You are on page 1of 3

PANDUAN MEMERIKSA BM KARANGAN STPM JENIS-JENIS KESALAHAN SINTAKSIS

1. Tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat. Asalkan ada digunakan untuk memulakan ayat, ianya merupakan kesalahan sintaksis. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. 2. Namun, Tetapi Malah, Malahan, Maka, Hal ini kerana Bak kata peribahasa Melayu, Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Justeru, Justeru itu, Demikian kerana hal ini

Tidak boleh digunakan untuk memulakan perenggan isi karangan. Asalkan digunakan untuk memulakan perenggan dianggap sebagai kesalahan sintaksis. a. b. c. Bukan itu sahaja Tambahan pula Tambahan lagi

3. 4. 5.

Ayat tersebut tertinggal kata hubung yang sepatutnya ada dalam ayat. Ayat tersebut tertinggal kata sendi yang sepatutnya ada dalam ayat. Penggunaan kata hubung dan dan serta. Jika calon guna serta tanpa ada dan, maka ayat tersebut dianggap kesalahan sintaksis. Penggunaan kata hubung berpasangan harus betul. Jika salah atau hanya salah satu saja dalam satu sahaja ada, maka ianya dianggap kesalahan sintaksis. a. b. c. Bukan sahaja .. malah / tetapi Entahkan . entahkan Sama ada atau

6.

7. 8. 9.

Ayat yang berbelit-belit sebab lebih daripada 2 atau 3 kata hubung sehingga berulang-ulang. Ayat yang membawa maksud lewah iaitu berulang-ulang. Ayat yang diragui, selepas disongsangkan tidak boleh membentuk ayat yang lengkap atau ayat yang tidak boleh dijadikan ayat songsang. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif yang tidak diikuti oleh objek kata nama. Penggunaan penanda wacana di bawah harus berkaitan dengan ayat sebelumnya. Jika tidak ada kohesi atau koheran maka ianya dianggap kesalahan sintaksis. a. b. c. Oleh hal yang demikian, Hal ini demikian kerana, Lantaran itu,

10. 11.

12.

Kesalahan semantik (Makna ayat) juga dianggap kesalahan sintaksis. Contoh : a. Tali silaturrahim juga dapat dieratkan dalam kalangan masyarakat.

13.

Ayat yang tergantung sama ada ayat yang tidak ada subjek atau tidak ada predikat. ** Kesalahan ini agak banyak dan sila teliti semasa menyemak.

14. 15.

Kesalahan frasa Kesalahan klausa Contoh : a. kita bersikap sambil lewa dengan persekitaran alam sekitar.

16.

Penggunaan peribahasa dalam karangan adalah salah. Contoh : a. b. Selanjutnya, sikap enau dalam belukar masih terpupuk dalam diri segelintir masyarakat. (salah sintaksis sebab peribahasa ini tidak lengkap) Sikap bagai katak di bawah tempurung perlu dihindari agar tidak digelar sombong akan sikap yang tidak bertegur sapa antara satu sama lain. (Katak di bawah tempurung bermaksud tidak tahu apa-apa bukannya orang yang sombong)

17.

Tidak menggunakan kata hubung relatif bagi menerangkan kata nama atau frasa nama (Rujuk buku TBA Edisi baharu, muka surat 425) Kesalahan penggunaan penanda wacana. (Rujuk Buku TBA, Edisi Baharu, muka surat 429) Ayat yang panjang dan berbelit-belit dan kabur (Rujuk Buku TBA, Edisi Baharu, muka surat 429 430) Ayat Tergantung tanpa subjek atau tanpa predikat (Rujuk Buku TBA, Edisi Baharu, muka surat 428 429) Ayat yang mengandungi unsur lewah dalam penggunaan bahasa (Rujuk Buku TBA, Edisi Baharu, muka surat 430 434)

18.

19.

20.

21.

KESALAHAN FONOLOGI YANG SELALU DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA MENULIS KARANGAN
(Bulatkan sahaja jika ada) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Walaubagaimanapun sepatutnya walau bagaimanapun Disamping itu sepatutnya Di samping itu Penggunaan kata hubung ada tetapi tidak menepati atau tidak sesuai atau salah. Penggunaan kata sendi nama ada tetapi tidak menepati atau tidak sesuai atau salah. Samaada sepatutnya sama ada Saling tolong-menolong sepatutnya saling menolong / tolong-menolong Penggunaan adalah + kata nama. Contohnya, adalah mereka bertiga sepatutnya ialah mereka bertiga 8. Penggunaan ialah + Kata sendi nama atau kata adjektif Contohnya,

ialah gemuk sepatutnya adalah gemuk ialah antara sepatutnya adalah antara 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pelbagai-bagai sepatutnya pelbagai / berbagai-bagai Dengan lain perkataan sepatutnya dengan perkataan lain Ko-kurikulum sepatutnya kokurikulum Anti sosial sepatutnya antisosial Memperolehi sepatutnya memperoleh Diperolehi sepatutnya diperoleh Kesalahan ejaan kata majmuk mantap dan kata majmuk tidak mantap Contoh : ambilalih sepatutnya ambil alih ambil-alih sepatutnya ambil alih antara bangsa sepatutnya antarabangsa kaki tangan sepatutnya kakitangan 16. 17. 18. 19. 20. Mengenepikan sepatutnya mengetepikan Mengketengahkan sepatutnya mengetengahkan Mensasarkan sepatutnya menyasarkan Mempastikan sepatutnya memastikan Semua kata adjektif hanya menerima imbuhan memper- bukannya memper--kan Contoh : memperkecilkan sepatutnya memperkecil memperluaskan sepatutnya memperluas __________________________________________________________________________________

Yang disenaraikan merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar semasa menulis. Banyak lagi kesalahan yang ada tetapi tidak disenaraikan kerana jumlah kekerapannya kurang. SEMOGA MEMBANTU DAN MEMPERMUDAH KERJA CIKGU SEMASA MENYEMAK Ikhtiar menjalani Untung menyudahi Manusia mengikhtiarkan Allah mentakdirkan
Disediakan oleh : Cikgu Zulkarnain Farihin SMK Sacred Heart, Sibu, sarawak Terimakasihcikgu@gmail.com 0128059500

You might also like