You are on page 1of 4

REFLEKSI KENDIRI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak. Program BIG kali ini disertai oleh empat unit guru pelatih yang terdiri daripada unit saya iaitu Pengajian Cina, unit Pengajian Melayu, unit Sejarah dan unit Pemulihan. Kami memulakan program BIG pada 24 Jun 2013 hingga 27 Jun 2013 selama 4 hari 3 malam di Taman Negara, Nusa Kem, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sebelum memulakan program BIG, kami diberikan sedikit simulasi untuk pengetahuan asas mendirikan khemah. Selain itu, kami juga bersama-sama mengira peralatan yang perlu dibawa ke Nusa Kem supaya peralatan yang perlu diguna mencukupi dan tidak tercicir. Selain itu, memastikan peralatan yang perlu dibawa tidak ada sebarang kerosakan. Dalam program BIG kali pertama ini, saya pelajari apa itu kerja dalam kumpulan. Tanpa ada bantuan daripada ahli kumpulan, tidak mungkin akan

menghasilkan kerja dan melakukan sesuatu kerja dengan baik, berkesan dan berjaya dengan seorang diri. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan amat penting dalam mengadakan program yang sebegini. Segala cabaran, halangan atau kenangan pahit manis kami berkongsi bersama. Selain itu, saya pelajari pelbagai nilai-nilai murni yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setia kawan dan bekerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa pembahagian alatan di institut lagi. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mendapatkan alatan yang mencukupi. Kemudian di Kuala Tahan, kami bekerjasama memunggah barangan peralatan dari bas ke kereta Hilux untuk dibawa ke Nusa Kem. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan kesepakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugasan akan menjadi berat dan tidak akan

berjaya. Sebagai seorang guru, kita haruslah mempunyai nilai bekerjasama, toleransi dan mempunyai permuafakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita. Dengan ini, segala tugasan atau masalah akan menjadi mudah dan kehidupan akan menjadi harmoni. Seterusnya saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti berakit. Pada mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri kerana tiada pengalaman berakit dan takut akan jeram-jeram yang deras. Namun, saya tidak mudah mengalah dan bersama rakan berakit sampai ke penghujung. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Selain itu, saya juga mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua. Contohnya, ketua BIG kita kali ini ialah Mohd Firdaus bin Salamat dari unit Pengajian Melayu. Firdaus merupakan ketua yang berdedikasi dan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai ketua. Apabila kami menghadapi masalah, Firdaus akan menyelesaikan masalah secara muafakat. Selain itu, Firdaus membahagikan kerja dengan saksama. Dia merupakan ketua yang peka terhadap tugas sebagai ketua dan dia boleh melakukan kerja seorang diri walaupun tiada bantuan daripada anak buahnya. Kepercayaan kami telah memberikan semangat untuk firdaus memimpin kami semua selama di Nusa Kem. Di samping itu, saya juga pelajari sikap sentiasa ingin mencari ilmu yang baru. Semua benda yang berada di sekeliling kita ialah ilmu yang berguna kepada kita dan guru boleh sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada murid. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua aspek supaya boleh menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari

ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada supaya lebih mantap. Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya ialah tentang tapak perkhemahan dapur memasak. Tapak perkhemahan ini terasa kecil dan sempit apabila semua khemah memasak dinaikkan. Ini sedikit menyulitkan pergerakan kami. Oleh sebab ruang yang digunakan terlalu banyak bagi tapak perkhemahan tidur. Maka, ikatan tali pada khemah dapur memasak terpaksa dipancang di tepi laluan guru pelatih lalu lintas ke tandas dan ini amat membahayakan pergerakan kami terutama pada waktu malam yang gelap gelita. Cadangan saya untuk perkara ini ialah pihak pengurusan menyediakan tapak perkhemahan yang lebih besar untuk masa yang akan datang. Perkhemahan kali ini disertai seramai 69 orang peserta, mungkin kumpulan akan datang mempunyai peserta yang jauh lebih ramai daripada kami dan mereka akan merasa lebih daripada apa yang kami rasai. Selain itu, kelemahan yang kekurangan yang dalam program ini ialah kepekaan urus setia. Semasa kami mendirikan khemah tidur tidak mempunyai masalah dan kami menghadapi masalah besar semasa mendirikan khemah dapur memasak kerana kita semua tidak mengajar bagaimana hendak memasang khemah dapur. Khemah dapur memasak ini dibekalkan dengan batang besi dan tali untuk didirikan. Disebabkan kita tidak mempunyai pengalaman dalam mendirikan khemah sebegini, kami menggunakan masa yang lama iaitu hampir 1 jam tidak siap pasang khemah dapur memasak. Tiba-tiba, urus setia marah tidak tentu arah sedangkan kita semua tidak pandai. Nasib baik ada urus setia yang bagus iaitu En. Shafuan datang mengajar kami bagaimana pasang, selepas tunjuk ajar daripada encik kerja pasang khemah secara tidak langsung amat mudah. Kami menggunakan hampir 20 minit memasang. Oleh itu, pada masa yang akan datang saya berharap urus setia akan peka segala yang perlu ketahui oleh guru pelatih sebelum melaksanakan program sebegini dan masalah seperti ini tidak akan timbul. Kita juga mempunyai kelemahan dan tidak seharusnya bergantung kepada urus setia menyuapkan kita semua, kita seharusnya peka dan berdikari menyelesaikan masalah dengan belajar dari sesawang, buku, orang yang berpengetahuan dan berpengalaman supaya masalah sebegini tidak akan timbul.

Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih haruslah sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dengan menyelesaikan masalah tersebut sama ada dalam kumpulan atau bersendirian dan tidak sepatutnya bergantung kepada urus setia. Ini merupakan perbuatan yang salah dan perlu dibaiki kepada semua guru pelatih termasuk saya yang menyertai program BIG kali ini. Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya boleh dijadikan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenal pasti kekurangan yang ada pada diri saya dengan memperbaikinya lebih sempurna lagi. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

You might also like