You are on page 1of 10

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik Dn Kewarganegaraan Tahun 5 Amanah Tarikh Masa Tahun : 11 Mac 2014 : 12.20p.m 1.20p.

.m : 5 Amanah

Bilangan murid: 34 orang Tema Topik : Kenali Budaya Malaysia : Hargai Warisan Budaya Malaysia: Seni Tari Negaraku

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a) Menyatakan sekurang-kurangnya 5 jenis tarian kebudayaan di Malaysia melalui aktiviti sumbang saran. b) Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 maklumat penting mengenai jenis-jenis tarian kebudayaan di Malaysia melalui sumber yang disediakan oleh guru. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Interpersonal, Intrapersonal, Visual ruang Kemahiran generik KBAT. Penerapan nilai Strategi pengajaran Sumber pengajaran : Menyatakan, menyenaraikan, merumus, menghubungkait, meramal,

: Kerjasama, menghargai warisan negara : Kontekstual, Koperatif, Kolaboratif : Bahan bercetak Lembaran kerja Risalah Buku teks Bahan teknologi maklumat Video

Pengalaman sedia ada televisyen.

: Murid pernah menonton persembahan tarian kebudayaan di

Langkah/ masa Set Induksi 5 minit

Aktiviti 1. Guru menunjukkan tayangan video mengenai tarian kebudayaan di Malaysia. 2. Murid memerhati tayangan video. 3. Guru dan murid bersoal jawab tentang video tersebut - Apakah yang terdapat dalam tayangan video tersebut. - Tarian apakah yang terdapat dalam video tersebut. - Berdasarkan video tersebut, apakah isi pelajaran kita pada hari ini? 4. Guru menerangkan 3 jenis warisan budaya dan tumpuan isi pelajaran kepada satu jenis warisan budaya iaitu Seni Tari. 1. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan jenis-jenis tarian kebudayaan Malaysia yang mereka ketahui. 2. Guru mencatat jawapan murid dalam bentuk peta minda di papan putih.

Catatan KP: Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal. KG: Menerangkan. Nilai: Menghargai budaya BBM: Video

Langkah 1 10 minit

KP: Verbal linguistik, intrapersonal. KG: Menyatakan. Nilai: Menghargai budaya. Strategi: Kolaboratif

Jenis tarian kebudaayan di Malaysia

Langkah 2 20 minit

3. Guru menerangkan secara ringkas mengenai beberapa jenis tarian yang disebutkan oleh murid. 4. Murid mendengar dengan teliti dan bersedia untuk disoal. 1. Murid diminta membentuk 6 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas

KP: Verbal linguistik, intrapersonal.

3. 4.

Langkah 3 20 minit

1. 2.

3. 4.

Penutup 5 minit

1. 2.

mahjong, soalan dan bahan sebagai sumber rujukan. Guru menerangkanarahan dan aktiviti yang perlu dilakukan berdasarkan bahan-bahan tersebut. Murid melengkapkan tugasan dan guru memantau aktiviti setiap kumpulan. (Soalan dan sumber rujukan rujuk lampiran) Murid bentang hasil kerja mereka dalam kumpulan . Murid lain mendengar dengan teliti dan melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru berdasarkan pembentangan. Guru bimbing aktiviti pembentangan dan aktiviti individu murid (lembaran kerja) Guru menyoal beberapa orang pelajar. - Ramalkan jika kita tidak mempunyai warisan seni tari kebudayaan. - Ramalkan apa akan terjadi jika kita tidak menghargai seni tari kebudayaan negara kita. Murid rumus isi pelajaran berdasarkan lembaran kerja mereka. Guru terap nilai menghargai kebudayaan tempatan dan kepentingannya.

KG: Menyatakan, menjelaskan. Nilai: Kerjasama Strategi: Kontekstual, Koperatif.

KP: Verbal linguistik, intrapersonal. KG: Menyatakan, menjelaskan, meramal, KBAT. Nilai: Patuh arahan Strategi: Kolaboratif

KP: Verbal linguistik, interpersonal. KG: Merumus Nilai: Menghargai kebudayaan tempatan

Ulasan: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Nama: Kelas: Tarikh:

1. Nyatakan jenis-jenis tarian kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

Jenis-jenis tarian kebudayaan di Malaysia

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Jenis Tarian Tarian Mak Yong Tarian Zapin Tarian Sumazau Tarian Naga Tarian Kipas Tarian Bharat Natyam Huraian

1. TARIAN MAK YONG Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

Gambar 1: Tarian Mak Yong SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

1. TARIAN ZAPIN Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

Gambar 1: Tarian Zapin

SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

1. TARIAN SUMAZAU Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya

dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

Gambar 1: Tarian Sumazau

SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

1. TARIAN NAGA Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Gambar 1: Tarian Naga

SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

1. TARIAN KIPAS Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Gambar 1: Tarian Kipas

SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

1. TARIAN BHARAT NAYAM Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

GAMBAR 1: Tarian Bharat Nayam

SOALAN a. Secara berkumpulan, cari dan senaraikan 3 maklumat penting mengenai tarian ini.

You might also like