You are on page 1of 7

Tutorial 2 Pantang Larang Masyarakat di Malaysia

Kelahiran

Kematian

Pantang Larang

Perkahwinan

Amalan Harian

Kelahiran
A. Masyarakat Melayu Semasa mengandung 1. Melenggang perut 2. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung 3. Kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan 4. Bertujuan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil dan bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut 5. Pada awal kandungan wanita mengandung dilarang makan nanas/tebu/tembikai. Nanas mampu mengakibatkan keguguran 6. Tidak boleh mendera binatang kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri haiwan tersebut 7. Mengamalkan minum soya supaya anak mempunyai kulit yang putih 8. Tidak boleh keluar rumah pada waktu senja kerana nanti diganggu makhluk halus 9. Dilarang duduk di tangga rumah kerana takut mengalami kesukaran sewaktu bersalin.

10. Dilarang mencaci atau mengumpat kerana takut ibu mengandung mengalami kesulitan ketika melahirkan anak 11. Dilarang memakum, memahat atau menggali lubang kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan mengalami kecacatan. Selepas bersalin 1. Makan nasi hanya 3 kepal untuk menjaga badan 2. Tidak digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak kerana takut luka lambat sembuh 3. Tidak boleh makan makanan bergoreng untuk menjaga tubuh badan 4. Tidak boleh menyapu sampah keran boleh menyebabkan bentan B. Masyarakat Cina Semasa mengandung 1. Tidak dibenarkan melakukan kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan 2. Wanita hamil perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-lkata kesat dan dilarang memukul binatang untuk bertujuan menghindari bayi dari terkena badi 3. Wanita hamil digalakkan bekerja supaya mudah bersalin 4. Wanita tidak digalakkan kerap menggosok perut kerana bayi yang lahir kelak mempunyai sifat yang manja 5. Dilarang makan daging arnab kerana dikhuatiri bayi akan mempunyai bibir arnab. 6. Dilarang makan dagin anjing kerana bayi yang lahir suka menggigit orang terutamanya masa menyusu. 7. Dilarang makan daging ayam jantan kerana bayi tidak menangis pada tengah malam 8. Dilarang makan ketam supaya bayi tidak asyik mengeluarkan air liur 9. Dilarang menyidai baju kerana akan mengakibatkan keguguran bayi Selepas bersalin 1. Pusat bayi diikat dan dililit sehelai kain pada perutnya untuk mengelakkan perut bayi masuk angina 2. Mencukur rambut bayi sebagai adat pengiktirafan terhadapa orang baru dalam keluarga.

C. Masyarakat India Semasa mengandung 1. Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan dimana wanita tersebut dipakaikan gelang tangan baru (Suulkaapu). Ia bertujuan untuk melindungi bayi daripada kesukaran masa bersalin 2. Dilarang keluar rumah berseorang pada waktu malam kerana dikhuatiri mengalami bahaya. 3. Dilarang tidur pada waktu siang kerana anak dilahirkan tidak aktif 4. Dilarang melakukan perbuatan buruk seperti menfitnah, mengumpat, menyembelih binatang Selepas bersalin 1. Membisikkan nama Tuhan untuk membolehkan bayi tadi terdengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain 2. Potong tali pusat dan tali pusat ditanam bersama uri dan tembuni bersama duit tembaga, serbuk kunyi, garam dan pinang 3. Menyapu madu pada bayi untuk membawa kecantikan dan bayi tidak diserang sebarang penyakit.

Perkahwinan
A. Masyarakat Melayu 1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum dijabkabulkan untuk mengelakkan berlaku tomahan masyarakat. 2. Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu untuk menjaga nama baik keluarga 3. Jangan bebas keluar ke mana-mana takut disantau 4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk menggelakkan perut buncit 5. Elakkan makan ulam yang busuk seperti petai dan jering 6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib untuk mengelakkan diri dari perkara sihir 7. Jangan membuang ari kecil dan air besar serentak di dalam air kerana boleh melemahkan organ seks.

8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi kerana boleh menyebabkan kencing manis 9. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi 10. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu 11. Jangan makan leher ayam kerana nanti mengantuk masa bersanding B. Masyarakat Cina 1. Semasa hari pertunangan, pengantin perempuan dilarang bunuh angsa pemberian pengantin lelaki kerana angsa tersebut mewakili pengantin perempuan 2. Bakal pengantin tidak digalakkan berkahwin pada bulan hantu kerana dapat mendatangkan malang 3. Perkahwinan yang mempunyai nama keluarga yang sama adalah ditegah kerana dikhuati bersaudara 4. Wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian bersaudara tidak boleh terlibat dengan majlis atau menyentu pakaian pengantin 5. Orang yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpow untuk memberi rasa simpati kepada keluarga si mati. C. Masyarakat India 1. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan calendar hindu 2. Upacara perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari naik bagi mengelakkan berlakunya nasib buruk 3. Kad jemputan diedarkan harus disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambing keharmonian 4. Pokok pisang dijadikan sebagai pintu gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci. Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang sepenuhnya ke dalam sungai

Kematian
A. Masyarakat Melayu 1. Tidak boleh bercakap kuat walauun berzikir atau membaca ayat al-Quran ketika menghantar jenazah ke kubur kerana kita digalakkan memikirkan apa yang terjadi pada si mati 2. Kubur tidak boleh ditembok dan dan ditulis di atasnya. 3. Tidak boleh duduk atas kubur dan tidak boleh memakai selipar ketika berjalan di kubur. 4. Semasa mayat masih berada dalam rumah, sebaang jamuan tidak diadakan sebagai menghormati upacara tersebut 5. Dilarang meratapi atau menangis berlebihan ketika berhadapan dengan mayat B. Masyarakat Cina 1. Tangisan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali kerana roh mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa 2. Kucing hitan yang melangkahi mayat akan menyebabkan mayat terbangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ 3. Pakaian yang berwarna selain warna hitam tidak digalakkan. 4. Baju yang berbunga dilarang dalam upacara kematian tersebut 5. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas 6. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas 7. Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsung perkahwinan. 8. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air bercampur daun limau Bali untuk menolak bala. C. Masyarakat India 1. Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik 2. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu 3. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan 4. Sedikir makan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir. 5. Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur

Amalan Harian
A. Masyarakat Melayu 1. Dilarang bersiul dalam rumah kerana ular masuk 2. Tidak boleh duduk atas bantal nanti dapat bisul 3. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam nanti didatangi sial 4. Kalau makan nasi kena habiskan kalau tidak nasi akan menangis 5. Jangan bergendang dalam rumah nanti harta habis dicuri orang 6. Dilarang kencing atas busut dikatakan buruk kemaluan dan untuk mengelakkan ditegur mahkluk halus 7. Dilarang memotong kuku pada waktu malam nanti umur pendek 8. Dilarang mengintai orang mandi nanti mata ketumbit 9. Tidak boleh kencing berdiri nanti punggung dijamah hantu 10. Tidak boleh makan dalam gelap dikatakan makan dengan iblis 11. Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu hitam B. Masyarakat Cina 1. Jangan menyucuk chopstick pada makanan dalam keadaan tegak kerana dipercayai seumpama membuat penyembahan syaitan 2. Jangan cuci kain pada tahun baru cina kerana nanti dijangkiti penyakit kulit 3. Jangan tulis perkataan yang tidak baik dengan menggunakan pen merah kerana melambangkan sesuatu yang tidak baik 4. Kalau jalan waktu malam, jangan toleh belakang keranan dikhuati ada makhluk lain mengikut kita 5. Dilarang lalu atau duduk dibawah tangga kerana dikhuati kecelakaan dan mendapat sial 6. Tidak boleh bercakap atau mendengar cerita hantu ketika waktu malam kerana dikhuatiri umur akan menjadi pendek C. Masyarakat India 1. Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan kerana boleh membawa sial 2. Jangan bersiul pada waktu malam kerana ular masuk

3. Jangan asah pensel di kedua-dua belah dipercayai ibu bapa akan sentiasa bergaduh 4. Jangan makan di tempat gelap jika tidak makanan dikongsi bersama hantu

You might also like