2
SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH
Menyingkap sirah Nabi s.a.w semasa hayat baginda dan para sahabat,kita dapati tidak berlaku sebarang penyelewengan akidah dan tidak timbulsebarang perkara yang boleh membawa kepada kekeliruan dan perselisihanseperti perkara yang berkaitan dengan qadar, sifat dan zat Allah s.w.t serta nas-nas
mutasyabihat
. Hal ini kerana para sahabat hidup berdasarkan panduan Nabis.a.w sepanjang masa dan Nabi s.a.w juga berada di samping mereka untukmenjelaskan sebarang kemusykilan yang dihadapi. Seandainya timbul perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan, wahyu akan diturunkan sebagi penjelasan.(Abd Latif Muda et.al., 1998)Ekoran daripada wahyu dan al-Quran sentiasa diturunkan, segalarancangan jahat orang-orang kafir dan munafik serta bentuk-bentuk akidah yangcuba menyerang dan menyerap masuk untuk merosakkan Islam dan umatnyaturut didedahkan. Contohnya tentang golongan munafik sebagaimana firmanAllah s.w.t yang bermaksud:
“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang- orang yang beriman padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah
, ayat 8 dan 9)Allah s.w.t juga menegaskan bahawa orang-orang kafir terutamanyaYahudi dan Nasrani tidak akan sesekali berdiam diri untuk merosakkan umatIslam. Maka janganlah umat Islam mengambil mereka sebagai teman. Allah s.w.tberfirman maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekal-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...”
(Surah al-Baqarah ayat 120)
Leave a Comment
Salam, I'm having problem to print these documents and did try few times but still couldn't get it.Hence, I would really appreciate it if I could have a pdf version?Thank you
jew3135@yahoo.com.my
Assalalmualaikum,terima kasih keran sudi sharing tentan Isu penyelewengan Akidah Rufaqa. Boleh saya mendownload tetang isu ini kh?
print jer