You are on page 1of 5

Mohamad Nazri bin Basirun 691120-02- 5743

1.0 REFLEKSI (MOHAMAD NAZRI BIN BASIRUN) Assalamualaikum wbt Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan dan dapat mengikuti Program Karnival Permainan Tradisional pada 9 mac 2014 bertempat di Institut Perguruan Tuanku bainun bagi

Semester 6 dalam subjek pjm3112 .Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohamad Sobri bin Harun , pensyarah pembimbing PJM3112 yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam memberikan

nasihat dan bimbingan dalam melaksana dan mengelola karnival ini . Permainan tradisional adalah warisan nenek moyang kita yang harus dijaga dan dipelihara. Pada era zaman sekarang , pelbagai warisan nenek moyang kita hampir dilupakan dengan adanya pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal seperti permainan elektronik atau permainan siber . Generasi muda di era zaman sekarang perlu diberi kesedaran tentang kepentingan permainan tradisional agar budaya dan warisan masyarakat kita tidak dilupakan begitu sahaja. Ia juga dapat menyihatkan

badan , menimbulkan rasa keseronokan , ketenangan minda ,mengukuhkan hubungan sosial masyarakat yang berbilang bangsa .

Refleksi saya merangkumi tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas Karnival Permainan Tradisional dan juga kekuatan serta kelemahan pengelolaan.

1.1 Sebelum Karnival Permainan Tradisional

Bagi tugasan PJM3112 yang diamanahkan , kami pada mulanya dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendakki menyediakan dan

melaksanakan 5 jenis permainan tradisional yang berinovasi. Setiap kumpulan diminta untuk berbincang dan merangka peraturan permainan , menyatakan inovasi yang

Mohamad Nazri bin Basirun 691120-02- 5743

dibuat , langkah-langkah permainan yang dijalankan . Saya dan kumpulan berbincang dan sebulat suara bersetuju membuat inovasi ke atas permainan tuju tin .

Pada interaksi yang ke tiga , kelima-lima kumpulan telah mempamerkan permainan tradisional masing masing iaitu permainan boling tin , galah panjang dan permainan batu belah batu bertangkup.. Kesemua permainan yang ditunjukkan

mempamerkan kelebihan masing-masing dan terdapat juga beberapa kelemahan yang kecil seperti peraturan-peraturan permainan. Perbincangan bersama terus dibuat

dalam memperbaiki setiap kelemahan permainan dan tindak susulan yang perlu diambil.

Hasil perbincangan kumpulan Sains A , saya dan ahli kumpulan bersetuju untuk mengelola permainan Galah Panjang sebagai permainan tradisional berinovasi kami.

1.2 Semasa Karnival Permainan Tradisional

Karnival Permainan Tradisional diadakan pada 9 Mac 2014. Seawal jam 7.00 pagi kesemua ahli kumpulan telah bersedia bekerjasama menyiapkan gelanggang permainan dan perhiasan-perhiasan yang sepatutnya. Karnival Permainan Tradisional dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Pengarah dan diteruskan dengan permainan-permainan tradisional yang dijalankan secara serentak. Ahli-ahli kumpulan sains A dibahagikan tugas masing-masing. Ada yang bermain dan ada yang bertindak sebagai pengelola dan jawatan kuasa permainan. jawatan kuasa dokumentasi dalam Saya ditugaskan sebagai ahli Foto-foto dan video

perlaksanaan Karnival ini.

diambil dari segenap acara khususnya permainan tradisional inovasi kami iaitu permainan Galah Panjang. Foto-foto kemudiannya saya muat naik kedalam facebook kumpulan kami untuk dijadikan sebagai panduan dan bahan bukti.

Paling menggembirakan apabila melihat pensyarah-pensyarah turut serta bermain dalam permainan tradisional . Keseronokan bermain juga jelas terbayang pada setiap pemain-pemain. Permainan-permainan tradisional yang dilaksanakan dalam Karnival

Mohamad Nazri bin Basirun 691120-02- 5743

Permainan Tradisional ini dapat saya aplikasikan di peringkat sekolah supaya permainan permainan tradisional ini terus kekal di bumi Malaysia. Penganjuran permainan tradisional ini juga mendapat pujian daripada Timbalan Pengarah IPGK Bainun.

1.3 Selepas Karnival Permainan Tradisional.

Saya dan ahli kumpulan telah membahagikan tugas dalam menyiapkan laporan Karnival Permainan Tradisional ini.. Saya dan rakan-rakan menyiapkan laporan

masing-masing mengikut bidang-bidang yang ditetapkan. Saya dan rakan , Mohd Hafis bin Ismail , telah bertindak menyiapkan laporan dokumentasi. Alhamdulillah setiap ahliahli kumpulan bekerjasama sepenuhnya dalam menyiapkan laporan ini dalam masa yang dipersetujui.

2.0 ANALISA KELEMAHAN DAN KEKUATAN

2.1 KEKUATAN (a) Karnival Permainan Tradisional terutamanya pengelolaan permainan tradisional kumpulan saya berjalan lancar dengan bimbingan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah PJM 3112. (b) Kerjasama dan komitmen sepenuhnya diberikan oleh setiap pelajar-pelajar Sains A dalam setiap bidang tugas masing-masing . (c) Peserta-peserta telah mempunyai pengalaman dalam memainkan permainan tradisional dan peraturan permainan yang diberikan juga jelas dan mudah diikuti. (d) Peserta-peserta memahami objektif dan tujuan Karnival Permainan Tradisional ini dengan jelas.

Mohamad Nazri bin Basirun 691120-02- 5743

(e) Permainan-permainan yang dikelolakan memberikan pengalaman kepada setiap pelajar untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. (f) Program ini mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan lagi perpaduan antara pelajar-pelajar PPG.

2.2

KELEMAHAN (a) Pada peringkat awal, tiada gambaran jelas tentang atur cara dan pemilihan permainan tradisional untuk diketengahkan dalam Karnival Permainan Tradisional. Ini jelas kelihatan dalam persediaan keceriaan Permainan Tradisional kami. Alhamdulillah, atas kerjasama semua ahli kumpulan masalah ini dapat diatasi. (b) Foto-foto dan video agak sukar diambil memandangkan semua permainan tradisional berjalan serentak. Terdapat juga permainan tradisional habis dalam masa yang lebih cepat berbanding permainan lain.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (a) Pengelolaan Karnival Permainan Tradisional seharusnya membolehkan setiap pelajar merasai pengalaman bermain dan mengelola setiap permainan. Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai cara pengelolaan , peraturan dan perlaksanaan yang berbeza. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannnya, program ini memberikan saya pengalaman-pengalam berguna dalam mengurus dan mengelola sesuatu program terutamanya dalam bidang dokumentasi Ia juga mengajar saya kepentingan kerjasama dan permuafakatan dalam menjayakan sesuatu program. Nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui

Mohamad Nazri bin Basirun 691120-02- 5743

program sebegini seperti keyakinan diri, kerjasama , ketahanan mental dan fizikal serta semangat juang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Ucapan syabas juga diberikan kepada rakan-rakan yang tidak mengenal erti letih dan penat dalam memberi bantuan dan kerjasama untuk melengkapkan tugasan yang diberikan ini. Insha Allah, pengalaman sebegini dapat saya gunakan sebagai rujukan dan panduan dalam merancang dan melaksanakan program-program yang akan dijalankan di peringkat sekolah.

You might also like

  • Nama Udang
    Nama Udang
    Document1 page
    Nama Udang
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Ahad
    Ahad
    Document1 page
    Ahad
    Cikgunazrisksac Basirun
    No ratings yet
  • Ssss
    Ssss
    Document20 pages
    Ssss
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Mutiara Kata
    Mutiara Kata
    Document5 pages
    Mutiara Kata
    Anis Raizuli
    No ratings yet
  • 1
    1
    Document15 pages
    1
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • MNNMBNMB
    MNNMBNMB
    Document1 page
    MNNMBNMB
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • 3114
    3114
    Document4 pages
    3114
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Aaasss
    Aaasss
    Document17 pages
    Aaasss
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • AAAAAAAAAAAAAAA
    AAAAAAAAAAAAAAA
    Document16 pages
    AAAAAAAAAAAAAAA
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Rrra
    Rrra
    Document1 page
    Rrra
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • 3114
    3114
    Document4 pages
    3114
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • 3114
    3114
    Document4 pages
    3114
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • AAAAAAAAAAAAAAA
    AAAAAAAAAAAAAAA
    Document16 pages
    AAAAAAAAAAAAAAA
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Ciri
    Ciri
    Document2 pages
    Ciri
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Ciri
    Ciri
    Document2 pages
    Ciri
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Ciri
    Ciri
    Document2 pages
    Ciri
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Bnnncai
    Bnnncai
    Document1 page
    Bnnncai
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Ciri
    Ciri
    Document2 pages
    Ciri
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • RPH Tahun 3
    RPH Tahun 3
    Document3 pages
    RPH Tahun 3
    Ahmad Asyraff Al-Rasyid
    No ratings yet
  • Yoyoyo
    Yoyoyo
    Document2 pages
    Yoyoyo
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Nota PJM 3110
    Nota PJM 3110
    Document15 pages
    Nota PJM 3110
    Hikarri Wai Rai
    No ratings yet
  • Soalan
    Soalan
    Document1 page
    Soalan
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Kontekstual
    Kontekstual
    Document76 pages
    Kontekstual
    Ali Mohd
    100% (66)
  • 5 Jakajka
    5 Jakajka
    Document1 page
    5 Jakajka
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Awannaooo
    Awannaooo
    Document5 pages
    Awannaooo
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Soalan 1
    Soalan 1
    Document1 page
    Soalan 1
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Document1 page
    Soalan 3
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • SK Gand
    SK Gand
    Document8 pages
    SK Gand
    cikgunazribasirun
    No ratings yet
  • Pqe 3111
    Pqe 3111
    Document1 page
    Pqe 3111
    cikgunazribasirun
    No ratings yet