P. 1
Isu Penyelewengan Akidah Rufaqa'

Isu Penyelewengan Akidah Rufaqa'

Ratings: (0)|Views: 4,935 |Likes:

More info:

Published by: Shazana Binti Muhamed Sa'ad on Oct 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

03/05/2014

 
 
1
PENGENALAN
Peranan dunia Islam sebagai peneraju tamadun pembangunan insan dankebendaan serta peranan akidah Islamiah yang sepatutnya menjadi asastamadun umat semakin hilang dan mundur. Apatah lagi sebahagian masyarakatIslam kini hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal serta jauh daripengamalan Islam yang tulen. Kita seringkali dikejutkan dengan munculnyaajaran-ajaran sesat dan terpesong akidahnya, mereka ini sebenarnya secaratidak langsung telah menconteng keindahan Islam di mata dunia. Di Malaysiasahaja pada tahun 2005, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahmenyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang masih aktif walaupun terdapatpelbagai tindakan undang-undang. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005)
DEFINISI AJARAN SESAT
JAKIM mendefinisikan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalanyang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawaajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaranIslam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itubertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah,serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah.Menurut Dr. Aminuddin Basir @ Ahmad, Pensyarah Jabatan UsuluddinFakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam AntarabangsaSelangor (KUIS), ajaran sesat ialah segala ajaran yang bertentangan dengan al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama yang terkeluar.Manakala Tafsir Pimpinan a-Rahman, halaman 4 mentakrifkan orangyang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusahauntuk mempelajarinya atau mempelajari sesuatu dengan tidak menurut jalanyang betul.
 
 
2
SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH
Menyingkap sirah Nabi s.a.w semasa hayat baginda dan para sahabat,kita dapati tidak berlaku sebarang penyelewengan akidah dan tidak timbulsebarang perkara yang boleh membawa kepada kekeliruan dan perselisihanseperti perkara yang berkaitan dengan qadar, sifat dan zat Allah s.w.t serta nas-nas
mutasyabihat 
. Hal ini kerana para sahabat hidup berdasarkan panduan Nabis.a.w sepanjang masa dan Nabi s.a.w juga berada di samping mereka untukmenjelaskan sebarang kemusykilan yang dihadapi. Seandainya timbul perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan, wahyu akan diturunkan sebagi penjelasan.(Abd Latif Muda et.al., 1998)Ekoran daripada wahyu dan al-Quran sentiasa diturunkan, segalarancangan jahat orang-orang kafir dan munafik serta bentuk-bentuk akidah yangcuba menyerang dan menyerap masuk untuk merosakkan Islam dan umatnyaturut didedahkan. Contohnya tentang golongan munafik sebagaimana firmanAllah s.w.t yang bermaksud:
 
“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang- orang yang beriman padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah 
, ayat 8 dan 9)Allah s.w.t juga menegaskan bahawa orang-orang kafir terutamanyaYahudi dan Nasrani tidak akan sesekali berdiam diri untuk merosakkan umatIslam. Maka janganlah umat Islam mengambil mereka sebagai teman. Allah s.w.tberfirman maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekal-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...” 
(Surah al-Baqarah ayat 120)
 
 
 
3
Dan firman Allah s.w.t yang lain maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman...” 
(Surah Ali ’Imran ayat 28)
 
Penegahan tersebut bertujuan menjaga kesucian agama Islam danmenguatkan keyakinan dan kekukuhan iman masyarakat Islam. Mereka yakinsepenuhnya terhadap kebenaran Islam dan al-Quran sebagai kitab yanglengkap. Lantaran itu, sebarang bentuk penyelewengan dan kebatilan akidahtidak dapat menembusi mereka.Sememangnya Rasulullah s.a.w melarang keras para sahabat daripadamembicarakan hal-hal berkaitan akidah apatah lagi bertelingkah tentangnya.Ditambah lagi dengan keyakinan dan kekentalan iman para sahabat kepadaRasulullah s.a.w yang menjadi benteng daripada timbulnya sebarangpenyelewengan dan kerosakan akidah mereka. Mereka menerima sepenuhkeyakinan apa sahaja yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dan kandungan al-Quran dan hadis tanpa pernah mempersoalkannya. Mereka juga tidak cubauntuk mentakwilkan sebarang nas yang
mutasyabihat 
sebaliknya menerimamaknanya sebagaimana yang dijelaskan.Namun begitu, kemunculannya dipelopori oleh Musailamatul Kazzab dariBani Hanifah yang mengaku dirinya sebagai Nabi dan Rasul selepas kewafatanRasulullah s.a.w. (Datuk Mustafa Abdul Rahman, JAKIM). Unsur dan bibitpenyelewengan akidah secara terbuka juga dilihat mula berlaku kesan daripadapertelingkahan politik dan kemunculan puak pada zaman pemerintahan KhalifahUthman dan Ali r.a. Hal tersebut juga berlaku ekoran daripada dua faktor utamaiaitu kesan penaklukan umat Islam terhadap masyarakat atau golongan bukanIslam dan penaklukan bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Ini disebabkanfaktor konteks muslim dengan adat dan tradisi mereka serta percampurandengan peradaban asing yang menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam.

Activity (34)

You've already reviewed this. Edit your review.
Ernie Nani liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
rahimisaad liked this
Siti Haslinah liked this
Himi Tucker added this note
Salam, I'm having problem to print these documents and did try few times but still couldn't get it.Hence, I would really appreciate it if I could have a pdf version?Thank you

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->