kepuasan dan keselesaanpelanggan. Bagi sesebuah organisasi perniagaan, sumber manusiayang dimilikinya bermula pada peringkat pekerja biasa, penyelia,pengurus pertengahan sehingga ke peringkat pengurusan atasan.Ringkasnya, ‘sumber manusia’ bagi sesebuah organisasi atau institusi itumerupakan individu yang terlibat secara langsung dalam menyumbangkepakaran, kemahiran atau tenaga kerja bagi mencapai visi, misi danobjektif sesebuah institusi itu.
c. ‘Pengurusan Sumber Manusia’
‘Pengurusan sumber manusia’ merujuk kepada cara dan pendekatanyang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktivitiyang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selaridan mencapai matlamat organisasi (Faridahwati Mohd Shamsudin et al.2006). Berdasarkan Byars & Rue (2006), ‘pengurusan sumber manusia’atau pada satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘pengurusan personelia’atau pentadbiran personelia’, merupakan suatu aktiviti yang dijalankandalam semua organisasi besar atau kecil sama ada organisasiberorientasikan perniagaan atau perkhidmatan. Manakala SarimahHanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber manusia