You are on page 1of 42

AGENSI-AGENSI SUKAN ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH : JUMAIAH BINTI ABDUL

Lawatan Ilmiah Ke Agensi-agensi Sukan Negara


Agensi Sukan Nasional Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia MSSM Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia

AGENSI- AGENSI SUKAN ANTARABANGSA


Agensi sukan di peringkat antarabangsa menyelaraskan semua pentadbiran dan program pembangunan serantau serta bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.

FIFA : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa The Federation Internationale de Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21May 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association (FA) di England sejak tahun 1863.

IAAF :Persekutuan olahraga amatur antarabangsa

Persekutuan olahraga amatur antarabangsa Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa.

FIH : Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Penubuhan FIH menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan hoki di dunia. Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England dan Belgium. Pada tahun 1909 di mana keduadua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan undang-undang yang seragam di peringkat antarabangsa.

ITF : Persekutuan Tenis Antarabangsa

ITF merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis diseluruh dunia termasuk Malaysia. ITF diperingkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama

IRB : Persekutuan Ragbi Antarabangsa

IRB bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia.

Kementerian Belia dan Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953.

Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting.

Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan dibawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972.

Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Fungsi Kementerian Belia dan Sukan ialah:


Melaksanakan dasar-dasar pembangunan Belia dan Sukan Kerajaan dalam

Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan baik melalui berbagai program yang diadakan diperingkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Melengkapkan belia dengan latihan, kemahiran vokasional , sifat keusahawanan dapat berdikari melalui kursus secara formal di Institut-Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Tingkatkan rakyat amalkan cara hidup sihat melalui konsep Sukan Untuk Semua dan "Malaysia Cergas Tingkatkan kecemerlangan sukan Kebangsaan dan Antarabangsa. Berkualiti bagi keperluan lahirkan tenaga kerja mahir. di peringkat

industri

negara

Majlis Sukan Negara ( MSN )

Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Fungsi Majlis Sukan Negara :
Bertanggungjawab ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukansukan di pertandingan di peringkat tertinggi.

Memaju dan mempertingkatkanprestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan. Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah.

Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan. Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan kearah peningkatan prestasi yang tinggi.

Peranan Dan Tanggungjawab MSN Program Pembangunan Atlet Khidmat Sains dan Perubatan Sukan Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan Pengurusan dan Kepegawaian Sukan Kemudahan Sukan Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia ( MOM )

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.

Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang yang diiktiraf penglibatan diiktiraf dan penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan disukan Olimpik.

Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
o Association of National Olympic Committee (ANOC) o Olympic Council of Asia (OCA) o Southeast Asian Games Federation (SEAGF) o Commonwealth Games Federation(CGF) o International Assembly of National Confederation of Sports.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Ianya yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara objektif utama MSSM:


Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.

Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri.

Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu.

Fungsi MSSM:
Memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara -perkara pembangunan dan pengurusan sukan.

mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.

Struktur Organisasi MSSM Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga ini boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri. Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti :
Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM.

Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.


Menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga Pengurusan. Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri. Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di eringkat MSSM.

PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI MALAYSIA

Kongress Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

Kongres Tenpin Boling Malaysia merupakan persatuan sukan kebangsaan yang mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia.

Di samping itu juga persatuan ini juga diiktiraf dan diperakui penglibatannya diperingkat antarabangsa oleh Federasi Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation Internationaldes Quilleurs (FIQ).
Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat disamping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program Partner in Sports persatuan ini mendapat sumbangan koperat dan tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd disamping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines dan Antioni Sdn Bhd.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM )

Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya.

Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan padatahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55.

Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan in dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998

Bantuan diterima melalui Program Jaya menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program Gemilang 2006.
Sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun1999 iaitu ketika persiapan ke SEA 2001.

Pendaftaran semula Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dimana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan didaftarkan pada 8 Mei 1998.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia.

Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan1997. Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah:
Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia. Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain.

Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM. Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di Malaysia

Bola sepak tiba di Malaya pada masa itu dan di bawa oleh orang-orang British.
Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia.

Tetapi sukan bola sepak tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelabkelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. Jaya, Petaling

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Malaysia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

You might also like