You are on page 1of 6

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PPBJJ
PRO-FORMA KURSUS PRA-SISWAZAH
SEMESTER 1 SESI 2009-10

1. Pusat pengajian : Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

2. Program Pengajian : Program Sains Politik 3. a. Kod Kursus : SKSJ1033


b. Bilangan Kredit : 3
4. Tajuk Kursus : Pengantar Falsafah Politik 5. Tahap Kursus : Wajib Program
Wajib Fakulti/Pusat/Program/Elektif
6. Hari/Masa Kuliah
29 OGOS 2009 / 8.30pg-1ptg; 2.00-3.30ptg Bilik : 3A 401 / Bilik Seminar 1, PPSPS
31 OKTOBER 2009 / 8.30pg-1ptg; 2.00-3.30ptg
7. Pengajar 1 : Tel : 012 3220611 (sms)
Prof Madya SALIHA HASSAN E-mel : saliha105@yahoo.com
Hari/Masa Untuk Pertemuan : Bilik : Blok E, Paras 6, 3E 303
Temu janji

8. Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran :


i. Memperkenalkan pelajar tentang disiplin Falsafah Politik dan perbezaannya dengan disiplin-
disiplin Sains Politik yang lain.
ii. Mendedahkan pelajar kepada persoalan-persoalan pokok dalam disiplin Falsafah Politik.
iii. Membiasakan pelajar dengan tokoh-tokoh Falsafah Politik Yunani, Barat, Timur dan Islam.

9. Sinoposis Kandungan Kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan)


Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang kajian Falsafah Politik. Ia merangkumi
skop dan ciri-ciri Falsafah Politik yang membezakannya dengan sub-sub bidang lain dalam kajian Sains
Politik, persoalan-persoalan pokok yang bersifat universal dan aliran-aliran besar dalam Falsafah Politik.
Tujuannya ialah supaya pelajar memahami bahawa persoalan-persoalan pokok Falsafah Politik adalah
bersifat universal bagi semua masyarakat dan pada semua zaman. Yang berbeza mungkin penekanan
kepada aspek-aspek tertentu sahaja berdasarkan pilihan tokoh-tokoh itu sendiri ataupun tuntutan semasa
masyarakat masing-masing.
Melalui kursus ini, pelajar akan mengenal beberapa konsep utama dalam Falsafah Politik, seperti;
tanggungjawab politik, kuasa, kebajikan am, kebebasan individu, keadilan, kesamaan hak, kesamarataan,
hak asasi, keadilan sosial, utopia, elitisme, kedaulatan, kehendak umum dan masyarakat sivil. Antara
tokoh-tokoh yang akan dibincangkan ialah Socrates, Plato dan Aristotle (tokoh Falsafah Politik Yunani);
Kungfi Tze (Tokoh Falsafah Politik Cina); Gandhi (Tokoh Falsafah Politik India); Rousseau, Hobbes dan
Machiavelli (Tokoh Falsafah Politik Barat); serta Al-Farabi, Al-Ghazzali dan Iqbal (Tokoh Falsafah
Politik Islam)

10. Bahan Pengajaran/Peralatan :

Laptop dan LCD


Pen Marker dan Pemadam
Artikel yang diedarkan dalam Kelas
11. Bahan Rujukan (seperti dalam buku panduan dan tambahan)

Alias Othman. 1992. Asas-asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Slam.

Miller, David & Larry Siedentop. (Pnyt). 1994. Terj. Politik dalam Perspektif Pemikiran, Falsafah dan
Teori. Kuala Lumpur: DBP.

Muhammad Kamlin. 1986. Pengantar Pemikiran Politik Barat. Bangi: Penerbit UKM.

Oppenheim, Felix E. 1968. Moral Principles in Political Philosophy. New York: Random House

Tender, G. 1979. Political Thinking: the perennial questions. 3rd Edition. Boston: Little, Brown & Co

Bangley, F. R. C. 1964. Ghazzali’s Book Of Counsel for Kings (Nasihat Al- Muluk). London: Oc=xford
University Press

Bloom, Allan. 1968. Trans. The Republic of Plato. New York: Basic Book Inc

Ian, P. McGreal. Ed. 1995. Great Thinkers of the Eastern World. New York: Harper Collin Publishers

Ibn Khaldun. 1995. Mukadimah. Kuala Lumpur: DBP. (Terj)

Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan Al-Farabi. Bangi: Penerbit UKM

Iyer Raghavan, N. 1973. The Moral and Political Thought of Mahatma Gandhi. Oxford: Oxford
University Press

Kausar Niazi. 1977. Iqbal and the Third World. Lahore: SH MUHAMMAD ASHRAF

Machiavelli Niccolo. 1989. Penguasa. Kuala Lumpur: DBP. (Terj.)

Obaidellah Haji Mohamad. 1994. LUN YU: Perbicaraan Confucius. Kuala Lumpur: DBP. (Terj.)

Rousseau, Jean-Jacque. 1992. Darihal Perjanjian Sosial. Kuala Lumpur: DBP. (Terj.)

Scruton, Roger. 1982. A Dictionary of Political Thought. London: Pan Books-The Macmillan Press

Sharif, M. M. 1994. Sejarah Islam dari segi Falsafah. Kuala Lumpur: DBP (Terj.).Ruj. Bahagian 5: Bab
33-39.

Sinclair, T. A. 1972. Aristotle: the politics. Middlesex: Penguin Books. (Terj.)


12. Kaedah Pengajaran/Pembelajaraan (Kuliah, tutoran, kerja kumpulan, kerja lapangan dan
lain-lain):

Kuliah, perbincangan interaktif, esei, tugasan, bacaan kendiri, dan peperiksaan akhir

13. Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal
[pertengahan/akhir] dengan perinciannya)

Kerja kursus
25% esei
25% tugasan
10% kehadiran & penyertaan
40% peperiksaan akhir

Jumlah 100%

14. Tarikh-tarikh penting :

31 Oktober 2009 Tarikh akhir menghantar Esei


[jadual universiti] Peperiksaan Akhir

PERHATIAN:
1. 5 markah untuk esei yang dihantar tidak lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan.
2. Pelajar mestilah menghubungi pensyarah / Urusetia PPBJJ atas sebarang masalah.

15. Jadual Pengajaran*

Tajuk Catatan
1 Pengenalan • Menerangkan Proforma
• Pengenalan kepada falsafah politik.

2 Persoalan pokok dalam falsafah politik • Perbincangan berasaskan kepada


sepuluh persoalan pokok falsafah politik
yang digariskan oleh Tender (1979).
• Pelajar digalakkan mengenengahkan
persoalan kontemporari yang relevan

3 Aliran dominan falsafah politik


• Membincangkan lima aliran dominan
falsafah politik iaitu konservatisme,
liberalisme, realisme, sosialisme dan
utilitarianisme.
• Mengenali beberapa tokoh pelopornya
• Mengenengahkan aliran penting yang
lain seperti Islam, neo-konservatif,
pasca-modenis

4 Falsafah politik Yunani • Membincangkan 3 serangkai tokoh


falsafah Yunani : Socrates, Plato dan
Aristotle.
• Membincangkan konsep keadilan sosial,
bentuk kerajaan dan pemerintah yang
ideal, kehidupan yang baik (the good
life)
• Mengenal persoalan falsafah politik
utama Socrates/Plato

5 Aristotle Mengenal falsafah politik Aristotle tentang


• bentuk negara baik dan buruk
• system pemerintahan yang terbaik

6 Kungfu Tze Membincangkan falsafah politik Kungfu Tze


tentang
• negara ideal
• kepimpinan Chunzu.
• kepentingan rakyat

7 Al-Farabi Meneliti falsafah politik Al-Farabi tentang


• negara ideal Madinah al-Fadilah
• perbandingan dengan falsafah politik
Aristotle
• kelayakan & tanggung jawab pemimpin

8 Al-Ghazali • Mengenali konsep khalifah yang


diutarakan oleh Al-Ghazali.
• Memahami asas Islam yang menjadi
landasan falsafah politik beliau
.
9 Gandhi • Memahami falsafah Gandhi yang
mendasari strategi tindakan politik
ahimsa dan satyagraha
• Membincangkan sinkritisme dalam
falsafah politik Gandhi di antara
falsafah politik liberal dan ajaran Hindu

10 Rousseau Memahami falsafah politik Rousseau tentang


• Perjanjian sosial
• Kebebasan individu
• Kebajikan am
• Demokrasi langsung
11 Machiavelli Meneliti falsafah politik Machiavelli tentang
• pendekatan realpolitiknya yang terkenal
dengan “ Matlamat menghalalkan cara”.
• ciri pemimpin yang berkesan
menurutnya
• kebajikan rakyat
• persoalan KUASA

12 Hak sivil dan hak semulajadi • Membincangkan hak-hak sivil dan hak-
hak semulajadi dan ciri-cirinya dari
beberapa perspektif falsafah politik.
• Membincangkan isu-isu politik
kontemporari yang menjadi persoalan
pokok falsafah politik

13 Review • Review fokus dan kandungan utama


tajuk-tajuk di atas
• Memahami kesignifikanan fokus
tersebut dalam konteks politik masa kini
(tidak terhad kepada Malaysia)
• Membincangkan kerelevanan falsafah
politik dalam konteks realiti politik

14 Penilaian kefahaman • Perbincangan terarah dengan


berpandukan tajuk terpilih
• Tugasan (25%) berdasarkan bahan
rukujan yang diberikan

14 Disediakan oleh : Prof Madya Saliha Hassan Tandatangan:_______________________


Diperakukan oleh :__________________________ Tandatangan:______________________
(Ketua Program)

Tarikh :__________________

*Catatan: Tertakluk kepada perubahan.

You might also like