You are on page 1of 3

Perkembangan kognitif remaja.

Perkembangan kognitif merupakan perkembangan kebolehan seseorang untuk


berfikir dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif adalah berbeza mengikut
peringkat umur individu, contohnya pada peringkat kanak-kanak iaitu dalam lingkungan
6 hingga 12 tahun mereka hanya boleh berfikir mengenai perkara-perkara asas ataupun
dasar sahaja seperti perkara yang hanya dapat dilihat.

Perkembangan kognitif bagi remaja pula berbeza berbanding kanak-kanak kerana


pada peringkat umur sebegini remaja mula dapat berfikir mengenai perkara-perkara yang
lebih rumit atupun juga dipanggil operasi logik normal termasuklah memikirkan perkara-
perkara abstrak, menbuat pertimbangan tentang prinsip dan sebagainya serta membuat
perbandingan.

Perkembangan kognitif remaja amatlah bergantung kepada mereka sendiri kerana


ia merupakan satu operasi yang berlaku berterusan dan bagaimana ia berlaku adalah
berbeza. Contohnya ada daripada mereka yang kognitifnya berkembang dengan cepat dan
ada juga yang agak lambat. Namun kebanyakan keputusan yang diambil oleh para remaja
lebih banyak dikuasai oleh emosi mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat
mengunakan kognitif dalam menyelesaikan masalah.

Kognitif remaja juga berkembang secara beransur-ansur daripada peringkat


ringkas kepada yang lebuh rumit. Ianya berlaku mengikut usia remaja itu sendiri kerana
adalah tidak mungkin mereka yang berusia muda dapat berfikir seperti orang dewasa.
Contohya pada peringkat awal remaja, mereka mula menggunakan pemikiran yang rumit
dengan berpusat kepada membuat keputusan mengenai sekolah dan persekitaran seperti
remaja mula menunjukan operasi logik dalam menyiapkan kerja-kerja sekolah, mula
untuk bertanyakan mengenai kuasa dan norma-norma masyarakat dan remaja pada masa
ini juga mula membentuk dan mengutarakan satu pendirian serta pandangan sendiri
dalam pelbagai topic yang banyak berkait dengan hidup mereka contohnya mengenai
sukan yang sesuai untuk disertai, kumpulan ataupun kawan yang mana lebih baik untuk
mereka, personality yang besesuaian dengan usia serta mereka mula lebih berani untuk
mengubah undang-undang ibubapa yang dirasakan kurang sesuai dengan mereka.
Pada pertengahan remaja pula dengan sedikit pengalaman yang sebelum ini
mereka dapat menggunakannya untuk berfikir dengan lebih rumit iaitu lebih berkembang
termasukalah perkara-perkara futuristic seperti mereka lebih kerap membuat analisa dan
bertanya mengenai banyak perkara, mereka juga boleh fikirkan tentang etika dan diri
sendiri contohnya betulkah apa yang aku lakukan ini. Mereka juga boleh fikir tentang
pelagai kemungkinan yang berbeza dan mula memajukan diri sendiri contohnya fikir
siapakah saya. Seterusnya mereka juga mula mempunyai cita-cita dan impian untuk
dikejar dimasa hadapan dan juga mula membuat rancangan sendiri bagi memenuhi
impian dan kehendak mereka tadi. Perkara-perkara mengenai hubungan denagn orang
lain juga mulai difikirkan mereka seperti bangaimana untuk menggalakan dan menambah
baik hubungan dengan orang lain.

Manakala pada akhir remaja mereka akan mampu membuat kepusan untuk diri
sendiri dan orang lain seperti peningkatan pemikiran mengenai sejarah, politik dan
patriotik. Perkembangan pandangan dan ide juga turut berlaku pada masa ini seperti
mereka dapat membuat keputusan mengenai kerjaya dan peranan dalam masyarakat
seperti orang dewasa.

Terdapat banyak perkara yang dapat dilakukan untuk mengalakan perkembangan


kognitif yang sihat semasa remaja iaitu seperti turut sama memasukan mereka dalam
perbincangan tentang pelabagi topik seperti isu-isu semasa, kita juga haruslah memberi
mereka peluang untuk berkongsi pendapat denagn kita selain memberi menggalakkan
mereka untuk berfikir dengan berdikari dan memperkembangkan idea sendiri. Kita juga
haruslah meransang mereka untuk memikarkan mengenai masa depan dan menolong
mereka dalam mencapai impian mereka tersebut. Sebagai orang dewasa juga seharusnya
memuji dan menunjukan perasaan bangga terhadap keputusan yang mereka buat dan
bukannya hanya kita sahaja yang betul dalam semua perkara dan jika mereka didapati
sukar membuat keputusan kita hendaklah membantu mereka mencapai keputusan yang
sewajarnya bukan kita yang membuat keputusan bagi pihak mereka.

http//:www.coping.org/write/C6035humandev/.../lecture16cogsdevadol.ppt

Cognitive%20Development.htm

You might also like