(a) Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni DalamPendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:
(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan