dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui prosespelaziman.Hipotesisnya dibuktikan melalui kajian beliau yang dikenali sebagai ModelPelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulanbernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkanperasaan takut pada tikus tersebut tetapi apabila satu bunyi yang kuatdikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut menyebabkan Albertmenjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaantakut Albert kepada tikus tersebut. Melalui proses pelaziman ini, Albert telahbelajar tingkah laku takut.
ii. Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)
Ivan Petrovich Pavlov, dilahirkan pada 1894 merupakan seorang saintisdan ahli fisiologi Rusia memperkenalkan
Teori Pelaziman Klasik
atau
Teori R-G (Rangsangan – Gerak Balas.
Beliau berpendapat bahawa pembelajaran bolehberlaku akibat rangsangan yang telah diterima oleh seseorang.Kajian beliau tentang proses pencernaan dalam anjing dan pemerhatianterhadap perubahan-perubahan dalam kadar penghasilan air liur anjing akhirnyamembawa kepada Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian bidang fisiologi.Melalui kajian ini, Pavlov telah mengemukakan konsep rangsangan dan gerakbalas (Mook Soon Sang, 2002). Selain konsep tersebut, Pavlov turutmengemukakan konsep
generalisasi
,
diskriminasi
dan
penghapusan
yangboleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Rahil Mahyuddin (2000) dalam buku
Psikologi Pendidikan
telahmenjelaskan konsep generalisasi dan diskriminasi dalam situasi bilik darjah.Menurut beliau, generalisasi bererti kemahiran boleh dipindahkan kepadabeberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah dalam mata