You are on page 1of 47

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN DAN

KESESUAIANNYA DALAM PELAJARAN


UGAMA

KUMPULAN PERTAMA
Pengenalan :
  Reka bentuk pengajaran atau singkatannya
RBP telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan
pada mulanya ia digunakan untuk
membangunkan pelbagai jenis pengajaran
iaitu bahan bercetak, berbantukan computer
dan melalui televisyen.
Mengapa sebagai seorang guru perlu
mengetahui reka bentuk pengajaran?
 Memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Membantu guru menerangkan kandungan isi
pelajaran menggunakan media.
 Memudahkan kefahaman pelajar.
 Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan
media

Definisi Model Pengajaran
 Definisi model :
 menurut Kamus Dewan (1994) bererti
seseorang atau sesuatu yang dapat
dijadikan contoh sama ada untuk ditiru atau
diteladani.
 Definisi reka bentuk pengajaran :
 suatu proses untuk membina bahan
pengajaran seperti modul bercetak, video
pengajaran, perisian komputer dan sebagainya.
Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan
proses membina bahan.
Definisi reka bentuk pengajaran
  Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk
pengajaran sebagai sains untuk mencipta
amalan pengajaran yang terperinci untuk
pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan situasi pembelajaran yang
memudahkan pembelajaran sesuatu unit
pelajaran berlaku.

 Dick dan Reiser (1989) berpendapat RBP


adalah suatu proses sistematik untuk
membentuk, membangun, melaksana dan
menilai pengajaran.
Definisi reka bentuk pengajaran
 Seels dan Richey, 1994 :
 Reka bentuk pengajaran adalah proses
untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran yang juga mengambil kira
perubahan sistem dan pengaruh alam
sekeliling. Definisi ini menjelaskan bahawa reka
bentuk pengajaran adalah proses menyatakan
spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi
empat bidang utama iaitu:
 Reka bentuk sistem pengajaran
 Reka bentuk strategi pengajaran
 Reka bentuk mesej
 Ciri-ciri pelajar

Tujuan Media dalam Reka Bentuk
Pengajaran
  Memudahkan guru dan pelajar berinteraksi dan
berhubung ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.

 Menarik minat pelajar untuk lebih menumpukan


perhatian ketika sesi pembelajaran.

 Menjimatkan masa pembelajaran.


 Menggalakkan pelajar menggunakan media


terutama penggunaan alat elektronik seperti
komputer dan sebagainya.

 Memahirkan guru dan pelajar dalam penggunaan


media sesuai dengan peredaran masa.
  

Kegunaan Reka bentuk
Pengajaran
 Untuk mewujudkan yang kompeten atau bersesuaian.

 Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.


 Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran berkesan


membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diharapkan.

 Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap


akan membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan
dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, juga
membantu kepada pembinaan disiplin yang positif.

 Sesi pengajaran akan lebih lancar dan menarik serta


tidak membazir masa dan tidak bertindak dengan
cara yang kelam kabut. 
Objektif RBP
  Menghasilkan bahan pembelajaran yang
praktikal dan berkualiti.

 Menetapkan pengukuran bersistem dari pelajar


dalam bentuk perubahan tingkah laku yang
akan dicapai.

 Memperkembangkan pelbagai jenis bahan


pengajaran untuk disampaikan dengan
efektif.

Langkah Arahan RBP
  
Akronim Model ASSURE

 A : Analyse learner (analisis pelajar)


 S : State Objective (nyatakan objektif)
 S : Select method, media & materials (pilih
kaedah, media dan bahan)
 U : Utilise media & materials (gunakan media
dan bahan)
 R : Require learner participation (dorong
penglibatan pelajar)
 E : Evaluate and revise (nilai dan semak)
Penggunaan Model RBP ASSURE
 mestilah mengikut langkah-langkah tertentu.
Langkah-langkah tersebut adalah mengikut
urutan maksud perkataan ASSURE.


Langkah 1 : Analisis Pelajar

 Guru mesti menganalisis pelajarnya dengan


mengenal pasti tiga perkara berikut :
1.Mengenal pasti ciri umum pelajar.
2.Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk
pelajar (Specific entry competencies)
3.Mengenal pasti gaya pembelajaran.


Langkah 2 : Menyatakan objektif

 Objektif :
 Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik
tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari
atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti
pelajaran tersebut.

 Gange dan Briggs &Wager (1992) mengklasifikasikan


objektif kepada 3 bahagian :
I. Objektif kognitif (berkaitan dengan kemahiran intelek)
II.Objektif efektif ( berkaitan perasaan dan sikap)
III.Objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran
fizikal)
IV.
 Pembahagian ini akan memudahkan guru membuat
penilaian sesudah pengajaran nanti.
 

Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan

 Pemilihan kaedah, media, dan bahan ini


mestilah berdasarkan :
 Aras kebolehan pelajar dan objektif
pembelajaran yang hendak dicapai.
 Penyediaan sumber yang bersesuaian dan
persekitaran penggunaan media yang cukup
seperti makmal, pusat sumber dan lain-lain.
 Isi kandungan maklumat yang hendak
disampaikan.

Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:


 Menentukan kaedah yang sesuai dengan


tugasan pembelajaran.

 Memilih media yang sesuai untuk


melaksanakan kaedah yang dipilih.

 Memilih, mengubahsuai atau mereka-bentuk


media yang telah ditentukan
Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan
 Memilih Kaedah
 Dalam satu sesi pengajaran terdapat
beberapa kaedah yang berbeza yang
boleh di jalankan. Contohnya:
 Membuka minat pelajar dengan memulakan set
induksi dengan kaedah simulasi dan diikuti
dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih
tubi untuk mempelajari sesuatu kemahiran
yang baru.
 Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat
dengan objektif, kandungan pelajaran dan
kumpulan sasaran atau pelajar.


Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan
 Mereka-bentuk media
 Jika kita gagal untuk memilih media yang
sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai
media yang sedia ada berdasarkan:
qObjektif
qKos
qKepakaran teknikal
qPeralatan
qFasiliti
qMasa
q


Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan
Memilih Media :

 pemilihan media dilihat dari dua aspek:


ü Memilih media yang tersedia
ü Memilih format atau bentuk media yang belum nyata mesej
di dalamnya.

 pemilihan media perlulah berdasarkan aspek:


q Sepadan dengan kurikulum
q Maklumat yang jelas, tepat dan terkini
q Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
q Menggalakkan penglibatan pelajar
q Kualiti teknikal yang baik
q Terdapat bukti keberkesanannya
q Bebas dari bias
q Mempunyai buku panduan yang lengkap


Langkah 3 : Memilih kaedah, media
dan bahan
Media tersedia boleh diterokai melalui pelbagai
sumber seperti agensi pendidikan seperti:
vPusat sumber sekolah
vPusat kegiatan guru
vBahan teknologi pendidikan
vAgensi kerajaan
vAgensi swasta
Langkah 4 : Gunakan media/alat/bahan
pengajaran

perkara yang perlu diberi perhatian :
vSediakan media dan bahan yang akan
digunakan dan tentukan masa pembelajaran
yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview)
video sebelum mengajar.
vDi samping menyediakan bahan, alat serta
kemudahan lain yang diperlukan hendaklah
tersedia sebelum mengajar.
vTempat belajar hendaklah sesuai dengan
media dan bahan yang hendak digunakan

Langkah 4 : Gunakan media/alat/bahan
pengajaran
v
vSediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi
atau nyatakan tujuan dan objektif
pembelajaran.
vSedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana
anda menyampaikan pelajaran menggunakan
media, sebagai penyampai utama (Tumpuan
guru) atau bertindak sebagai pemudah cara
atau pengurus pembelajaran yang memberi
tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)

Langkah 5 : libatkan pelajar
 Dalam mengaktifkan pelajar di dalam
pengajaran dan
 pembelajaran alangkah baiknya kalau ada

sentuhan psikologi
 seperti berikut:-

1.    Behaviorisme- kerana responyang sesuai dari

pengajar dapat menguatkan kefahamannya.


2. Kognitif- kerana informasi yang diterima pelajar
dapat memperkaya skema mentalnya.
3.    Konstruktivisme - kerana pengetahuan yang

diterima pelajar akan lebih bererti berdasarkan


pengalaman yang dialami.
4.    Sosial - kerana tanggapan yang diberikan

pengajar atau rakan dalam proses p&p dapat


dijadikan informasi dan juga sebagai sokongan
secara emosional.
Langkah 6 : Nilai dan semak semula
bahan.

Dalam penilaian itu persoalan berikut harus


difikirkan:
üAdakah objektif pembelajaran tercapai?
üAdakah alat/bahan media yang digunakan
membantu proses pengajaran dan
pembelajaran?
üAdakah kesemua pelajar menggunakan
alat/bahan media dengan cara yang betul?
üAdakah suasana pembelajaran selesa?
üAdakah peluang pemerhatian individu diberi?


Kebaikan menggunakan Model
ASSURE

 Proses pengajaran menjadi lebih berkesan, kerana


pengajarannya bersistematik.

 Model ASSURE bukan hanya berpusatkan kepada


guru tetapi ia juga berpusatkan kepada pelajar ia
melibatkan pelajar.

 Guru lebih mahir dalam penggunaan alatan


teknologi seperti computer dan sebagainya.

 Hubungan di antara guru dan pelajar menjadi erat,


kerana model ASSURE ini menitikberatkan
penglibatan pelajar dalam pembelajaran.

Kebaikan menggunakan Model
ASSURE
 Menggalakkan para guru untuk sentiasa
menggunakan alat bantu mengajar dalam
pengajaran mereka.

 Memastikan bahan media yang digunakan adalah


sesuai peringkat umur dan persekitaran pelajar.

 Aplikasi model ASSURE dalam pengajaran


mempunyai objektif yang jelas.

 Pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran guru.


 Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya


bahan media yang sesuai semasa pengajaran
guru.
 

Kelemahan menggunakan Model
ASSURE:

 Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk


Pengajaran tidak bersesuaian dengan
analisis pelajarnya.

 Kemudahan alatan teknologi yang kurang dan


tidak lengkap.

 Guru kurang mahir menggunakan apa jua


alatan teknologi semasa maka pengajaran
akan menjadi kurang berkesan dan mencapai
objektif pengajaran pembelajaran.
Kelemahan menggunakan Model
ASSURE:

 Guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk


pengajaran yang bersesuaian dengan analisis
pelajarnya.

 Guru kurang masa mengajar model ASSURE kerana


model ini memerlukan penglibatan pelajar seperti
mengadakan perbincangan, soal jawab, kuiz, latih tubi
dan sebagainya selepas pengajaran.

 Guru terpaksa mengeluarkan banyak tenaga dan usaha


untuk menyediakan, meneliti, dan menyemak semula
bahan pengajaran sebelum menggunakannya.
  


  

Kesesuaian dan Aplikasi RBP Model
Assure terhadap pelajaran Agama

 Media yang mempunyai ciri-ciri pergerakan adalah sesuai


ditunjukkan sekiranya pengajaran tersebut memerlukan
pelajar-pelajar memahami keadaan semula jadi sesuatu
objek daripada pelbagai perspektif atau sudut pandangan.
 Contohnya : Bab Fiqh antaranya cara mengambil air wudhu,
bertayammum,
 sembahyang, saie, tawaf dan haji, mensucikan
najis.
  
 Pergerakan juga sesuai diwujudkan dalam penghasilan bahan
sekiranya ia memerlukan pemahaman dari segi hala, arah,
kitaran atau sesuatu proses seperti melakukan tawaf, saie,
melontar jamrah dalam bab haji, Perang Badar, Khandak
dan Uhud dalam subjek Sejarah.
  
 Pergerakan yang dipaparkan secara animasi melalui
komputer atau disiarkan dalam media elektronik adalah
yang terbaik untuk dibuat pilihan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran selain daripada melihat bahan sebenar
seperti tutorial air wudhu, sembahyang, bahagian air.
Kesesuaian dan Aplikasi RBP Model
Assure terhadap pelajaran Agama

 Pergerakan seumpama ini haruslah mudah


dikendalikan jelas dari segi tujuan pergerakan
dan sesuai ditempatkan untuk demonstrasi
serta mempunyai ciri-ciri mudah alih
contohnya mensucikan najis.

 Keberkesanan penghasilan dan


penggunaannya bergantung kepada daya
kreativiti seseorang guru.


Kesesuaian dan Aplikasi RBP Model
Assure terhadap pelajaran Agama

 Tayangan video boleh dijadikan sebagai media pengajaran dengan mengikuti


langkah-langkah berikut :

 Peringkat pra pengajaran
ü Memilih adegan yang diperlukan dalam sesi pratonton.
ü Panjangnya tidak melebihi 10 minit. Jika melebihi daripada itu ia ditayangkan
beberapa segmen.
ü Menentukan elemen dan komponennya seperti memilih objek, flora dan
fauna dan muzik.
ü Menyediakan pelbagai soalan untuk penjanaan minda.
ü
 Peringkat pengajaran
ü Menayang video
ü Pelajar menonton
ü Sesi penjanaan minda
ü Catatan hasil daripada tontonan
ü Penghasilan tugas

CONTOH
RANCANGAN PENGAJARAN BAGI
MODEL ASSURE

PELAJARAN FIQH
TAJUK :SOLAT
MODEL ASSURE APPLIKASI
A : ANALYSE LEARNER (ANALISIS Pelajar tahu dan sudah melakukan solat di sekolah
PELAJAR) rendah ugama.
S : STATE OBJECTIVE (NYATAKAN Membaca bacaan solat yang betul
Pelajar pernah bersolat zuhor dan asar di bilik solat
OBJEKTIF) Menghalusi bacaan solat
S : SELECT METHOD, MEDIA AND sekolah.
Soal jawab, membaca petikan
Melakukan perbuatan solat dengan betul
MATERIALS (PILIH KAEDAH, MEDIA Komputer, projector, power point, internet
U : UTILISE
DAN BAHAN)MEDIA AND MATERIALS Buku teks, kamus.

(GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN) Slide power point.


R : REQUIRE LEARNER Bersoal jawab dengan pelajar
Link internet.
PARTICIPATION (DORONG Mengeja perkataan
E : EVALUATE AND
PENGLIBATAN REVISE
PELAJAR) Pencapaian objektif pengajaran
Membaca dengan intonasi yang betul.
(NILAI DAN SEMAK) Natijah penggunaan media dan bahan
Melakukan simulasi solat
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR
KELAS PMV-7M.
MASA
9.00 – 10.00.
BILANGAN PELAJAR 30 orang.

MATA PELAJARAN FIQH.

TAJUK PENGAJARAN SOLAT.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Pelajar tahu dan sudah melakukan solat di sekolah
rendah ugama.
Pelajar pernah bersolat zuhor dan asar di bilik solat

sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar


dapat:

Membaca bacaan solat yang betul


Menghalusi bacaan solat

Melakukan perbuatan solat dengan betul


ISI PELAJARAN : Pengertian.
Hukum.
OBJEKTIF AM
Bacaan Solat.

OBJEKTIF KHAS Melahirkan pelajar yang mendokong negara zikir.


Perbuatan Solat.

ALAT BANTU MENGAJAR: Pelajar dapat bersolat dengan betul pada bacaan
dan perbuatan.
BAHAN RUJUKAN Buku teks, papan putih, komputer, link internet.

SET INDUKSI: Buku teks, slide power point, link internet.


Bersoal jawab mengenai pengertian solat.

Guru bertanya mengenai hukum solat.


LANGKAH PENYAMPAIAN
LANGKAH ISI PELAJARAN KAEDAH BBM KAEDAH ASSURE
PENYAMPAIAN

1 Bersoal jawab Tayangan Slide Petikan Pilih kaedah, media


(Set induksi) Menonton slide Power Petikan “Pengertian Slide dan bahan
25 minit Membaca
Point petikan Pelajar lemah dan Tayangan slide
Solat” Dorong Penglibatan
5 minit sederhana
Bersoaljawab pelajar
Pelajar
Mengeja
dengan Perkataan
pelajar
berdasarkan petikan
Pelajar pandai
Membaca dengan
intonasi yang betul.
LANGKAH PENYAMPAIAN
LANGKAH ISI PELAJARAN KAEDAH BBM KAEDAH ASSURE
PENYAMPAIAN

3 Makna Perkataan Guru bertanya Petikan Objektif


5 minit mengenai maksud Teks Pembelajaran dan
perkataan sukar dari Kamus pengajaran
petikan
Kumpulan A: Media dan bahan
Mencari perkataan dan Dorong penglibatan
membuat ayat. pelajar
Contoh:
Takbiratul Ihram
Kumpulan B:
Mencari makna dari
kamus.
1. Fardu
2. Sunat
3. Wajib
4. Salam
LANGKAH PENYAMPAIAN
LANGKAH ISI PELAJARAN KAEDAH BBM KAEDAH ASSURE
PENYAMPAIAN
Kumpulan C:
Mendapat bantuan dari
guru.
5 Lakonan semula Pelajar
-mengejamelakukan
perkataan Link Internet Dorong Penglibatan
15 minit simulasi Solat
:Takbiratul yang
Ihram Pelajar
dilihat
KESIMPULAN / PENUTUP:(NILAI Pelajar menjelaskan pengertian solat.
AKHLAK) Pelajar menyatakan kepentingan menjaga waktu
PENILAIAN:
solat
TUGASAN: Pelajar dapat melakukan perbuatan solat

PENILAIAN DIRI: Menghalusi bacaan dalam solat


Melukis tiga daripada gambar perbuatan solat
ULASAN PENYELIA: Pencapaian objektif pengajaran :
................................................................................
Pelajar gembira menonton video cara bersolat dari
................................................................................
link internet.
................................................................................
................................................................................
................................................................................
CONTOH PETIKAN DAN SLIDE
Pengertian Solat

ØBeberapa Bacaan dan Perbuatan Tertentu Yang


Di Mulai Dengan Takbiratul Ihram dan Di Akhiri
dengan Salam

Hukum Solat

1.Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat


sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas
orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada
waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan
salah satu dari Rukun Islam.
2.Solat fardhu yang wajib didirikan ialah
solat lima waktu sehari semalam, iaitusubuh
, zohor, asar, maghrib dan isyak.
PERBUATAN-PERBUATAN SOLAT

BERDIRI TEGAK
RUKU`

I`TIDAL
SUJUD
DUDUK IFTIRASY
TASYAHUD
AWAL
TASYAHUD
AKHIR
SALAM

You might also like