You are on page 1of 2

Contoh kajian kes Kedatangan pengetua baru (pengetua perempuan) memberikan peluang yang baik kepada Cikgu Ahmad.

Sebagai guru DG6 di sekolah menengah , Cikgu Ahmad sebenarnya berasa terancam (tekanan dilihat secara positif) berada di Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan guru DG 6 ke sekolah rendah. Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Ahmad merasakan dirinya tidak berupaya lagi. Cikgu Ahmad memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah utama di sekolah ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar sesuka hati datang lewat malahan minum kopi di kedai di luar kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan jabatan. Kelebihan Cikgu Ahmad ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu kesalahan disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan kepada pengetua dengan baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan, menggantung dan membuang pelajar dibuat dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada Ketua Guru Disiplin. Nama Cikgu Ahmad sering disebut dalam mesyuarat dan pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya. Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan. Malahan Cikgu Ahmad digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah atau permohonan kepada pengetua . Tambahan pula Cikgu Ahmad sentiasa ada masa untuk selalu berada di pejabat dan sering kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu Ahmad semakin meningkat. Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Ahmad dengan pengetua mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Ahmad amat mengkagumkan pengetua. Penilaian yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan kewangan untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak dijalankan seperti mengadakan lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah. Ini diikuti dengan penilaian prestasi SSB melintang. Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Ahmad membuahkan kekecohan. Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh pengetua. Oleh yang demikian, Cikgu Ahmad dituduh cepat menyampai . Guru-guru akan lebih berhatihati sekiranya ada pengintip terutama sekali jika ada Cikgu Ahmad. Malahan pengawas pengawas menjadi sumber Cikgu Ahmad mengorek maklumat. Boleh dikatakan Cikgu Ahmad dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh, rungutan dan bantahan guru dan pelajar. Dalam kes Cikgu Ahmad ini, timbul beberapa persoalan :

Puashati Cikgu Ahmad menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain.

Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Ahmad bertindak suka menyampai keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising semasa Cikgu Amnah, akan disampaikan kepada pengetua. Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan kumpulan think tank yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru -guru lelaki ke bilik pengetua perempuan, tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki juga mungkin enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam kelas seperti pelajar tidak membuat latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-guru perempuan mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka guru-guru berbincang dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya dan pemberi maklumat terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada Cikgu Ahmad.

Soalan-soalan tugasan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di dalam kes tersebut. Cadangkan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah tersebut Apakah risiko-risiko yang mungkin dihadapi sekiranya penyelesaian tersebut diambil? Apakah implikasi kes tersebut kepada anda? Apakah strategi alternatif yang boleh dilaksanakan di dalam kes ini tersebut? Bandingkan kes tersebut dengan kes-kes lain yang pernah anda kaji? Apalah prinsip-prinsip atau generalisasi-generalisasi yang anda didapati dari kes tersebut?

You might also like