Kerajaan kemudiannya telah melancarkan Dasar PembangunanNasional (DPN) pada tahun 1991, kesinambungan daripada Dasar EkonomiBaru. DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan ketidakseimbangan sosialdan ekonomi negara. Dasar ini menggariskan beberapa strategi yang jelasmenggambarkan kemakmuran dan membina bangsa yang bersatu padu.Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi mengikut satu kaumsahaja, perpaduan dapat dalam sektor ekonomi dapat diwujudkan. Secara tidaklangsung, taraf pembangunan ekonomi nasinal keseluruhannya dapatditingkatkan.
2. Strategi Pendekatan Politik
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dankumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dansebagainya. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan suasana politik yang stabilbagi menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat di segenap lapisanmasyarakat.Menerusi kaedah
konsesus
atau persetujuan, perpaduan politik negaradapat diwujudkan. Ini bermakna rakyat boleh menentukan kerajaan yangmemerintah melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.Pemimpin-pemimpin politik yang dipilih ini perlu mengamalkan semangatperundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik untuk memastikanpenyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan komponen perikatanUMNO, MCA, MIC dan beberapa parti yang asalnya adalah parti pembangkangtelah diperluaskan. Semua komponen parti dalam Barisan Nasional telahmembuat persetujuan politik untuk menghadapi segala masalah dalam bidangpolitik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan melalui perbincangan danmencari penyelesaian bersama di meja rundingan.
Leave a Comment
thax
i want it..
mencabar...