You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU MOHD HAZIQ BIN JEBAT

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya Berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana Berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang proses menyiapkan tugasan ini Terdapat beberapa masalah dan halangan sepanjang kami menjalankan tugasan ini.Antaranya masalah kurang jelas akan berhubung tugasan.Namun perkaran ini diatasi dengan kolaborasi dengan pensyarah dan pencarian maklumat.Di samping itu,kami banyak mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Antara perkara atau input yang saya dapat daripada tugasan ini ialah saya dapat mengetahui pelbagai jenis spesies tumbuhan hiasan yang baru.Daripada kajian dan pemerhatian saya mengenali tumbuhan melalui famili,nama botani dan nama saintifik.Saya dapat menambah ilmu yang baru dan ini amat membantu saya sebagai bakal guru Kemahiran Hidup yang akan mengajar tajuk Tanaman hiasan. Ilmu lain yang saya dapat daripada tugasan ini mengenai pembiakan tumbuhan hiasan.Daripada laporan yang dibuat,saya mengetahui terdapat dua jenis pembiakan tumbuhan hiasan iaitu secara seksual dan aseksual Selain itu,saya juga mengetahu jenis medium memasu yang digunakan.Campuran seperti Campuran John innes dapat saya pelajari untuk medium penanaman dan medium semaian.Hal ini amat berguna apabila saya akan mengajar tajuk medium penanaman dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Di samping itu,saya dapat belajar jenis-jenis kerja penyelengaraan tapak semaian dan tumbuhan hiasan.Saya mempelajari teknik dan alatan khas untuk kerja penyelengaraan seperti menyiram,menggembur,membaja,mencantas,mengutil.Oleh itu,saya dapat mempraktikkan pengetahuan saya dalam menjaga dsan menyelenggara tumbuhan hiasan.

Bukan itu sahaja,saya juga dapat mengkaji jenis penyakit dan perosak di tapak semaian.Penyakit sepetri bintik daun,layu,melecuh dan lain-lain.Saya dapat mengenal punca penyakit tumbuhan seperti kulat dan bakteria dan cara mengawalnya.

Selain perkara yang saya dapat daripada tugasan banyak lagi perkara baru yang saya pelajari.Saya dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah nursery atau tapak semaian yang betul.Saya juga dapat mengetahu perkembangan sektor industry perlandskapan yang semakin berkembang di Malaysia ini.Saya mengetahui sektor ini dapat membantu ekonomi Negara melalui penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan yang banyak Akhir sekali,tugasan ini banyak membantu saya sebagai guru Kemahiran Hidup yang akan mengajar Tanaman Hiasan dan saya amat gembira menjalankan tugasan ini.

You might also like