• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
HBAE4303 APRESIASI SENI
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002
1
PENGENALAN
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insanyang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungankurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasratFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas daripada masyarakat di Malaysia.Tukang-tukangyang mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya seni mengikut kreativiti tersendiri.Setiap kraftangan yang terhasil akan dihiasi dengan ragam hias yang unik berdasarkan alamsekitar. Namun, setiap ragam hias berbeza-beza antara satu dengan yang lain.Pengenalan kepada seni kraf pula dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sama adaSekolah Rendah atau Sekolah Menengah mengenai budaya dan tradisi rakyat Malaysia. MelaluiSukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah juga,pelajar diterapkan dengan unsur-unsur kraf tradisional seperti songket ,anyaman dan penghasilan karya seni di Negara kita.Antara kain tenunan tradisional Melayu seperti kain tenun Pahang, kain ikat loseng, kain ikat pakan dan kain limar, kain songketlah merupakan kain yang paling popular dan masih digunakanoleh masyarakat Melayu sehingga hari ini.
 
HBAE4303 APRESIASI SENI
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002
2
A.SONGKET MALAYSIAi.SEJARAH SONGKET MALAYSIA
Songket terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau.Berkembang pesat di pantai timur terutama di Terengganu dan Kelantan.Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstildikatakan berkembang dengan pesat setelah perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin.Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneodan Bugis.Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidak menggunakan motif emas atau songket. Selain daripada itu, kain tenun juga ditemui ketikazaman Che Siti Wan Kembang (1610-1677). Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telahditemui di Kota Kubang Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunansongket bermula di perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus pembuatannya.Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket ataumenyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis,iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar danrumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar duayang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutudari segi teknik dan kesan.
proses tenunan
 
 
HBAE4303 APRESIASI SENI
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002
3
 Dalam proses menenun kain, benang loseng perlu disediakan di dalam alat tenun kek. Kemudian benang pakan akan disusuli dari kiri dan kanan penenun untuk dijadikan kain. Dalam prosesmembuat motif pada kain, benang loseng perlu diangkat supaya benang emas dapat ditenunmengikut motif dan proses ini dipanggil 'angkat butang'.Dengan kata lain, benang emas atau perak merupakan benang tambahan untuk menghasilkancorak-corak atas permukaan kain tenun tersebut. Dengan ini, kain songket adalah kain yangdihasilkan secara tenunan pakan tambahan (extra weft weave).Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur danmotif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songketlebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempah motif-motif yangmereka minati. Bagi pengguna kain songket ini konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatumotif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif  pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya.
ii.MOTIF SONGKET
Kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta motif yang dihasilkan diatas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kainsongket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yangdikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...