3
1.0 PENGENALAN
Tidak kira agama mahupun pangkat, setiap anggota masyarakat pastinya akanberusaha mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada mengalami kerugian,kesusahan dan kemalangan. Menyedari keperluan dan kepentingan perlindungandalam kehidupan seharian, ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Sebagailangkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atautragedi, maka perkhidmatan takaful dan insurans dilihat mampu memenuhi keperluanmasyarakat masa kini kerana kedua-dua sektor tersebut menawarkan jaminanperlindungan kewangan kepada individu, keluarga dan sektor perniagaan.Sejajar dengan perkembangan yang semakin pesat, industri insurans dan takafulkini turut menjadi satu alternatif tabungan bagi pengguna individu. Manakala bagi sektorperniagaan, perkhidmatan takaful dan insurans penting dalam membantu mengekalkandaya saing dan kesinambungan sesebuah perniagaan sekiranya berlaku kerugian luar jangka yang boleh diinsuranskan sehingga boleh menjejaskan perniagaan. Permintaanyang semakin meningkat di kalangan masyarakat yang semakin sedar akankepentingan dan keperluan dalam mengatur pelan kewangan masing-masing telahmenyumbang kepada perkembangan pesat industri takaful dan insurans di negara ini.Pelancaran skim takaful di negara ini sebenarnya telah memberi nafas barukepada industri insurans kerana berjaya menambat hati masyarakat Islam di negara iniyang sebelumnya tidak yakin akan kesahihan sistem insurans konvensional sedia ada.Faktor-faktor seperti kesedaran yang semakin meningkat di kalangan orang ramaiterhadap kewangan Islam, kemajuan yang berterusan dalam ekonomi negara danpertambahan peluang berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan untukmemperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsabanyak menyumbang kepada pertumbuhan industri takaful pada hari ini. Bank NegaraMalaysia juga turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tahanindustri takaful bagi menghadapi persekitaran yang mencabar dan membolehkanpengendali takaful meraih potensi perniagaan takaful global.
Leave a Comment
salam..boleh x sye nk dptkan note nie....tlong sendkn dkat emel sye.. purplez.lurve@yahoo.com...trima ksih..
Salam...boleh x sy nk dapatkan nota ini, tolong sendkn dekat email sy boleh....omar_zulkifli@yahoo.com...terima kasih
mcm mana nk download ni?tak kn kedekut kot
mcm mana nak download?
salam...blh saya tahu camne nk domnload nota nie..
TAKAFUL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA INSURANS KONVENSIONAL UNTUK MENINGGIKAN TARAF HIDUP EKONOMI UMAT ISLAM. BINCANGKAN KEBAIKAN SISTEM TAKAFUL BERBANDING DENGAN INSURANS KONVENSIONAL
nri_kaktus@yahoo.com
camne nk download...please....