3
2.0 Tingkah Laku Bermasalah
Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah lakudesruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah lakupengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akanmenjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akanmengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari kontekspendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah lakubermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah lakubermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalahpositif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.Walau bagaimanapun, di dalam tugasan ini, fokus diberikan kepada tingkah lakubermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku disruktif (anti sosial), distruptif(mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengundurandiri dan pengasingan diri.
2.1 Tidak Minat Belajar
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Cikgu Aishah ketika mengajar Kelas 4Melati ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaranyang lemah dan sering tidak membawa buku. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999)menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubungkait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiranserta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenalpasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta mengambil