You are on page 1of 3

Draf (Melvin Georage )

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Matapelajaran: Kemahiran Hidup Tarikh: 1 Mac 2014 Tahun: 6 Arif Bilangan Murid: 24 (L: 10 P:14) Masa: 10.45am-12.45am Tajuk Utama: 1.4 Elektrik dan Elektronik Sub Tajuk: b. Penghasilan projek elektronik Hasil Pembelajaran: Aras 1 1. Membaca dan menterjemah litar projek 2. Memilih alatan, bahan dan komponen 3. Mengukur, memotong dan menjalur wayar Objektif Pelajaran: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat; 1. Membaca dan menterjemah litar projek dengan betul. 2. Menyenarai dan memilih empat (4) alatan, bahan, dan komponen dengan betul. 3. Melakukan aktiviti mengukur, memotong dan menjalur wayar dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah dipelajari tajuk elektrik dan elektronik dalam sukatan tahun 5. KBKK: Klasifikasi, Analisis, Banding beza, Mengaplikasi Kajian Masa Depan: Murid dapat menggunakan alatan, bahan dan komponen elektronik dengan baik dan menghasilkan projek elektronik yang lain dengan inovasi pada masa yang akan datang. Kecekapan Kecerdasan Emosi: membuat inferens, membuat hipothesis dan menguji Bahan Bantu Mengajar: puzzle, paparan PPT, kertas Mahjong, sampul surat, video Nilai-nilai Murni: Peka, Berhati-hati, Bekerjasama, Tolong-menolong, Sistematik. Keselamatan: Murid perlu mematuhi peraturan bengkel dan arahan guru semasa menggunakan peralatan tajam dan berbahaya yang boleh menyebabkan sebarang kemalangan.

Draf (Melvin Georage ) Langkah/masa Isi Pelajaran Puzzle dan Teka-teki Emoji. Aktiviti Pengajaran&Pembelajaran 1) Guru bertanya khabar dengan murid dan memulakan pembelajaran hari ini. 2) Guru memilih dua orang murid untuk menyelesaikan puzzle bergambar tersebut, dan berteka-teki emoji dengan murid. 3) Murid dapat berteka dengan betul, dan guru berkait jawapan teka-teki emoji dengan pengajaran pada hari ini. 1) Guru menerangkan pembacaan litar projek seperti komponen, fungsi dan simbol, dengan menggunakan paparan PPT(slides). 2) Guru menerangkan langkah-langkah pembacaan dan penterjemahan lukisan projek dengan betul. 3) Murid memberitahu contoh komponen yang biasa terdapat dalam lukisan projek. Contoh; LED, Transistor,Bateri 1) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan Kumpulan A: Alatan Kumpulan B: Bahan Kumpulan C: Komponen 2) Setiap kumpulan diberi 4 sampul surat berwarna yang mengandungi Gambar, nama alatan/komponen/bahan, fungsi dan cara penggunaan. 3) Guru memberikan arahan dengan jelas, sebelum memulakan aktiviti. 4) Berpandukan lukisan skematik murid dikehendaki menyusun gambar, nama alatan/komponen/bahan, fungsi dan cara gunaannya dengan betul di kertas Mahjong. Catatan

Set Induksi 5minit

KBKK: Nilai: BBM:

Langkah 1 15minit

Membaca dan menterjemah litar projek. -lukisan skematik -lukisan bergambar

KKE: Nilai: BBM:

Langkah 2 15minit

Memilih alatan,bahan dan komponen.

Nilai: KBKK: Kaedah: BBM:

Draf (Melvin Georage )

Langkah 3 15minit

Mengukur,memotong dan menjalur wayar. Alatan: playar muncung, penjalur wayar, pemotong sisi.

1) Murid berhimpun di hadapan meja dalam bentuk seminar U. 2) Guru membuat tunjuk cara. 3) Murid meneliti penerangan dan tunjuk cara guru. 4) Semua murid dapat lakukan aktiviti tersebut.

Nilai: KBKK:

Langkah 4 10minit

Penilaian -lembaran kerja

1) Guru mengedar lembaran kerja kepada murid. 2) Guru membimbing dan membuat penilaian. 3) Lembaran diedarkan kepada murid yang telah menguasai dengan latihan pengayaan dan kepada murid yang belum menguasai diberikan latihan pengukuhan.

Nilai: KBKK:

Penutup 5minit

Tayangan video dan peta konsep

1) Guru menggunakan tayangan video untuk membuat rumusan pembelajaran pada hari tersebut.

BBM: Nilai:

You might also like