You are on page 1of 10

DEFINISI

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan


prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny
(1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menurut tokoh-tokoh:

o Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks


‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur
hidup setiap individu.

o Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran


berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional
dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak
rancak,

o Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi


pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain
pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

o Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu


proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran
fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

o Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian


daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi
sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan
kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

7
Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau


menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman,
sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal


dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga
perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh


diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan


kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat

Budaya Pendidikan Jasmani

o Penglibatan murid secara aktif dan selamat


o Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
o Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Budaya Pendidikan Kesihatan

o Penglibatan murid secara penghayatan ilmu


o Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat

7
o Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti
pembelajaran

Kecergasan

o Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti


fizikal secara berterusan .
o Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal

o Koordinasi
o Imbangan
o Ketangkasan
o Kuasa
o Masa Respons

Kepantasan

o Berasaskan perlakuan motor


o Berasaskan kesihatan
o Daya tahan kardiovaskular
o Daya tahan Otot
o Kekuatan
o Kelenturan
o Komposisi badan

Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada


aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam
permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

7
Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi


mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada
aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan
jasmani dan sukan.

Kesihatan Diri dan Keluarga

o Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan,


kekeluargaan
o Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan dan keibubapaan

Gaya Hidup Sihat

o Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang


sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
o Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres,
kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
pencegahan dadah

SISTEM PEREDARAN DARAH

7
DEFINISI

Sistem peredaran darah adalah satu sistem yang penting di dalam tubuh
badan.Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh tubuh
badan dan masuk semula ke jantung.Sistem peredaran darah manusia juga
dikenali sebagai sistem peredaran tertutp kerana darah mengalir di dalam salur
darah yang tertutup.

. Peredaran darah manusia melibatkan dua sistem peredaran:

(a) sistem peredaran sistemik


(b) sistem peredaran pulmonari

Sistem peredaran pulmonari melibatkan peredaran darah terdeoksigen


dari ventrikel ke peparu dan darah beroksigen dari peparu ke aurikel kiri.

Sistem peredaran sistemik melibatkan peredaran darah beroksigen dari


ventrikel kiri ke seluruh badan dan darah terdeoksigen dari seluruh badan Ke
aurikel kanan jantung.

7
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMBALIAN DARAH
KE JANTUNG

Apabila oto-otot mengncup,vena tertekan dan darah dalamnya ditolak kea


rah jantung.Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir kea rah
belakang.Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung.

Semasa otot-otot mengendur,vena-vena tersebut akan dipenuhi semula


dengan darah.Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah
dialirkan ke jantung.

Semasa inspirasi,tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah


dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir kearah
atrial kanan jantung.Apabila tekanan intratoraksik meningkat semasa
ekspirasi,vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah
nyahoksigen.Semakin tinggi tekanan ini,semakin banyak output
jantung.Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai “pam
pernafasan”.

Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem


peredaran .Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan
rendah.Contohnya apabila ventrikel menguncup,ia menghasilkan tekanan yang
lebih tinggi daripada tekanan di aorta.Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar dari
ke aorta dan lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung.

Atrium-atrium menguncup serentak pada jantung yang normal.Apabila


atrium mengendur , ventrikel-ventrikal pula menguncup. Penguncupan jantung
dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolic.
Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa
penguncupan ventrikal. Tekanan darah diastolic merupakan tekanan darah
minimum pada akhir pengenduran ventrikal.

7
Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (millimeter merkuri). Tekanan
darah normal ialah 120/80mm Hg.

Hipertrofi dan Atrofi jantung

Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah


besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersubut mengamalkan gaya hidup
sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz
jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung
individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapiilari juga
meningkat.

Hipertrofi Jantung adalah kesan daripada penambahan saiz kaviti


ventrikal-ventrikal dan bertambahnya ketebalan dinding ventrikal.

Atlit-atlit berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh
mempunyai kaviti ventrikal yang besar. Oleh itu isipadu darah dalam ventrikal
adalah banyak semasa diastol. Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggi
berbanding individu-individu sedentari dan juga atlit-atlit yang terlibat dalam
acara eksplosif.

Atlit-atlit yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti rintinagan tinggi seperti gusti


atau melontar peluru mempunyai dinding ventrikal yang tebal. Walaupun
hipertrofi jantung atlit-atlit ini adalah sama dengan atlit berdaya tahan tinggi,
isipadu strok mereka adalah sama dengan individu-individu sedentari.

Atrofi jantung berlaku apabila otot jantung mengalami penguranagan dari


segi saiz, kekuatan, dan berat. Ianya terjadi disebabkan jantung kurang
digunakan bagi aktiviti fizikal. Atrofi jantung juga boleh berlaku apabila jantung
mengalami kerosakan atau penyakit.

7
7
Rajah Terdapat dua sistem utama peredaran darah di kalangan organisma,
iaitu:

Sistem peredaran darah

Tertutup Terbuka
- darah sentiasa mengalir di - darah tidak sentiasa mengalir
dalam salur darah di dalam salur darah

- darah berada di hemoselom


yang membasahi tisu
badan
Jenis secara langsung
- Contoh: insekta, krustasia

- Tertutup dan tunggal


Contoh: ikan

- Tertutup, ganda dua dan Tak lengkap


Contoh: amfibia, reptilia

- Tertutup, ganda dua dan lengkap


Contoh: manusia

7
APLIKASI SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM PENDIDIKAN JASMANI

You might also like