You are on page 1of 1

Resepi Asas Doh. Untuk Roti, Donut, Pau dan Cakoi.

Bahan Asas; - 1/2 Kg Tepung - 1/2 Pack Yis Mauripan - 1 Sudu Besar Shortening - 1 Cawan Air Sejuk - Sedikit Garam. Bahan Tambahan; -3 Sudu Besar Susu Tepung - 1 Sudu Besar Gula Cara- Cara; 1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan. 2. Masukkan tepung, garam, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata. 3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung. 4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras. 5. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan. 6. Biarkan doh mengembang menjadi 2X ganda, selama 30 minit,. Tips Tambahan; 1. Kalau tak ada shortening, gantikan dengan minyak masak atau butter atau marjerin. 2. Masukkan bahan tambahan; gula & susu tepung jika membuat roti manis atau pau berinti manis, donut dan cakoi dengan sos manis. 3. Guna tepung berprotein tinggi untuk roti dan donut yang gebu. Untuk pau yang putih dan lembut guna tepung pau Blue Key. Untuk cakoi pula boleh guna tepung gandum sahaja. 3. Tambahkan serbuk penaik kedalam doh cakoi bagi menjadikannya lebih kembang bila digoreng. 4. Gunakan teknik rendaman air panas untuk mempercepatkan pengembangan doh.

You might also like