You are on page 1of 58

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN1
2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA4-16
2.1. Pendidikan Matematik Dalam Tahun Lima Puluhan Ke Tujuh Puluhan
2.1.2 Perkembangan dalam tahun lapan puluhan
2.3 Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia secara kronologi
2.3.1 Laporan Razak (1956)
2.3.2 Laporan Projek Khas (1970)
2.3.3 Program Matematik Moden (1970)
2.3.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
2.3.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
2.3.6 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988)
2.3.7 Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
2.3.8 Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( 2011 )

2.4 Program yang dirancang bagi meningkatkan kurikulum Matematik


2.4.1 Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)
2.4.2 Projek InSPIRE (Integrated System
Instruction for Rural Environment) (1977)
2.4.3 Projek Sekolah Bestari di Malaysia

of

Programmed

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM DI


MALAYSIA..16-23
3.1 Falsafah pendidikan
3.2 Kehendak masyarakat
3.3 Faktor politik
3.4 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
1

3.5 Faktor perubahan sosial


3.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
3.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat
3.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
3.9 Pengaruh psikologi pendidikan
4.0 KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LAIN23-29
4.1 Perbandingan kurikulum matematik negara-negara lain
4.2 Pengaruh kurikulum negara lain terhadap kurikulum Matematik di
Malaysia.
4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)
4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG)
4.2.3 School Mathematics Project (SMP)
4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG)
4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)

5.0 PANDANGAN DARI GURU-GURU DISEKOLAH.30-51


5.1 Temuramah Guru 1
5.2 Temuramah Guru 2
5.3 Analisis temuramah
6.0 PENUTUP..52
7.0 REFLEKSI..53-57
BIBLIOGRAFI

1.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini penggunaan matematik digunakan dengan luasnya dalam
semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa
matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan matematik
meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data,simulasi, membuat keputusan
dan komunikasi. Bagi memastikan perkembangan secara menyeluruh dan seimbang,
penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai
murni dan pemupukan nilai dan bakat. Potensi dan bakat pelajar perlu diperluaskan
dengan memberi peluang kepada pelajar untuk berkembang mengikut keupayaan dan
minat masing-masing.
Melihat dari segi perubahan kandungan matematik adalah sejajar dengan
peredaran masa. Semakin lama dunia semakin canggih pembelajaran matematik perlu
berubah bagi menyaingi kehebatan teknologi. Para pelajar perlu didedahkan dengan
pemahaman matematik yang lebih tinggi daripada hanya melihat matematik hanyalah
sekadar pengiraan nombor. Dengan ini kurikulum matematik sentiasa diperbaharui dan
digubal bagi menyaingi kehendak zaman dalam era ini. Kurikulum baru sentiasa
digubal bagi memberi pendedahan dan gambaran tentang keunikan matematik.
Oleh kerana matematik penting dalam membentuk pengetahuan saintifik dan
teknologi, maka pendidikan matematik yang berkualiti perlu disediakan dari peringkat
rendah lagi. Selain itu, Kurikulum matematik di Malaysia bertujuan membentuk
pengetahuan dan keupayaan dalam matematik, serta sikap positif dalam kalangan
murid (BPK KPM 2003). Dengan itu, untuk menjadikan

pelajar di sekolah yang

berketrampilan bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar, penekanan


perlu diberi kepada pemupukan dan peningkatan kemahiran berfikir, kemahiran
saintifik, kemahiran manipulatif, kemahiran interaksi dan sebagainya. Kesemua aspirasi
ini dapat dilihat dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik yang telah
mengalami pelbagai usaha perbincangan dari beberapa jawatankuasa utama yang
telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.
3

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA


Berdasarkan

kronologi

sejarah

perkembangan

pendidikan

matematik

di

Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami


perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan
sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini.
Perkembangan kurikulum Matematik berkembang dengan beberapa perubahan
yang wajar selari dengan peredaran zaman. Matematik yang diajar di sekolah rendah
pada zaman Perang Dunia II iaitu sekitar 1939-1945 jelas mementingkan kemahiran
asas mengira iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dimana ia perlu bagi kehidupan
seharian. Guru-guru pada masa itu mengajar dengan mengikuti risalah-risalah
panduan, kerana tidak terdapat sukatan pelajaran yang digubal sehinggalah pada tahun
1965.
Pada tahun 70-an pula, guru-guru mengajar mengikuti bahan-bahan panduan
baru yang disediakan oleh Projek Khas, Kementerian Pelajaran. Bahan-bahan ini,
berbanding dengan masa yang sudah-sudah, lebih menekankan kefahaman konsepkonsep matematik daripada penguasaan kemahiran. Dari kajian-kajian yang dijalankan,
didapati bahawa taraf pencapaian murid-murid yang mengikuti kurikulum yang
berpendekatan moden ini masih boleh diperbaiki. Dengan itu, langkah-langkah positif
telah diambil untuk memulihkan keadaan. Suatu kurikulum baru digubal berasaskan
dapatan-dapatan dan syor-syor dari kajian-kajian yang berkenaan.
Kurikulum baru ini mula dicuba pada tahun 1982, dan pelaksanaan penuh bagi
peringkat Tahun1 bermula pada tahun 1983. Dalam kurikulum ini, penguasaan
kemahiran asas diberi keutamaan yang lebih tinggi.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sejak zaman penjajah hingga awal tahun
enam puluhan, kurikulum matematik tidak mengalami apa-apa perubahan besar.
Aritmetik, geometri dan aljabar diajar secara terasing dan tiada langsung terdapat
usaha untuk menggabung atau mengamirkan cabang-cabang tersebut atau unsur4

unsur darinya. Pengajaran-pengajaran di bilik darjah pula dikuasai oleh guru-guru


semata-mata, dan hanya buku teks, papan hitam, dan kapur sahaja yang digunakan
untuk menerangkan segalakonsep yang terlibat, dari yang paling konkrit kepada yang
paling niskala.
Pada penghujung tahun enam puluhan, negara ini telah turut serta dengan
negara-negara maju dalam gerakan untuk memperbaharui kurikulum matematik dan
sains supaya sesuai dengan keperluan-keperluan baru dari segi perkembangan sains
dan teknologi yang telah muncul dengan agak serta-merta akibat pelancaran Sputnik I
oleh Rusia pada 1957. Maka muncullah Hisab Moden di sekolah-sekolah menengah
pada tahun 1970, dengan beberapa tajuk baru yang belum pernah ditemui di sekolahsekolah serta pendekatan mengajar yang begitu berlainan daripada apa yang telah
diamali sebelum itu.
Kurikulum

matematik,

seperti

mana-mana

kurikulum

pun,

harus

terus

berkembang, sama ada dari segi pendekatan atau isi atau bahan sokongan,ataupun
matlamat, penekanan dan rasionalnya sendiri. Kejayaan atau kegagalan sesuatu
kurikulum itu susah hendak dinilai. Berbagai faktor terlibat dalam penentuan bentuknya,
dalam penyediaan pelaksanaannya, serta dalam penentuan kejayaannya. Dengan itu,
kejayaan atau kegagalan haruslah dilihat dari berbagai segi, walaupun cara yang paling
mantik dan langsung ialah dengan menentukan sama ada tercapai atau tidaknya
matlamat-matlamat kurikulum berkenaan.

2.1. Pendidikan Matematik Dalam Tahun Lima Puluhan Ke Tujuh


Puluhan
Walaupun terasing dari Amerika Syarikat, Britain dan Eropah dari segi geografi,
kebudayaan, sejarah dan berbagai aspek lain, Malaysia turut merasai kesan dari
gelombang besar yang telah melimpah dari negara-negara tersebut. Malaysia juga turut
mengatur langkah-langkah ke arah merombak semula kurikulum Matematik dan Sains
di sekolah-sekolah supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1965
pula, Universiti Malaya telah mengadakan suatu seminar matematik. Seminar tersebut
5

telah mengemukakan syor supaya suatu jawatankuasa ditubuhkan, yang mempunyai


tujuan di antara lain, untuk mengenalkan guru-guru kepada konsep-konsep asas serta
penggunaan Matematik Moden, untuk mengkaji isi bahan-bahan baru matematik
(terutama sekali bahan yang dihasilkan oleh School Mathematics Project di Britain),
dan untuk menyesuai dan memasukkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia manamana perkara yang dianggap sesuai dan perlu. Berikutan dengan ini suatu kursus telah
diadakan pada 1966 oleh Kementerian Pelajaran untuk tiga puluh orang guru kanan
matematik dengan tujuan untuk mengenalkan kepada mereka tajuk-tajuk baru yang
difikirkan relevan bagi peringkat menengah. Kemudian, pada tahun 1969, Peter Whyte
dari projek Scottish Mathematics Group , Scotland telah dijemput menjadi pakar
perunding kepada Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menyediakan suatu
sukatan matematik.
Pada 1970, sukatan pelajaran matematik, yang dikenali sebagai Hisab Moden,
yang diubahsuaikan dari SMG telah dilaksanakan di 26 buah sekolah menengah
rendah, dan pelaksanaan diteruskan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1973
pula, Hisab Moden yang diubahsuaikan dari SMP diperkenalkan di peringkat atas, dan
pelaksanaannya diteruskan. Pada tahun 1978, kedua-dua sukatan pelajaran Ilmu
Hisab Moden bagi Tingkatan I III dan Tingkatan IV & V disatukan dan dipanggil
Sukatan Pelajaran Matematik Malaysia, Tingkatan I V.

2.1.2 Perkembangan dalam tahun lapan puluhan


Di sepanjang pelaksanaan kurikulum rendah dan menegah (kedua-duanya mula
dilaksanakan pada 1970) penilaian berterusan secara kualitatif dan tak formal
dijalankan oleh pihak PKK dan pihak-pihak lain di Kementerian Pelajaran. Bagi sekolah
rendah, satu kajian penting yang melibatkan sampel sekolah di seluruh Malaysia telah
dijalankan oleh PKK dalam 1979. Dapatannya:
6

i.

Ramai murid yang tidak menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira.
Keadaan ini berlaku di semua jenis sekolah sama ada medium kebangsaan,
Cina atau Tamil, dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

ii.

Taraf pencapaian murid-murid di luar bandar di dalam ketiga-tiga kemahiran


asas 3M lebih rendah daripada murid di bandar.

iii.

Murid-murid luar bandar dari sekolah saiz kecil mendapat pencapaian yang
paling rendah.
Bagi sekolah menengah pula, di sepanjang tahun 1979 PPK telah menjalankan

kajian yang mendalam dan dan menyeluruh tentang isi kandungan sukatan pelajaran
Matematik (Moden). Hasil kajian ini merupakan syor-syor yang meliputi, di antara lain,
perkara-perkara berikut:
i.

Beberapa tajuk yang terlampau mendalam dikurangkan isinya

ii.

Beberapa tajuk yang tidak sesuai tempatnya, dialih ke Tingkatan atas atau
bawah darinya

iii.

Beberapa tajuk yang tidak sesuai atau tidak relevan lagi atau terlalu
membebankan, dikeluarkan.

Kajian yang membawa kesan besar terhadap kurikulum matematik menengah


dan rendah ialah kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran, yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan dipengerusikan
oleh Y.A.B. Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.

2.3 Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia secara kronologi


Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira
mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah
menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang
7

usaha ke arah kesepaduan. Secara kesimpulannya perubahan kurikulum Matematik di


Malaysia boleh dilihat perkembangannya mulai dari Penyata Razak sehinggalah
urikulum yang terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

2.3.1 Laporan Razak (1956)


Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956
selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat
sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada
kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek
Khas pada 1970.

2.3.2 Laporan Projek Khas (1970)


Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh
En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan
matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di
negara-negara maju.
Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps
dilantik sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta
oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara .Hanya terdapat sedikit
perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau
bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiripenemuan juga digalakkan.
Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada tahun 1970. Tiga puluh buah
sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Program ini telah diubahsuai
dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya
digantikan dengan Matematik KBSR.
2.3.3 Program Matematik Moden (1970)
8

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah


pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk
moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu,
pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa.
Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang
ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap
kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group
(SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid
pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah.
Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih
sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Dua buah buku teks iaitu
Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah
diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah
dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan
Lima telah disatukan pada 1978.
Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru
seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik.
Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan manipulasi bahan terus
digalakkan.

2.3.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)


KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

sebagai

sebahagian

daripada

pelaksanaan

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi


Kurikulum Pendidikan Negara. Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami
perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden.

Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya


menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua;
Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap
konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+,
-, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi
asas serta penyelesaian masalah matematik.
Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua
murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan
sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan
kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahirankemahiran asas matematik.

2.3.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)


Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga
mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat
adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan 1994.
Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah
menguasai

bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan


kemahiran

asas

mengira.

Dengan

ini,

diharapkan

pelajar

dapat

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan


pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya

boleh menguruskan

aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus
maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada
pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat.
(Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)
10

2.3.6 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988)


Ekoran daripada perkembangan kurikulum baru sekolah rendah, satu kurikulum
baru juga dirancangkan utuk pelajar sekolah menengah. Pendidikan matematik
menengah adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan
kritis, kemahiran menyelesaikan masalah

serta kebolehan menggunakan ilmu

pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan


seharian

dengan

berkesan

dan

penuh

bertanggungjawab

serta

menghargai

kepentingan dan keindahan matematik.


Kurikulum ini merupakan suatu pendidikan matematik yang umum, tumpuan
adalah diberi kepada pengukuhan, penguasaan dan peluasan penggunaan empat
operasi aritmetik yang asas serta perkembangan kemahiran penyelesaian masalah.
Kandungan matematik KBSM diolah kepada tiga bidang luas iaitu Nombor, Bentuk dan
Perkaitan selaras dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam kehidupan harian.Kurikulum ini juga menekankan penggunaan matematik dalam
situasi umum khususnya dalam konteks semasa di Malaysia.

2.3.7 Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)


Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT
(Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan
matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998
mempastikan

pelajar

menguasai

kemahiran

asas

matematik

dan

dapat

menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan


telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama.
Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara
hieraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi
asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata,
peratus dan graf.Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan
11

kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan


menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan
merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar
Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik,
perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan
pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

2.3.8 Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( 2011 )


Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu
terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR secara modularnya
mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan,
perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. KSSR
banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum.
KSSR juga ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis,
mengira

serta

menaakul.

Ini

jelas

menunjukkan

bahawa

KSSR

banyak

ditambahbaikkan. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan
KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu,
pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum Matematik
sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

12

Penggunaan istilah standard dalam KSSR merujuk kepada intipati yang


digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan

dua standard utama.

Pertamanya ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik


tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala,
standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran
yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi penggunaan istilah
standard yang menggantikan bersepadu amatlah sesuai. Ini kerana kurikulum baru
ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen
Standard Kurikulum.

2.4

Program

yang

dirancang

bagi

meningkatkan

kurikulum

Matematik

Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah


dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan
kualiti pengajaran matematik di sekolah.

Di antaranya ialah Projek Imbuhan

(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed


Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.

2.4.1 Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)


Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk
menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara
golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang
yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala
golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan

13

dijalankan untuk membela nasib kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan


rendah.
Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun
1980. Melalui projek ini, peruntukanperuntukan khas dalam bentuk bantuan telah
dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra- sekolah yang
kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan,

bantuan

kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan


keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan
pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Skema
pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid. Projek
ini menitikberatkan

bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen

sosio-ekonomi dan politik.

2.4.2 Projek InSPIRE (Integrated System of Programmed


Instruction for Rural Environment) (1977)
Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah
ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif
utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program
pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar.
Pelbagai set bahan- bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah
dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua
projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek
InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.

2.4.3 Projek Sekolah Bestari di Malaysia

14

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia
(Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan
Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan
dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagshipflagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk
mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini
Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah
direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan
pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman
Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses
pengajaran pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya
pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah
Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri ,

terarah

kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga
memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik.
Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah
Bestari di peringkat

rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan.

Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah
rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala
pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002.
Bahagian

Teknologi

Pendidikan,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua


Sekolah Bestari.

3.0

FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI

MALAYSIA
15

PERKEMBANGAN

KURIKULUM

DI

Perkembanagan kurikulum Pendidikan di Malaysia terjadi akibat beberapa faktor.


Setiap faktor membawa beberapa perubahan yang dianggap releven bagi mengikut
sesuatu cara dan juga mengikut peredaran zaman yang semakin mencabar kini. Berikut
adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum pendidikan.
3.1 Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak
sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan
kebangsaan kita adalah seperti berikut :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta
memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

masyarakat dan negara "


( PPK, 1988 )
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan
kurikulum KBSR dan KBSM. Ianya adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam
kedua-dua tersebut ialah ;
i.

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek


kesepaduan

dan

keseimbangan.

Oleh

itu

konsep-konsep

seperti

penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan


( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

16

ii.

Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia


seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di
sekolah.

iii.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang


dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program

pendidikan

yang

menitik

beratkan

pendidikan

umum

diperkenalkan.
v.

Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi.

Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii.

Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii.

Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix.

Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu


pengetahuan.

x.

Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi.

Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan


bersikap berdikari.

( Kamaruddin Haji Husin, 1999)

3.2 Kehendak masyarakat


Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan
masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak
dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua

17

tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih


lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.
Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat
dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya
dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri
ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian
pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira, konsep-konsep asas cara hidup
masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi serta teknik-teknik asas untuk
menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam
perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.
3.3 Faktor politik
Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses
politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap
kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi
saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka.
Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan
hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran
hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar
Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan
yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang
berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum
Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan
perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan
18

pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956
dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan
perpaduan negara itu.
3.4 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya
mempunyai kurikulum yang bersifat sama sahaja ia perlu dirombak bagi memenuhi
kehendak semasa dan sesuai dengan peredaran masa dan kemajuan sains dan
teknologi.
Perubahan ini difikirkan perlu kerana sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik selaras dengan cita-cita dan kehendak
negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).
Pada zaman era teknologi terkini ianya telah membawa perubahan yang pesat
pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah
sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum
pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau
vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi
dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

3.5 Faktor perubahan sosial


Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran
akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilainilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan
murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah,
19

minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara


jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak
dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.
Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara
yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan
perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus
pembangunan
3.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum
hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu
perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa.
Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan
mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru
sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat
diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan
masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana
pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan
untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guruguru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan
kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus
sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian
dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

20

3.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat


Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang
melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang,
bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk
sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan
keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang
dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang
merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi
intelek, jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid
serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan
perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan
semasa membentuk kurikulum tersebut.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya
dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat
diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah
dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota
masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid
dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan
juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

3.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya


Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang
seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras
dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan
21

ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi


perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat
dan negara.
Setiap penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan
sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam
pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu
-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan
zaman.
Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan
membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu
pengurusan dan perhubaungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam
bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu
sendiri.
3.9 Pengaruh psikologi pendidikan
Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan
matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas
kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas
tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus
membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.
Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan
tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan
pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran
Matematik ditekankan kepada fahaman binaan (konstruktivisme) dan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.

4.0 KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LAIN


22

4.1 Perbandingan kurikulum matematik negara-negara lain


Aspek yang
ditinjau

Malaysia

Negara
Indonesia
Singapura

USA
(california)

1. Aspek

Bersifat aplikatif

Aspek pedagogi

Menggunakan

Guru dan

dan aspek

topik dan

sekolah diberi

didaktif

kompetensi

peluang
mengubal
program sesuai
dengan
petunjuk yang
dikeluarkan

2. Tujuan
kurikulum

Mengupayakan

Mengupayakan

Menyediakan

negara.
Agar siswa

pendidikan yang

pelajar untuk

siswa dengan

cerdas dan

terus-menerus

mencapai

pendidikan yang

berakhlak.

untuk

kompetensi

holistik.

mengembangka

tertentu,

n potensi individu memberikan


secara holistik

tahap akademik

dan berintegrasi

untuk

serta menganut

melanjutkan ke

asas

pendidikan tinggi

keseimbangan

serta pelajar

secara harmoi

mampu

antara aspek

menyelesaikan

Jasmani,emosi,

masalah secara

rohani dan

wajar dan

intelek.

menjalankan
hidup secara
23

3. Penyusun
kurikulum

Falsafah

bermanfaat.
DEPDIKNAS

Perlembagaan

masyarakat

Pendidikan

sesuai dengan

negara

tempatan dan

Negara

BSNP untuk

negara lain

sekolah umum,
dan dinaungi
DEPAG untuk
sekolah
berasaskan
4. Kandungan

Kurikulum

agama
Kandungan

Kurikulum

kurikulum

Standard

pembelajaran

dikembangkan

sentiasa

Sekolah Rendah

ditentukan oleh

secara nasional

berubah,

(KSSR) yang

sekolah

yang berpusat

disesuaikan

mengandungi

berdasarkan

kepada pelajar

dengan

dua standar iaitu

standard

dan berasaskan

keadaan

standard

kompetensi

pada

masyarakat

kandungan dan

masyarakat,

dan negara

standard

tetapi kesannya

tersebut.

pembelajaran

diserahkan

Proses

kepada guru-

pengembangan

guru di sekolah.

kurikulum
dipusatkan
pada tingkat

5. Penilaian

Menetapkan 6

Mengacu pada

Didasarkan

Negara.
Dipusatkan

tahap

tiga aspek iaitu

kepada

pada tingkat

pencapaian iaitu

kognitif,

kandungan/topik

negara

band 2 hingga

psikomotor,

dan kompetensi,

bahagian,

band 6 yang

afektif,

penilaian

Tidak ada

mempunyai

didasarkan pada

formatif dan

mekanisme

deskripsi tertentu

multisensi yang

sumatif.

formal untuk

24

relevan dengan

mengevaluasi

kompetensi

kurikulum, iaitu

yang harus

penilaian

dicapai pelajar

menggunakan

serta ujian

penelitian

menggunakan
berbagai teknik
dan kaedah
6. Proses
pembelajaran

Pelajar aktif

penilaian.
Guru sebagai

Student center

Student center,

dengan

fasilitator,

dengan fokus

dengan

pembelajaran

Pembelajaran

pada

pembelajaran

lebih

berpusat pada

pengembangan

dapat dilakukan

mengutamakan

pelajar

ketrampilan,

dimana-man

pembelajaran

berdasarkan

minat dan

dan bila masa

berpusatkan

pada

kemampuan

sahaja.

murid

kompetensi

pelajar

yang harus
dicapai.

4.2 Pengaruh kurikulum negara lain terhadap kurikulum Matematik di


Malaysia.

Kurikulum matematik luar negara telah banyak membawa pengaruh yang besar
terhadap kurikulum Matematik di Malaysia. Contohnya Pelancaran Kapal Angkasa
Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union pada tahun 1957. Ianya telah memberi kesan
kepada sejarah matematik. Akibat dari

pelancaran itu, berlaku perlumbaan antara

Amerika Syarikat dan Soviet Union. Negara-negara barat seperti Great Britian dan USA
berasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi
25

Oleh itu, mereka mewujudkan beberapa projek dalam matematik dan sains bagi
menyainginya. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik
Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group
(SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group
(SMSG). Selain itu, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga
mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990
melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang
telah dikeluarkan oleh NCTM.
4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)
Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964.Kaedahkaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah
diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Menurut
Piaget, keberkesanan pembelajaran banyak dipengaruhi oleh kuasa interaksi dengan
bahan maujud kepada pelajar yang berusia 6 hingga 12 tahun. Oleh itu, objektif NMP
ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang
konkrit. NMP menekankan strategi berpusatkan murid dan kaedah inkuiri penemuan
diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Projek ini telah memberikan impak
kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan
pada tahun 1970.
Selain itu, kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari
yang mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan
pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Projek ini telah mencapai
objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek
Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970.

4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG)


Pasukan SMG terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis
sembilan buku teks yang berjudu lModern for Schools.Buku ini memperkenalkan tajuk
26

baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics,


Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Bahan SMG menjadi
dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Rendah
Malaysia, 1970
Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di
Malaysia dan silibus digunakan boleh membantu membangunkan kepentingan
kurikulum di Malaysia.

4.2.3 School Mathematics Project (SMP)


Projek ini dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton,
1961. Projek ini juga bertujuan bagi menyediakan sukatan matematik yang lebih
progresif di Great Britian.Pendekatan yang lebih bersepadu dalam pengajaran dan
pembelajaran. contohnya teori set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri.
Ianya digunakan secara meluas oleh sekolah menengah di Great Britain, namun
sukatan tidak sesuai untuk pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu
akademik dan abstrak. Walaupun begitu, seperti SMG, bahan SMP juga menjadi
sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG)


Projek ini diterajui oleh Edward G.Begle pada tahun 1958 di Soviet Union.
Objektif SMSG adalah bagi meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah
setanding dengan Russia. Usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan
matematik yang dikenali sebagai New Mathematic, geometri, teori set, nombor negatif,
asas nombor dan trigonometri. New Mathematics menitik beratkan penjelasan
matematik dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor.

27

Malaysia menggunakan projek ini dengan membekalkan idea-idea yang berguna


kepada para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Dengan
adanya idea-idea tersebut, maka matematikdapatdijelaskan dan difahami olehpelajar.

4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)


NCTM bermula pada tahun 1920 dan memberikan pelajar pendidikan matematik
yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation of
Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada tahun 1976
NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi
guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik.
Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan
memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang
berkualiti tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah
satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih
daripada 100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika
Syarikat dan Kanada.
Pada bulan April 2000, NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles
and Standards for School Mathematics, iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan
dalam pendidikan matematik pre-K 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar
dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and
Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan
mutu pendidikan matematik akan datang.

28

5.0 PANDANGAN DARI GURU-GURU DISEKOLAH


5.1 Temuramah Guru 1

Nama

: Nuraziyah Bt Yahya
29

Umur

: 31 Tahun

Alamat Sekolah

: Sek. Keb. Parit Sapran, Kayu Ara Pasong, Pontian.

1. Berapa lamakah pengalaman cikgu mengajar matematik?


Pengalaman saya mengajar matematik di sekolah rendah baru sahaja 7 tahun.
Sebelum menjadi guru, saya pernah berkhidmat sebagai pensyarah matematik di
sebuah kolej swasta selama setahun.

2. Apakah pencapaian atau pengalaman cikgu dalam memperkasakan subjek


matematik di sekolah?
Tidak banyak pencapaian yang diperoleh dalam tempoh 7 tahun ini. Namun dalam
tempoh ini, saya pernah mengajar kelas UPSR selama 2 tahun dan Alhamdulillah
peratus kelulusan untuk subjek Matematik adalah 100 peratus di samping peningkatan
gred purata mata pelajaran. Saya juga pernah menyertai Kajian Tindakan sehingga
peringkat suku akhir bagi daerah Pontian. Kajian tindakan saya pada ketika itu adalah
mengenai Penyelesaian Masalah Dalam Matematik. Saya juga pernah membuat kajian
berkenaan penerapan kaedah pembelajaran koperatif dalam subjek matematik. Kajian
itu dilaksanakan semasa saya melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Hasil dapatan
kajian itu menunjukkan perbezaan yang signifikan apabila proses pembelajaran
Matematik dilaksanakan menggunakan kaedah koperatif.

3. Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, apakah masalah yang sering


timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
Masalah utama yang sering timbul ialah untuk memupuk minat murid terhadap subjek
matematik. Kebanyakan murid menganggap matematik sebagai satu subjek yang
susah, rumit, leceh dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Kurang minat terhadap
matematik, menyebabkan murid tidak menumpukan perhatian, malas membuat latihan
dan tidak dapat memahami sesuatu tajuk dengan baik. Oleh itu, sebagai guru, saya
30

perlu berusaha untuk menarik minat murid terhadap matematik. Antaranya ialah,
mengadakan permainan sebagai aktiviti, bahan bantu mengajar dari sumber ICT,
nyanyian bagi murid tahap 1 dan juga ganjaran kepada murid yang menunjukkan
prestasi yang baik..
Selain itu, kesukaran saya sebagai guru menumpukan perhatian kepada semua murid
di dalam bilik darjah juga merupakan satu masalah. Memandangkan saya mengajar di
sekolah yang sedikit bilangan murid, satu kelas akan mempunyai murid yang mix
ability. Murid yang cemerlang, sederhana dan lemah bercampur di dalam satu kelas.
Murid yang cemerlang akan cepat merasa bosan sekiranya saya lebih memberi
tumpuan terhadap murid yang sederhana dan lemah. Untuk mengatasinya, saya akan
cuba mengadakan aktiviti berkumpulan yang membolehkan murid dari pelbagai tahap
ini bekerjasama dan saling membantu. Kemudian sewaktu latihan, murid yang
cemerlang dan sederhana akan diberi soalan yang lebih tinggi arasnya berbanding
murid yang lemah.
Satu lagi masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik ialah murid
kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah. Kebanyakan murid
malas membaca soalan dan mencari kata kunci soalan tersebut. Terdapat juga
sesetengah murid yang menghadapi kesukaran untuk menterjemah soalan berbentuk
ayat atau maklumat ke dalam bentuk persamaan matematik. Mereka tidak memahami
kehendak soalan dan tidak dapatt melaksanakan pengiraan selanjutnya. Pelbagai cara
cuba dilakukan untuk mengatasi masalah ini, seperti memperbanyakkan latihan, melatih
murid mengaitkan kata kunci dengan operasi pengiraan dan meminta murid melukis
kehendak soalan.

4. Apakah impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik?


Antara impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik ialah penerapan
elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menerapkan elemen-elemen yang
disebutkan untuk menepati kehendak kurikulum dalam membina modal insan yang
31

cemerlang. Seorang guru itu perlu lebih kreatif dalam mencipta suasana pembelajaran
yang menyeronokkan serta memenuhi kehendak kurikulum. Penglibatan murid dalam
aktiviti pembelajaran adalah sangat penting untuk menjadikan mereka individu yang
berdaya saing serta berani menghadapi cabaran.
Sistem pentaksiran juga turut mengalami perubahan. Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, dengan matlamat mengurangkan tekanan
peperiksaan

awam,

memperkukuh

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

(PBS),

memperbaiki pembelajaran murid serta pentaksiran holistik dan berterusan. Tidak ada
lagi sistem peperiksaan yang membebankan murid, sebaliknya ia digantikan dengan
sistem pentaksiran yang berterusan.
Keperluan prasarana sekolah juga turut mengalami perubahan. Seiring dengan
penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah juga perlu memastikan
kemudahan-kemudahan seperti komputer, internet dan LCD disediakan dengan baik.
Guru-guru juga perlu memantapkan kemahiran mereka dalam mengendalikan bahanbahan ICT. Sumber rujukan tidak terhad kepada buku teks sahaja, guru juga perlu rajin
melayari dan mencari bahan di laman sesawang. Murid masa kini merupakan generasi
yang moden dan terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh diperolehi di hujung jari.
Oleh itu, guru perlu berusaha lebih supaya tidak ketinggalan berbanding murid.
Impak yang

besar dalam perubahan kurikulum Matematik ialah menjadikan

pembelajaran yang lebih berfokus, perubahan bahan kurikulum dan pentaksiran serta
bahan sokongan kurikulum dan prasarana sekolah.

5. Pada pendapat cikgu apakah yang berlaku pada murid akibat perubahan
kurikulum Matematik yang terdahulu kepada KSSR?
Pada pendapat saya, perubahan kurikulum matematik tidak memberikan impak yang
besar kepada murid kerana kurikulum tersebut telah dimulakan dengan murid Tahun 1
pada Tahun 2011. Murid akan belajar seperti biasa Cuma penilaian yang dilakukan
adalah berbeza. Walaubagaimanapun saya berpendapat perubahan kurikulum ini
32

menjadi masalah dalam memberikan penerangan kepada ibubapa dan penjaga. Bagi
ibubapa yang sudah biasa dengan kurikulum yang lama dimana penilaian dibuat
dengan ujian atau peperiksaaan mereka akan tertanya-tanya kenapa anak mereka
yang berada di Tahun 1 atau Tahun 2 tidak periksa. Bagaimanakah mereka hendak
tahu pencapaian anak mereka disekolah. Sehingga kini saya masih menerima soalansoalan mengenai kurikulum KSSR. Pihak sekolah juga telah membuat penerangan
kepada ibubapa dan penjaga mengenai KSSR setiap tahun tetapi mereka seakan tidak
berpuashati kerana sudah terbiasa dengan sisitem peperiksaan dan ujian.

5. Apakah perbezaan kurikulum matematik KBSR dan KSSR?


Jika dilihat, tidak banyak perbezaan yang ketara antara kedua-dua kurikulum ini. Hanya
KSSR ada sedikit penambahan dari segi idea dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik secara berkesan di kalangan murid-murid. Bahan kurikulum
KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan,
manakala KSSR pula menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard
Kurikulum kerana ia banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard
kurikulum.
Walaupun terdapat perbezaan antara kurikulum KBSR dan KSSR, tetapi matlamatnya
tetap sama iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah menepati kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Diharap dengan terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini,
mampu mengubah dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem KBSR. KSSR
juga masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu menggunakan pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid
serta pendidikan seumur hidup.

33

6. Dari pengalaman cikgu mengajar menggunakan kurikulum KBSR dan


KSSR, yang manakah kurikulum yang lebih mudah diikuti oleh para
pelajar?
Saya mendapati kurikulum KSSR ini lebih mudah diikuti oleh murid kerana ia lebih
berfokus dan memberi penekanan terhadap setiap kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid bagi sesuatu tajuk. Selain daripada itu, pada pendapat saya, kurikulum KSSR
juga lebih bersifat terbuka. Tahap prestasi murid dapat dinilai bukan hanya di atas
kertas, malahan dari segi penglibatan mereka dalam aktiviti yang dilaksanakan.

7. Adakah KSSR dapat membantu guru meningkatkan penguasaan murid


dalam Matematik terutamanya?
Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan
matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan
KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan
dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun,
kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan
penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum
adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik
dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada
salahnya malah perubahan amat diperlukan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia
sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.

8. Apakah kelebihan kurikulum yang digunapakai sekarang?


Kelebihan kurikulum yang diguna pakai sekarang ialah dapat mengatasi masalah murid
keciciran dalam pembelajaran. Penguasaan murid dalam setiap kemahiran akan dinilai
untuk memastikan pencapaian mereka. Sekiranya terdapat murid yang belum
menguasai kemahiran tersebut, murid itu akan dibimbing sebaik mungkin oleh guru.

34

Kurikulum baru ini juga membuatkan para guru dapat mengenalpasti strategi
penambahbaikan dalam penyampaian pembelajaran. Sebelum ini, ramai guru lebih
menumpukan kepada system pembelajaran berpusatkan guru. Kewujudan KSSR ini
menggalakkan guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar ia
bertepatan dengan kehendak kurikulum.
KSSR juga dapat meningkatkan kualiti murid. Penerapan elemen-elemen kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat membentuk murid menjadi individu yang bermotivasi, berani,
berdaya saing dan memiliki sahsiah yang tinggi. KSSR menggalakkan murid
berinteraksi sesama rakan dan dengan guru sewaktu pembelajaran. Tahap pencapaian
mereka juga bukan sekadar dinilai dari sudut penguasaan kemahiran, malahan dari
sudut penglibatan, kreativiti, penerapan nilai-nilai murni dan keberanian.

9. Apakah pula kekurangan kurikulum KSSR ini?


Terdapat sedikit kekurangan dalam kurikulum yang diguna pakai sekarang. Antaranya
ialah pencapaian murid yang tidak setara. Ini kerana pencapaian murid dinilai
berdasarkan sekolah masing-masing. Walaupun telah diberi garis panduan, tetapi
mungkin ada sesetengah guru yang memberi soalan mudah supaya semua murid
melepasi penilaian yang diberi. Selain itu, sistem kemasukan data prestasi juga turut
menjadi masalah bagi sesetengah guru. Data prestasi perlu dimasukkan secara atas
talian. Bagi guru-guru yang tidak mempunyai liputan internet, perkara ini menjadi satu
beban buat mereka. Sistem ini yang dinamakan SPPBS juga kadangkala bermasalah
kerana lambat atau langsung tidak boleh dibuka. Bilangan murid di dalam kelas yang
terlampau ramai juga menjadi kekurangan kurikulum ini. Pada penddapat saya,
kurikulum ini sesuai dan sangat bagus dilaksanakan di dalam kelas yang sedikit
bilangan muridnya. Saya pernah membaca keluhan seorang guru yang perlu
melaksanakan PBS KSSR, sedangkan bilangan muridnya hanya 8 orang. Bagaimana
35

pula dengan guru yang muridnya mencecah hingga 40 orang dalam satu kelas? Sudah
pasti guru itu berdepan dengan masalah dalam melaksanakan pentaksiran dan
memaksimumkan pencapaian objektif pembelajaran.

10. Pada pendapat cikgu, apakah kurikulum sekarang relevan atau sesuai
digunapakai untuk murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan?
Terdapat pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan dalam KSSR. Sudah
pastinya kurikulum baru ini sesuai digunapakai untuk murid-murid sekolah yang
mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Pada pendapat saya, pelaksanaan KSSR
adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum
Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan
semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993.
Merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi
pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibtkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.
Transformasi kurikulum digubal berasaskan dua standard utama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan merupakan pernyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran

pula

merupakan

satu

penetapan

kriteria

atau

indikator

kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. oleh
itu, pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan
ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

36

11. Mengapakah

KSSR

dianggap

kurikulum

yang

kurang

sesuai

oleh

sesetengah guru?
Sesetengah guru menganggap KSSR sebagai kurikulum yang kurang sesuai kerana
banyak beban yang perlu ditanggung. Anggapan ini terjadi kerana, guru-guru itu sudah
terbiasa dengan kurikulum KBSR. Apabila kita sudah terbiasa dengan sesuatu perkara,
maka kita sukar untuk menerima perubahan. Namun kita harus berfikiran positif dan
memandang perkara ini sebagai satu cabaran. Guru-guru perlu lebih rajin dalam
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik, mengadakan aktiviti pembelajaran
yang

memberangsangkan,

sentiasa

melaksanakan

penilaian

berterusan

dan

mengemaskini data prestasi murid secara berkala. Kekangan masa menyebabkan


sesetengah guru menganggap KSSR kurang sesuai dilaksanakan. Kebanyakan guru
berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan selain mengajar. KSSR pula
memerlukan lebih komitmen daripada guru, menyebabkan guru memandang negatif
terhadap pelaksanaan KSSR. Mungkin pihak kementerian perlu melakukan sesuatu,
bagi mengurangkan beban guru terhadap tugasan sampingan yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran.

12. Apakah penambahbaikan dan cadangan dalam memperkasakan kurikulum


yang digunapakai sekarang?

Dasar KSSR menggunakan band sebagai penanda aras tahap kemahiran murid. Walau
bagaimanapun, penggunaan band mengelirukan dengan deskripsi yang kurang jelas.
Murid akan rugi jika tidak dapat menguasai asas nombor (band 1) walaupun mereka
mungkin dapat menguasai operasi matematik (band 3). Saya ingin mencadangkan
supaya penggunaan band ditukar kepada istilah kemahiran yang merujuk kepada
berapa banyak kemahiran yang telah dikuasai oleh murid berbanding rakan lain. Oleh
itu, guru jelas terhadap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Prestasi murid juga
diukur berdasarkan berapa banyak kemahiran yang telah dikuasai.
37

Saya juga ingin mencadangkan supaya bilangan murid di dalam satu kelas dikurangkan
kepada kuantiti yang lebih sedikit. Pelaksanaan KSSR adalah sangat berkesan untuk
bilangan murid yang tidak melebihi 20 orang di dalam satu kelas. Ini memberi peluang
kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada setiap murid dan aktiviti dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, bilangan murid yang sedikit akan
mengurangkan risiko murid ketinggalan penilaian, bagi murid yang lemah dan perlu
diulang penilaiannya.
Kerajaan juga perlu menaik taraf aplikasi sistem kemasukan data supaya ia lebih mesra
pengguna. Mungkin juga aplikasi ini tidak perlu diadakan secara atas talian, sebaliknya
ia dijadikan satu perisian yang boleh disimpan di dalam komputer dan boleh digunakan
pada bila-bila masa. Kemudian, penyelaras KSSR setiap sekolah mengemaskini data
dan menghantar data kepada pihak atasan sebulan sekali.
Kaedah penyimpanan evidens juga perlu dipermudahkan untuk mengurangkan beban
guru. Namun, sekiranya bilangan murid telah dikurangkan kepada bawah 20 orang,
kaedah penyimpanan evidens yang sedia ada ini tidak lagi menjadi masalah.

13. Selain guru, Cikgu juga adalah ibubapa kepada anak-anak dirumah. Apakah
masalah yang dapat dilihat terhadap anak cikgu yang menggunakan
kurikulum terkini.

Sebagai ibu kepada anak dirumah yang mengalami kurikulum KSSR ini saya dapat
melihat mereka belajar disekolah dengan gembira. Mereka ada juga menceritakan
subjek-subjek yang dianggap bukan teras ada dipelajari dengan aktiviti-aktiviti yang
menarik. Selain itu, saya dapat melihat mereka belajar dalam suasana yang tenang
tetapi seronok. Tetapi disebalik itu, kadang-kadang saya terfikir anak saya ini tiada
persediaan untuk peperiksaan dimana dia tidak membaca buku dan mengulangkaji
untuk periksa seperti KBSR dahulu. Mereka tiada semangat bersaing dengan rakan
untuk merebut tiga tempat teratas dalam kelas seperti kebiasaaannya. Ini kerana
38

mereka sendiri tidak tahu pencapaian sebenar diri mereka. Bagi anak saya dia hanya
mampu bercerita mendapat band 3 dan 4 tetapi tidak tahu apakah maksud
pencapaiannya itu. Saya menerangkan kepadanya pun dia masih kurang jelas.

14. Apakah nasihat cikgu terhadap ibubapa yang masih keliru dengan
kurikulum ini ?

Saya berharap para ibubapa yang berada dikalangan pendidik dan bukan warga
pendidik hendaklah memahami sebetul-betulnya pelaksanaan KSSR agar kita dapat
mengetahui pencapaian pembelajaran anak kita. Jika terdapat kekurangan boleh
dibendung dengan lebih awal. Ibubapa boleh menanyakan kepada guru dengan datang
kesekolah ataupun berjumpa dimana-mana sahaja. Pada zaman yang moden ini
ibubapa boleh mencari maklumat di internet di laman web KPM khususnya.

15. Apakah harapan cikgu dalam pencapaian Matematik di sekolah dengan


menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR?
Saya berharap dengan menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR, mata pelajaran
Matematik dapat diperkasakan seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan. Saya berharap pemansuhan Pentaksiran Berpusatkan Peperiksaan, tidak
menjadikan murid-murid lalai dan mengabaikan pelajaran. Semua guru Matematik perlu
menerapkan kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian. Sebagai guru, kita
boleh mencipta aktiviti pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang dapat menarik
minat murid terhadap matematik dan merangsang mereka untuk berfikiran kreatif.
Murid-murid tidak lagi berfikiran negatif terhadap mata pelajaran Matematik, dengan
39

menganggapnya sebagai satu mata pelajaran yang sukar, leceh dan memeningkan
kepala.

5.2 Temuramah Guru 2

NAMA
UMUR
SEKOLAH

: ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN


: 47 TAHUN
: SEKOLAH KEBANGSAAN PENEROK, PONTIAN JOHOR

1. Berapa lamakah pengalaman cikgu mengajar matematik?


40

Saya berpengalaman mengajar matematik sekolah rendah selama 20 tahun. Pelbagai


pengalaman telah saya lalui dalam masa ini. Saya juga mengajar murid kelas tambahan
di luar waktu kerja.

2. Apakah pencapaian atau pengalaman cikgu dalam memperkasakan subjek


matematik di sekolah?
Pencapaian terbaik saya setakat ini ialah membimbing murid tahap dua dari tahun
empat hingga tahun enam dalam menghadapi UPSR dan mendapat kecemerlangan
100 peratus selama lima tahun. Saya juga ada membuat kajian tindakkan bagaimana
untuk meningkatkan minat murid terhadap subjek matematik. Kajian ini dilakukan
bermula dari murid tahun empat dan akan berakhir juga membari kesan pada murid
tahun enam yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Kajian ini mendapat
anugerah di peringkat daerah.

3. Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, apakah masalah yang sering


timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
Tanggapan bahawa

matematik itu sangat sukar dan tidak mahu mencuba

mempelajarinya dengan betul membuatkan kebanyakan minda murid-murid tadi sudah


terpengaruhi oleh tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan terganggu. Ada
juga di kalangan murid yang akan jatuh sakit atau demam apabila menjelangnya
peperiksaan Matematik kerana emosi negatif mereka. Apabila minda dan kesihatan
terganggu, peluang untuk melakukan kesilapan dalam matematik adalah tinggi.
Ramai diantara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses
pengajaran

dan

pembelajaran

dijalankan.

Ini

mungkin

kerana

pembelajaran

membosankan dan pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang


konsentrasi apabila merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin
sukar dan semakin susah untuk difahami.Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau
41

kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan
tumpuan dalam pengajaran guru.
Kebanyakan murid tidak berminat terhadap pelajaran Matematik, maka jika sudah
tersemai perasaan tidak berminat sudah pasti mereka akan belajar sambil lewa,
tambahan lagi jika guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka. Maka kesilapan
dalam pembelajaran matematik juga berpunca dari minat mereka sendiri.
Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau
kawan jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut, maka dari
sinilah kesilapan komputasi akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah boleh
menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya.
Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai
murid yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah
kira dan sebagainya.

4. Apakah impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik?


Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas.Perancangan
kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi
mendapatkan kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang
diperlukan.Setiap murid diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk
menguasai kemahiran asas dengan kukuh, peluang juga disediakan untuk
membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam
bidang tertentu.Kurikulum matematik sekolah rendah memberi pendidikan matematik
yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi
harian.Di samping itu, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan
bahasa matematik.Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang
kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna,
berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
42

pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan,
pengalaman serta minat murid.
Penerapan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi impak yang besar. Guru perlu
menerapkan elemen-elemen yang disebutkan untuk menepati kehendak kurikulum
dalam membina modal insan yang cemerlang. Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, dengan matlamat mengurangkan tekanan
peperiksaan

awam,

memperkukuh

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

(PBS),

memperbaiki pembelajaran murid serta pentaksiran holistik dan berterusan. Tidak ada
lagi sistem peperiksaan yang membebankan murid, sebaliknya ia digantikan dengan
sistem pentaksiran yang berterusan.
Kemudahan prasarana sekolah juga telah ditingkatkan dimana pengunaan ICT
diperluaskan di dalam pengajaran dan pembelajaran. seiring dengan itu guru-guru juga
diberi impak yang besar dalam menjayakan perlaksanaan.Impak yang besar dalam
perubahan kurikulum Matematik ialah menjadikan pembelajaran yang lebih berfokus,
perubahan bahan kurikulum dan pentaksiran serta bahan sokongan kurikulum dan
prasarana sekolah.

5. Pada pendapat cikgu apakah yang berlaku pada murid akibat perubahan
kurikulum Matematik yang terdahulu kepada KSSR?
Pada pengalaman dan pemerhatian saya, tidak mendapat begitu banyak jurang dan
perbezaan diantara dua kurikulum ini. Perbezaan Cuma hanya tiada penilaian pada
akhir semester. Ia menjalankan penilaian berterusan. Masalah yang sering dihadapi
ialah kekurangan masa untuk menjalankan penilaian. Kekangan masa untuk guru
menyediakan eviden yang berterusan pada setiap pengajaran. Guru-guru diberikan
tugasan dan bebanan yang tinggi dalam melaksanaan kurikulum. Ramai guru yang
mendapat tekanan dalam melaksanakan dasar ini. Murid-murid sentiasa dipantau dan
menjalankan aktiviti yang berterusan juga berperingkat. Ianya masih belum berkesan
43

kerana kepelbagaian tahap pemikiran murid di dalam setiap kelas. Guru tidak cukup
masa dalam mempelbagaikan cara pengajaran dan menguruskan setiap tugasan.

5. Apakah perbezaan kurikulum matematik KBSR dan KSSR?


Objektif atau matlamat sebenar KBSR ialah agar murid-murid dapat menggunakan
kemahiran

matematik untuk berfikir , berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Selain itu, mereka juga akan dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu
kemasyarakatan dan negara, selain daripada peluang-peluang yang disediakan untuk
mereka mengembangkan bakat, potensi, minat dan daya kreatif Bahan kurikulum KBSR
menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan, manakala
KSSR pula menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum kerana
ia banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum.
Secara ringkasnya, KSSR menggunakan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan
dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan
kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).Manakala berbeza dengan
KBSR, iaitu ianya adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu
komunikasi manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Kaedah ini
menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan fokus kepada
3M (membaca, menulis dan mengira). Walaupun terdapat perbezaan antara kurikulum
KBSR dan KSSR, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk melahirkan murid-murid
yang cemerlang dan berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6. Dari pengalaman cikgu mengajar menggunakan kurikulum KBSR dan


KSSR, yang manakah kurikulum yang lebih mudah diikuti oleh para
pelajar?
Dari pengalaman yang telah saya lalui, kurikulum KSSR ini menjadikan murid lebih
rehat kerana tidak perlu bertungkus lumus dan berhempas pulas dalam menjalani
44

peperiksaan bulanan ataupun tahunan. Mereka dinilai setiap masa sepanjang tahun.
Prestasi bukan hanya dinilai diatas kertas tetapi dari penglibatan mereka didalam aktiviti
yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) yang diperkenalkan melalui KSSR adalah suatu usaha yang positif untuk
mengantikan pendidikan yang berorientasikan kepada peperiksaan sepenuhnya. Setiap
individu adalah unik dan berlainan. Jadi sepatutnya pelajar dinilai secara adil dan
saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan
potensi diri tanpa membandingkannya dengan individu lain. Kecemerlangan diri pelajar
bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata.

7. Adakah KSSR dapat membantu guru meningkatkan penguasaan murid


dalam Matematik terutamanya?
Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan
matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan
KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan
dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun,
kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan
penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum
adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik
dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada
salahnya malah perubahan amat diperlukan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia
sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.

9. Apakah kelebihan dan kekurangan kurikulum yang digunapakai sekarang?


Tidak dinafikan memang terdapat banyak kelebihan berbanding kekuurangan jika
dibandingkan dengan kurikulum yang diguna pakai sebelum ini. Apa yang saya dapat
perhatikan setakat ini ialah dapat mengatasi masalah murid keciciran dalam
pembelajaran. Penguasaan murid dalam setiap kemahiran akan dinilai untuk
memastikan pencapaian mereka. Andaikata masih belum menguasai, murid ini akan
45

diajar melalui program linus dan juga akan dibantu oleh guru pemulihan yang lebih
berpengalaman di dalam bidang ini.
Penambahbaikan

dalam

penyampaian

pembelajaran

dapat

dilakukan

dengan

sistematik dan berpusatkan murid, berbanding sebelum ini ianya banyak mengunakan
kaedah berpusatkan guru. bertepatan dengan kehendak kurikulum semasa dan sejajar
dengan pembangunan modal insan ini, ianya dilihat lebih berkesan dan berkualiti.
Dalam Kssr ini ia lebih menerapkan elemen kreativiti, inovasi, keusahawanan, teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat membentuk
murid menjadi individu yang bermotivasi, berani, berdaya saing dan memiliki sahsiah
yang tinggi. ini membuktikan bahawa murid akan lebih berdaya saing dan lebih
berketerampilan dalam menjalani pembelajaran dan juga di dalam kehidupan. dari segi
pencerapan nilai juga, murid dinilai dari segi penguasaan kemahiran, kretiviti, nilai-nilai
murni dan juga keberanian.
Apa jua pun program baru, mesti ada kekurangannya, apa yang telah ditemui setakat
ini ialah pencapaian murid yang tidak setara. ianya berlaku kerana pencapaian
dilakukan berdasarkan sekolah dan bukan berdasarkan daerah. biasanya ianya
dilakukan menerusi garis panduan yang diberikan, tetapi tahap pemikiran murid yang
berbeza dan jurang antara kawasan penduduk itu sendiri menyumbang kepada factor
pencapaian. Pentadbir program ini juga ada kalanya memberi masalah kerana biasanya
mereka memantau dan tidak mahu menerima data sebenar yang sekolah kemukakan,
mereka mahu menjaga nama sesetengah pihak agar program ini kelihatan Berjaya
sepenuhnya.
Masa untuk memasukkan data kedalam talian juga menimbulkan masalah. Bagi
sekolah dikawasan pendalaman, yang tidak mempunayi talian internet, guru-guru
terpaksa keluar atau ke pusat2-pusat internet berdekatan memasukan data. Apabila
sampai masa, laman sesawang juga tidak boleh berfungsi dan guru-guru terpaksa
berulang kali mencuba. Banyak masa yang perlu duguna hanya untuk memasukkan
data ini sedangkan guru juga mempunayi komitmen lain di luar waktu tugas mereka.

46

10. Pada pendapat cikgu, apakah kurikulum sekarang relevan atau sesuai
digunapakai untuk murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan?
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibtkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Sudah tentunya ianya
relevan dan sesuai digunapakai di sekolah. Transfomasi tersebut digubal berdasarkan
dua standart utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard
Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut tahu dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan. oleh itu, pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum
sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Ianya
memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai matlamat dan sedikit perubahan dan
bombakkan yang akan memberikan kesan yang lebih baik kepada pembelajaran.

11. Mengapakah

KSSR

dianggap

kurikulum

yang

kurang

sesuai

oleh

sesetengah guru?
Tidak dinafikan pogram ini memang mendapat tentangan dari sesetengah guru yang
merasakan tugasnya bertambah dan membebankan. Kelewatan pangkalan data yang
disediakan juga menjadikan pogram ini lemah dan tidak dipandang kukuh oleh pendidik.
Sistem yang disediakan juga sangan lemah dan sukar diakses oleh guru-guru. oleh
yang demiakian kementerian harus menambahbaikkan system ini agar lebih mesra
pengguna. Guru kurang faham kaedah pentaksiran kerana terdapat perbezaan antara
versi manual dan secara online. Oleh yang demikian, program ini harus
ditambahbaikkan. Bebanan kerja tambahan kepada guru-guru dalam penilaian. Kerja
yang tersedia sudah membebankan guru dan pogram ini pula semakin menambah kerja
47

yang ada. Kekangan masa menyebabkan sesetengah guru menganggap KSSR kurang
sesuai dilaksanakan. Kebanyakan guru berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan
selain mengajar. KSSR pula memerlukan lebih komitmen daripada guru, menyebabkan
guru memandang negatif terhadap pelaksanaan KSSR.

12. Apakah penambahbaikan dan cadangan dalam memperkasakan kurikulum


yang digunapakai sekarang?

Pertama sekalinya, kerajaan harus menambahbaikkan sistem yang sedang diguna


pakai sekarang ini kerana terdapat terlalu banyak kelemahan dari cara mencapai
meklumat dan pengisian data secara online. Talian internet juga terlalu lemah, walhal
apa yang diwar-warkan kepada masyarakat kononya yang terbaik. Apa yang kami
perolehi hanyalah satu system yang lemah dan lambat. kemungkinan terdapat ketirisan
didalam pelaksanaan pembekalan system ini. Mungkin juga aplikasi ini tidak perlu
diadakan secara atas talian, sebaliknya ia dijadikan satu perisian yang boleh disimpan
di dalam komputer dan

boleh digunakan pada bila-bila masa. Saya juga ingin

mencadangkan supaya bilangan murid di dalam satu kelas dikurangkan kepada kuantiti
yang lebih sedikit. Pelaksanaan KSSR adalah sangat berkesan untuk bilangan murid
yang tidak melebihi 20 orang di dalam satu kelas. Ini memberi peluang kepada guru
untuk menumpukan perhatian kepada setiap murid dan aktiviti dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

12. Selain guru, Cikgu juga adalah ibubapa kepada anak-anak dirumah. Apakah
masalah yang dapat dilihat terhadap anak cikgu yang menggunakan kurikulum
terkini.

48

Terdapat satu perubahan yang besar dimana anak-anak tidak lagi terbeban dengan
masa peperiksaan kerena mereka gembira dan tidak memerlukan ujangkaji yang teruk.
Anak-anak juga melalui pengalaman persekolahan yang menyeronokkan dan tenang.
Tetapi ada kala saya melihat mereka seperti tidak bersedia dan tidak bersungguh
dalam pembelajaran. Mereka kerap bermain dan ada kalanya lewa dalam menyiapan
kerja

rumah.

Seperti

ketika

hari

terbuka,

saya

lihat

mereka

seperti

tidak

membandingkan keputusan diri dengan rakan lain. Saya rasa disini mereka tidak akan
pernah berusaha untuk mendapat yang terbaik dan kurang motivasi di dalam diri. Apa
pun hasil yang mereka dapat, mereka sendiri kurang jelas dan faham apakah mereka
baik dalam pembelajaran ataupun sebaliknya.

14 Apakah nasihat cikgu terhadap ibubapa yang masih keliru dengan


kurikulum ini ?

Sememangnya bukan sahaja golongan ibubapa yang masih keliru, malahan masih lagi
ramai golongan pendidik yang juga masih samar-samar dengan kurikulum baru ini.
Oleh yang demikian mereka bolehlah berjumpa dengan guru-guru pelaksana yang
sudah agak mahir dan juga guru besar yang sedia mentadbir sekolah. Mereka boleh
berbincang tentang kelemahan dan kekuatan kurikulum ini dan bekerjasama dalam
menjayakan system baru ini. Pendapat mereka sangat dialukan dalam menjayakan
kurikulum baru yang memerlukan bimbingan dan sokongan pelbagai pihak.

15 Apakah harapan cikgu dalam pencapaian Matematik di sekolah dengan


menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR?
49

Harapan sememangnya diletakkan yang tertinggi untuk memastikan murid menjadi


seoarang yang berguna dan apa yang mereka pelajari berkesan terhadap kehidupan.
Apa pun jua system yang dilaksanakan , keberkesanan adalah segalanya. harapan
saya agar pogram ini ditambahbaikkan dan dan diberi perhatian oleh pihak berwajib
kerana kejayaaan dan keberkesanan sesuatu pogram itu akhirnya akan member kesan
kepada Negara kelak. Saya risau dan takut andai kata pogram ini akan menjadi separti
pogram PPSMI satu ketika dahulu. Dengan melibatkan kos yang besar dan tenaga
yang banyak, akhirnya program tersebut telah diistiharkan gagal dan memberi kesan
yang besar kepada Negara, masyarakat dan dunia. Oleh yang demikian apa jua dasar
yang hendak diwujudkan jangalah hanya mengambil kira pandangan individu tertentu
kerana ia melibatkan satu organisasi yang besar. Jadi apa pun yang hendak dilakukan
hendaklah dibuat kajian terlebih dahulu dan mesti dipersetujui dengan majoriti oleh
rakyat.

5.3 Analisis temuramah


Dari hasil temuramah yang telah dilakukan terhadap dua orang guru iaitu
seorang guru yang baru berkhidmat dalam lingkungan 10 tahun dan seorang lagi guru
yang berkhidmat 20 tahun mereka menyokong penuh kurikulum baru iaitu KSSR. Bagi
yang muda dan mempunyai daya tenaga beliau bersemangat untuk mengharungi kerjakerja yang perlu dilakukan untuk memenuhi KSSR ini. Tetapi bagi guru yang
berpengalaman 20 tahun beliau dapat merasakan kesibukan kerja guru-guru sekarang
bagi memenuhi keperluan negara.
Walaubagaimanapun, mereka berpendapat kurikulum ini ada baiknya dan setiap
perubahan yang dilakukan adalah bagi melakukan yang terbaik dari kurikulum
sebelumnya. Mereka berasa murid-murid sekarang atau anak-anak beliau tidak stress
dan belajar dengan keadaaan yang tenang. Murid sekarang juga tidak sibuk untuk
menghadapi peperiksaan kerana tiada sebarang peperiksaan yang dibuat.

50

Walaupun

begitu,

mereka

juga

melihat

kekurangan

dari

sudut

gaya

pembelajaran murid-murid sekarang kerana mereka tidak mengulangkaji pelajaran dan


tiada daya saing dikalangan mereka. Murid-murid sekarang belajar dengan bermain
tanpa mengetahui pencapaian sebenar diri mereka. Jika tiada peperiksaan maka
tiadalah motivasi dalam diri mereka.
Dalam sudut pendidikan, mereka amat bersetuju dengan KSSR ini kerana
pembaharuan yang dilakukan amat ketara dengan KBSR dan elemen yang dinilai amat
bersesuaian. Walaupun bebanan keja bertambah tetapi mereka bersemangat untuk
memnuhi aspirasi negara.

6.0 PENUTUP
Sistem pendidikan negara Malaysia telah mengalami beberapa perubahan
hingga terkini. Pelbagai usaha kerajaan telah digerakkan oleh jawatankuasa tertentu
bagi memperbaiki mutu pendidikan negara . Segala perubahan yang berlaku adalah
demi kebaikan semua pihak dan juga bagi menyaingi zaman teknologi dan
pembangunan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kurikulum yang digubal dan diubah itu haruslah diterima dan
diikuti serta difahami dengan lebih jelas bagi merealisasikan impian negara dan
bersama-sama melahirkan individu yang berguna.
Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan
51

paradigma baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara
holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap
pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di
mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain,
memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif,
kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk
bersama-sama memikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi
pendidikan itu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas
terhadap keperluan zaman.

7.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana akhirnya tugasan MTE 3102 ini dapat
saya siapkan sebelum tarikhnya. Tugasan ini amat mencabar bagi saya dalam mencari
bahan-bahan yang bersesuaian. Tetapi setelah berbincang bersama rakan sekumpulan
iaitu Khairul Fahmi dapatla kami memilih bahan-bahan yang berguna.
Kami memulakan langkah dengan membuat soalan temuramah. Saya ada
mencatat dibuku nota dimana pensyarah saya iaitu En. Afian perlu membaca terlebih
dahulu soalan temuramah sebelum kami gunakan bagi menyemak kesesuaian mutu
soalan. Saya bersama rakan sekumpulan menngolah soalan temuramah bersamasama. Sepanjang bersepakat untuk membuat 12 soalan sahaja kerana tidak tahu
berapa soalan yang perlu. Setelah siap, saya terus menghantar email kepada
52

pensyarah sebelum interaksi kedua. Alhamdulillah, pensyarah saya memuji soalan


yang dibina disamping menyuruh kumpulan saya menggugurkan soalan dua dan
menambah lagi soalan sekurang-kurangnya 15 soalan. Di dalam kelas tersebut juga
saya bersama rakan menambah lagi 4 soalan untuk ditemuramah.
Setelah

naik minggu persekolahan, saya

semakin

serius dalam

menyiapkan tugasan ini kerana bagi saya tugasan ini perlu dibuat dengan teliti kerana
ada perkara baru yang perlu dipelajari contohnya menemuramah orang, bagaimana
oarang yang perlu ditemuramah, adakah orang yang telah kita pilih itu mahu
bekerjasama dengan kita. Saya bersama rakan kumpulan memulakan langkah dengan
berbincang bersama-sama tentang tajuk-tajuk yang perlu ada dalam tugasan. Saya
terus merangka tajuk-tajuk tersebut dan membahagikan tajuk tersebut untuk dicarikan
maklumat.
Walaupun terpaksa membahagikan masa dengan keluarga, kerja dan juga
belajar saya tetap beruntung kerana kerja berbincang amat mudah kerana rakan
sekumpulan saya adalah merupakan suami saya sendiri. Jadi, pada bila-bila masa
sahaja saya boleh membuat tugasan ini bersama-sama.
Setelah kami mengumpulkan maklumat mengenai perkembangan kurikulum
Matematik di Malaysia, faktor yang mempengaruhi perkembangan tersebut dan
pengaruh kurikulum negara luar terhadap kurikulum Matematik di Malaysia dari sumber
internet dan buku dan setelah dianalisis kebanyakan maklumat yang didapati adalah
sama dari mana-mana blog ataupun penulisan seseorang. Jadi kami bersepakat
menggunapakai maklumat tersebut kerana ianya fakta tetapi mengolah fakta tersebut
dengan ayat sendiri. Setelah itu, kami bersama-sama memikirkan sesuatu yang terbaik
untuk 3 tajuk diatas. Daripada hasil pembacaan saya barulah saya dapat melihat
perkembangan kurikulum di Malaysia dan mengapa ianya sentiasa diubah dan
diperbaharui. Kurikulum memang perlu digubal bagi menyiapkan individu yang berkualiti
seiring dengan perkembangan zaman terkini. Saya pun terus terfikir, KSSR adalah
merupakan kurikulum terkini, sampai bilakah ianya akan bertahan dan bilakah ianya

53

akan ditukar lagi. Sebagai pendidik ianya adalah satu cabaran dan dunia semakin
canggih. Pada pendapat saya ianya perlu diterima dan difahami oleh semua pihak.
Setelah itu, saya meneruskan tugasan dengan menerumah cikgu yang telah
saya bersama rakan pilih. Kami bersepakat untuk menanya dan merisik dengan guru
tersebut untuk meminta kebenaran supaya dirinya ditemuramah. Saya telah
menemuramah guru yang berpengalaman kurang 10 tahun yang merupakan guru
sekolah saya dan rakan sekumpulan telah menemuramah guru yang lebih 10 tahun
mengajar dan merupakan guru cemerlang matematik di Pontian. Sepanjang temuramah
semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah itu, saya meneliti hasil
temuramah bersama suami ( rakan sekumpulan) untuk dianalisis. Dengan ini saya
dapat mengetahui pendapat setiap guru adalah berbeza terhadap perubahan kurikulum
KBSR dan KSSR. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.
Saya meneruskan lagi mencari bahan untuk membuat perbandingan kurikulum
Malaysia dan luar negara. Pensyarah mengkehendaki kami membandingkannya dalam
bentuk jadual. Kami memilih untuk membandingkan kurikulum negara kita dengan
kurikulum Indonesia, singapura dan juga USA dari pelbagai aspek. Tajuk ini amat
mencabar bagi saya dalam membandingkan kurikulum empat negara. Dengan ini, saya
dapat mengetahui setiap negara mempunyai kurikulum yang tersendiri, walaupun ada
yang hampir sama, tetapi ianya tetap mempunyai perbezaan yang tersendiri. Saya
dapati kurikulum di USA amat berbeza dengan ketiga-tiga negara ini. Ia menekankan
pembelajaran secara konstruktivisme dan murid belajar secara sendiri dalam suasana
yang kondusif. Guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja.
Setelah semua tugasan selesai, kami membuat kerja-kerja akhir untuk
mengemaskini maklumat. Saya amat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan mendapat maklumat yang amat berguna.

Disediakan Oleh:
54

NORBAI BT BAKIR
821215-01-5524
PPG JUN 2011/ PEMULIHAN 1

REFLEKSI

Syukur alhamdulilah dengan kurnia dan izinya dapatlah saya menyelesaikan


tugasan matematik MTE3102 dengan jayanya. Walaupun tajuk ini baru pada saya,
tetapi selepas beberapa kali interaksi dan pembelajaran secara online dijalankan, tidak
lupa juga carian di laman sesawang dapatlah saya memahami dan membuat penilaitan
tentang tajuk yang saya akan hadapi di semester lima ini. Tidak dinafikan, isi
kandungan dan pembelajaran ada berkait rapat dengan kerjaya di sekolah, tetapi
sebelum ini saya hanyalah mengambil sedikit saja perhatian terhadap isu ini. Saban
hari, era globalisasi semakin mencabar, isu pendidikan semakin menjadi buah mulut
masyarakat seantero dunia, jadi kajian demi kajian dilakukan untuk mempertabatkan
matapelajaran bagi mendukung cita-cita negara kita. Sewaktu menerima tugasan ini,
55

saya kurang memahami tugasan yang perlu dilakukan. Saya telah membuat banyak kali
perbincangan untuk meneliti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai setiap
tugasan untuk memenuhi setiap kriteria yang diminta
Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya akui sememangnya
tugasan ini agak rumit terutamanya bagi saya yang kurang arif mengenai penyediaan
aktiviti. Saya dan ahli kumpulan telah berbincang dengan guru-guru tahap 1 yang
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik bagi merealisasikan tuntutan
dan hasrat KSSR berdasarkan pilihan tajuk yang diberi bagi memenuhi kehendak
tugasan matematik ini. Tugasan ini sedikit mencabar bagikami kerana KSSR adalah
kurikulum yang baru setahun diperkenalkan di malaysia. Hal ini menyukarkan kami
mencari bahan-bahan rujukan.
Hasil daripada kolaborasi dengan pensyarah pembimbing dan rakanrakan,akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Melalui ini, saya dapat
mempelajari bagaimana keadaan sebenar aplikasi kurikulum KSSR ini dijalankan.
Sebagai guru yang baru terdedah dengan Kurikulum ini, pogram ini dapat memberikan
saya gambaran baru yang lebih luas dan kefahaman yang tinggi bagaimana sesuatu
pogram yang hendak dilaksanakan bukanya mudah untuk dilaksanakan. Pogram
seperti ini sangat member manafaat dan imput yang berguna di dalam merialisasikan
transfomasi negara ini. Kehendak negara mestilah dikuatkan dengan tulang belakang
iaitu pendidikan. kurikulum ini akan menjadi tunggak dalam merialisasikan impian
negara.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing En Afian
yang banyak mengajar dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. tidak
lupa juga rakan sekumpulan yang juga bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan
ini. sebesar- besar penghargaan juga saya berikan kepada Cikgu Abdul Rahim dan
guru-guru sekolah kerana memberikan kerjasama yang tinggi kepada saya. Mudahmudahan Allah akan memberkati kita semua.

56

Nama

:Khairul Fahmi bin Maslam

Kelas

: pemulihan 1

NO k/p

: 820808015939

BIBLIOGRAFI
Ishak Ramly, Ph.D. (2005). Inilah kurikulum Sekolah. PTS Publications and Distrubers
Sdn Bhd: Selangor

Najeemah Md. Yusof. ( 2006). Konsep Pendidikan. PTS Publications: Selangor.

Kamaruddin Hj. Husin. (1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Pelaksanaan
Kurikulum. Longman: Kuala Lumpur.

57

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak: ( asas pendidikan 4 ).


Fajar Bakti: Shah Alam.
http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulummatematik-di-malaysia/. Kurikulum Matematik.
http://mieza17.blogspot.com/2012/06/perkembangan-matematik-di-malaysia.html.
Perkembangan Matematik di Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/122396364/pengaruh-kurikulum-matematik-negara-lainterhadap-kurikulum-di-Malaysia. Pengaruh kurikulum matematik negara lain terhadap
kurikulum di Malaysia.
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/MTE3102_Kur
ikulum_Pendidikan_Matematik.pdf. Modul MTE 3102

58

You might also like