You are on page 1of 14

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Disediakan oleh: Muhammad Afiq Wazini bin


Jemani dan Muhammad Ariff bin Roslan

SEBAB-SEBAB UTAMA

Antara sebab-sebab utama yang berlaku ialah: a.Pembalakan b.Pertanian c.Perkilangan d.Pembinaan jalan raya e.Pembinaan empangan

PEMBALAKAN
1.Hutan ditebang untuk kegiatan pembalakan pembinaan jalan raya dan lain-lain. 2.Penebangan hutan menyebabkan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan air hujan. 3.Hutan yang ditebang memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna. 4.Habitat hidupan liar musnah.

5.Ianya mengancam kawasan tadahan air dan berlaku krisis air apabila musim kemarau.

PERTANIAN
1.Ianya menggalakkan pengunaan baja kimia dan racun.Ianya akan menyebabkan pencemaran air. 2.Keadaan ini mengancam kehidupan akuatik. 3.Semburan racun serangga akan mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan penduduk. 4.Pertanian di cerun bukit menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.

PERKILANGAN
1.Kilang-kilang membebaskan asap yang mengandungi bahan kimia. 2.Asap kilang mencemarkan udara seperti di Petaling Jaya. 3.Kilang juga membuang sisa mentah dan toksik ke dalam sistem perparitan menyebabkan air sungai tercemar. 4.Ia juga meyebabkan hidupan akuatik musnah. 5.Ia turut mengubah landskap sesuatu kawasan.

PEMBINAAN JALAN RAYA


1.Pembinaan jalan raya menyebabkan kejadian tanah runtuh. 2.Ianya menyebabkan sistem saliran semula jadi diubah dan dialih ke kawasan yang lain. 3.Sistem saliran buatan manusia yang tidak kukuh boleh musnah kerana gagal menampung kuantiti dan halaju aliran air hujan.Ini menyebabkan kawasan itu banjir. 4.Ia boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna,perubahan landskap dan tanah runtuh.

PEMBINAAN EMPANGAN
1.Pembinaan empangan boleh mengakibatkan kepupusan flora dan fauna 2.Ianya juga boleh mengancam hidupan akuatik yang hidup 3.Ianya juga akan menyebabkan landskap hutan berubah

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN


KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

-Penghutanan semula -Penggunaan kaedah biologi -Pemeliharaan cerun -Mengawal hakisan tanah -Mewartakan hutan simpan -Menguatkuasakan undang-undang -Merawat sisa toksik -Mengadakan kempen kesedaran

Penjagaan alam sekitar amatlah penting. Sebagai contohnya, jika pokok-pokok ditebang, kita tidak akan dapat bernafas kerana ketiadaan oksigen.Selain itu,perkilangan juga boleh menyebabkan air sungai tercemar kerana sisa buangan toksik mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

BERBAHAYA TAK???

NILAI YANG PERLU KITA TERAPKAN..


Mencintai alam sekitar Belas kasihan terhadap haiwan Memiliki kesedaran diri Bekerjasama memelihara alam sekitar

SOALAN KUIZ
1.Berikan 2 kesan akibat pembinaan jalan raya. 2.Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan manusia? 3.Berikan 3 sebab berlakunya kesan kegiatan manusia. 4.Kegiatan apakah yang menyebabkan tanah runtuh? 5.Apa yang akan terjadi apabila semua pokok dibumi ini ditebang?

UNSUR-UNSUR PATRIOTISME YANG BOLEH DITERAPKAN


DALAM DIRI

1.Tanggungjawab memelihara negara Malaysia -bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam semulajadi yang diciptakan Allah 2.Memupuk semangat 1MALAYSIA. -dengan bergotong royong membersihkan alam sekitar ,kita boleh memupuk semangat 1MALAYSIA seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like