You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

2.0 KATEGORI PERMAINAN

2.1 Perkembangan TGFU Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama:

2.1.1 Sasaran (Target) - menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf

2.1.2 Striking/ Fielding - perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket.

2.1.3 Jaring/ dinding (net/wall) - permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.

2.1.4 serangan (Invasion) - Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti soccer,

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

basketball dan handball. (Rujuk

kepada

http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf)

2.2 Penerangan kategori

2.2.1 Kategori Jaring/ Dinding

Matlamat Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat: Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal

mereka pada setiap peringkat perkembangannya.

Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil

melalui aktiviti permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa.

Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konsep tertentu

serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru.

Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan

pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan.

Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.

Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial

yang sihat.

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badan dan

memahami mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan mereka.

Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan

sesama ahli dalam kumpulan.

Objektif Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat :

Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam

kategori permainan kanak-kanak.

Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan

selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.

Memperkembangkan

kemahiran

sosialisasi

mereka

dan

meningkatkan

cara

kominunikasi dengan pelajar yang lain.

Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan- permainan lama

yang boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah.

Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta

sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan.

Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi

segala

kemahiran mereka.

Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar

dalam suasana yang menggembirakan dan selesa.

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur ketika

sesuatu aktiviti permainan dijalankan.

Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya

dalam

penyelesaian sesuatu masalah.

2.2.2 Kategori jaring/dinding (net/wall) Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh: badminton, squash dan ping pong.

melibatkan 2 pasukan mematikan ola di gelanggang lawan unt mendpt mata individu, berpasangan atau berkumpulan. badminton, tenis, bola tampar

Permainan Net and Wall

Bola tampar

Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan
[1]

. Setiap pasukan

yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehanmelompat ditekankan dalam permainan ini.

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

Sepak Takraw

Sepak Takraw adalah jenis olahraga campuran dari sepak bola dan bola volley, dimainkan di lapangan ganda badminton, dan pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan. Permainan ini berasal dari abad ke-15 dan

disebut Takraw dalam bahasa Thai dan Sepak Raga dalam bahasa Melayu.Bola terbuat dari anyaman rotan dan pemain berdiri membentuk lingkaran. Pada tahun 1940-an hal ini berubah dengan menggunakan jaring dan peraturan angka. Di Filipina permainan ini disebut Sipa, di Burma Chinlone, di Laos Kator.

Skuasy

Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.

Tenis

Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

Tenis meja

Tenis meja, atau ping pong (sebuah merek dagang), adalah suatu olahraga raket yang dimainkan oleh dua orang (untuk tunggal) atau dua pasangan (untuk ganda) yang berlawanan. Di Republik Rakyat Cina, nama resmiolahraga ini ialah "bola ping pong". Bola tenis meja adalah gery. Raket merupakan untuk peralatan memukul bola, dikenal sebagai istilah bat, padle.Raket terdiri dari dua bahagian iaitu blade dan rubber.

Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan

bertentangan (bergu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

2.2.3 Kategori serangan atau pertahanan Permainan kecil jenis serangan adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan yang kerap dalam semua keadaan. Dalam permainan ini

kebanyakan langkah yang digunakan adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi bagi mengekalkan posisi dan serangan semasa permainan terdapat beberapa jenis permainan yang sering kita main merupakan kategori permainan serangan.

permainan strategi berkumpulan memasuki kawasan atau menjaringkan gol

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

bola sepak, bola keranjang, bola jaring

1.bolasepak Permainan ini merupakan asas permainan yang berstrategi dan mempunyai ciri-ciri corak serangan. Pemain akan melakukan serangan dari setiap penjuru untuk menghasilkan jaringan. Sementara pasukan lawan akan melakukan pertahanan bagi menghalang pasukan lawan melakukan jaringan.

2.hoki Permainan ini juga merupakan kategori permainan serangan dan pertahanan. Namun permainan ini memerlukan kayu atau stick hoki untuk membuat semua serangan. Semua gerakan atau serangan adalah memerlukan pemain untuk membuat pukulan serentak dengan serangan.

3.sepak takraw Permainan ini merupakan permainan tradisional yang merupakan kategori permainan serangan. Permainan ini adalah permainan gelanggang yang memerlukan pemain sentiasa melakukan serangan atau pertahanan bagi memastikan bola tidak jatuh ke kawasan kita. Permainan ini mengkehendaki serangan dilakukan arah gelanggang lawan dan lawan hendaklah membuat pertahanan bagi mengelakkan lawan mendapat mata. 2.2.4 Kategori memukul (striking dan fielding) Permainan kategori memukul adalah satu permainan yang berorientasikan pukulan atau jenis-jenis pukulan. Kebiasaannya permainan ini adalah menggunakan alatan sebagai lat untuk memukul sebagai contoh permainan badminton. Requet di gunakan untuk memukul bulu tangkis. Terdapat juga permainan jenis pukulan yang tidak menggunakan alatan seperti bola tampar. Sukan ini adalah permainan yang menggunakan kekuatan tangan keseluruhannya. Jadi permainan kecil untuk kategori pukulan juga adalah untuk sebagai tapak asas untuk memahirkan diri untuk

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK

PJM 3102

PERGERAKAN ASAS

menggunakan tangan dalam mengawal pergerakan bola seperti bola tampar dan boleh mengawal arah sasaran seperti permainan badminton yang dapat mengawal kekuatan pukulan dan pusingan agar mudah mengawal pergerakan bola dalam permainan. Antara sukan-sukan jenis memukul adalah seperti berikut:

dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan 2 pihak. striking dan fielding konda-kondi, roundess, sofbol, kriket

1.Badminton Adalah jenis permainan yang berorientasikan pukulan iaitu ianya perlu menggunakan alatan untuk memukul sasaran. Alatan yang di gunakan ialah requet iaitu sejenis alat untuk memukul bulu tangkis.

You might also like