You are on page 1of 17

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

HBEF 2803

KERTAS KERJA
AKTIVITI 1: KAJIAN DOKUMEN (T1A1)

Perayaan Hari Raya Haji

Nama

TERESA CHAI SIAW HUNG 841022135632001 teresachaisiawhung@yahoo.com

No. Matrik : Emel :

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Sejarah Hari Raya Adiladha


Latar Belakang
Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah.( Dato seri Najib Tun Razak, 2012) Hari mulia ini adalah perayaan terbesar dalam kalangan umat Islam selain sambutan perayaan Hari Raya Adilfitri. Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Pada pandangan masyarakat Malaysia hari ini, kita sering beranggapan bahawa Hari Raya Aidiladha ialah sesi pengorbanan ibadah.Dengan peninjau yang lebih dalam, sambutan Hari Raya Aidiladha sebenarnya disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik. (JAKIM) Berselaras dengan perutusan Perdana Menteri kita pada Hari Raya Adiladha tahun 2012, sambutan Hari Raya Adiladhda berkait rapat dengan penghijrahan umat Islam dari Mekkah ke Madinah. Menurut sejarah Islam Malaysia, hijrah merupakan jemputan daripada penduduk daripada Madinah yang menawarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Berdasarkan kepada Hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas) Zaman jahiliah yang terjemahan dalam konteks Hadis tersebut merujuk kepada Zaman Arab yang tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, Zaman Jahiliah dianggap sebagi zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Maha Esa serta menyembah berhala dan mempercayai animisme. Selepas kedatangan baginda ke Madinah, baginda telah menggantikan dua hari perayaan Zaman Jahiliah yang diwariskan oleh nenek moyang kepada dua hari yang lebih bermakna iaitu Adilfitri dan Aidiladha. Hari Adiladha tidak akan sempurnan tanpa upacara ibadat korban. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula, korban membawa maksud menjalankan pemerintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada Nya. Menurut al- quran dan Hadis, tiada fakta yang mecatatkan serta menyuruh umat Islam melakukan upacara korban. Walaupun demikian, upaca ini dilakukan atas umat islam

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

memperingati dugaan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim oleh Allah iaitu kesanggupan Nabi Ibrahim menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Cerita tersebut dimulakan pada suatu hari apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas sedar dari tidur, Nabi Ibrahim berbincang dan memberitahu mimpi terserbut kepada isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar atas mimpi yang disampaikan itu. Siti Hajar berkata, Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti. Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih. Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya. Walau apapun tuduhan orang orang lain terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, Wahai ayahku, aku fikir cara ya ng baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku. Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya. Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T. (Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111) Pada Hari Raya Adiladha, umat islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakatt dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti oleh 5 takbir pada rakaat kedua.Pada kebiasaanya, solat suant Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya, dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi banyak masa untul penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menuaikan kewajipan dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Pada hari Aidiladha pula, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula- mula dimakan pada hari itu ialah daging korban berkat. Selepas sembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri- biri yang dikorban akan disembelih secara beramai- ramai di kawasan masjid. Daging yang diperoleh akan dibahagi- bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Gambar 1: Ibadah Korban Kita harus mengingatkan bahawa ajaran islam tidak mengajar umat- nya menyambut perayaan secara berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Kita boleh mendapati bahawa Islam meneguh umatnya yang melakukan pembaziran dalam menyambut Hari Raya atau Hari Aidiladha seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya: Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Berdasarkan pertuturan Baginda tersebut, ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

menyambut Hari Raya dan Hari Aidiladha tanpa keterlalaun. Hal ini kerana tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari meriah selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Persediaan Sebelum Hari Raya Adiladha


Di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidiladha tidak semeriah Hari Raya Aidilfitir di Sabah dan Sarawak jika berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Hal ini demikian kerana Hari Raya Adiladha hanya disambut dengan mengziarahi antara satu sama lain dalam kalangan sanak saudara. Hari Raya Aidiladha tidak melangsungkan aktivit buka pintu (open house) seperti Hari Raya Adilfitri. Walaupun demikian, kita masih boleh mendapati banyak persiapan yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam sebelum sambutan perayaan tersebut. Kaum islam terutamanya kaum suri rumahtangga akan menyediakan kuih- muih bagi menjamu saudara yang akan melwat ke rumah pada Hari Adiladha nanti. Oleh kerana terdedah kepada budaya Satu Malaysia, maka, kita boleh mendapati bahawa persiapan sebelum Hari Adiladha sedikit sebanyak terpengaruh oleh budaya kaum lain. Antara kuih muih yang disajikan adalah seperti: dodol, wajik, dan bahulu. Tidak lupa juga peranan kaum lelaki yang sibuk membersihkan kawasan rumah. Biasanya, mereka akan dibantu oleh anak- anak dalam aktiviti yang mulia ini. Perhiasan bagi dalam dan luar rumah juga dilakukan. Biasanya, anak lelaki akan membantu ayah membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Pada masa yang sama, mereka juga akan menghiaskan rumah masing- masing. Anak perempuan pula akan membantu ibu di dapur bagi menyediakan kuih- muih.. Selaras dengan suruhan agam islam iaitu memberi peluang kepada masing- masing untuk meluangkan masa yang berharga kepada orang yang tersayang. Dengan itu, insititusi kekeluarga yang harmoni akan tebentuk. Pada masa kini, pasaraya di Malaysia akan menganjurkan jualan hebat sebelum sambutan perayaan. Pada musim Tahun Baru Cina, Deepavali,dan Hari Raya Adilfitri, jualan murah akan diadakan dimana- mana sahaja. Fenonema ini berlaku atas faktor barisan penduduk

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Tiada Negara lain yang dapat membuat bandingan dengan Malaysia. Mengapakah dikatakan sedemikian? Hal ini kerana pembentukan masyarakat berbilang bangsa terbentuk pada masa pemerintahan British. Pada masa itu, kemasukan imigran Cina dan India berlaku atas dorongan pihak British. Tujuan kemasukan golongan imigran Cina dan India berlaku bagi megeksploitasi bahan mentah Tanah Melayu. Justeru, munculah rakyat yang berbilang kaum dan perayaan agama dan adat masing- masing yang membentukan masyarakat Satu Malaysia.

Baju Tradisional
Sebelum Hari Adiladha, kita boleh mendapati ramai orang berkunjung ke pasar raya bagi membeli baju baru. Biasanya, umat Islam akan membeli baju baru dengan tempahan daripada tukang jahit atau beli terus dari pasar raya. Sebahagian besar umat Islam di Malaysia memilih tempeh daripada tukang jahit. Hal ini kerana mereka berpeluang memilih warna dan corak rekaan yang diminati. Biasanya, kita dapat mendapati bahawa banyak keluarga yang memilih warna yang sama bagi seisi keluraga. Tiada makna tertentu bagi pemilihan tersebut, tetapi cara pemakaian demikian memberi impak kepada kita bahawa mereka merupakan satu ahli keluarga. Jika dibandingkan masa dahulu dengan sekarang, pakaian tradisional bertambah cantik kerana diwarnakan dengan corak yang menarik dan dipadankan dengan bentuk baru tanpa menjejaskan keaslian baju tersebut.

Baju kurung
Baju kurung amat popular dalam kalangan umar islam berbanding dengan pakaian yang lain. Baju kurung merupakan pilihan utama kerana berupaya menutupi aurat si pemakai dan dianggap pakaian yang bersopan- santun. (Jasman Ahmad, 2006) Pakaian ini sesuai dengan masyarakat Melayu yang bersopan- santun dan pemalu. Pada masa yang sama, baju kurung juga bersesuaian dengan ajaran islam yang tidak mendedehkan aurat iaitu semua bahagian badan pemakai kecuali kedua- dua tapak tangan dan muka.Pada masa kini, baju kurung boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Baju ini telah diubah sesuai untuk memenuhi cita rasa pemakai dan mengikut perkembangan masa. Antara baju kurung yang diubah ialah baju kurung labuh, baju kurung moden, baju kurung cekak musang, baju kurung Kedah dan sebagainya. Walaupun telah diubah suai, tetapi keasliannya tetap terpelihara.

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Dari segi pemilihan warna, kita boleh mendapati sebahagian golongan wanita cenderung kepada pemilihan warna terang dan berbunga yang menarik. Kadang- kadang baju kurung dipadankan dengan tudung yang mempunyai warna sama bagi tujuan kelihatan cantik dan menarik. Di Malaysia, baju kurung bukan hanya dipakai oleh orang Melayu pada Hari Raya Aidiladha dand Hari Raya Adilfitri. Malah, pada hari biasa, kita juga boleh mendapati bukan golongan Melayu sahaja yang memakai baju kurung, terdapat segenap bangsa lain yang turut menyukai rekaan baju kurung. Baju kurung boleh dipakai dalam apa- apa jua majlis selain daripada perayaan tertentu.

Di samping itu, baju kurung juga boleh dipadankan dengan kain yang berlaian warna dan bentuk terutamanya kain songket. Songket merupakan tenunan lengkap berbanding dengan tenunan biasa. Istilah songkat berasal daripada proses sungkitan bilah lidi atau nibung ke atas benang yang telah disusun pada loseng. (Mohd. Taib Osman, 2009) Pada masa kini, kita boleh mendapati biasanya benang emas digunakan dengan cara sungkitan benang emas inilah terhasilnya ragam hias. Dengan kedatangan pedagan islam pada masa lampau, mereka telah membawa benang emas dan perak ke kepulaunan Melayu. Kemungkinan besar menimbulkan idea dan dorongan untuk menerapkannya dalam tenunan kain songket. Justeru, munculah baju kurung dan baju Melayu yang dibuat daripada kain songket.

Gambar 2: Baju Kurung

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Baju melayu Baju melayu merupakan satu- satunya baju bagi kaum lelaki masyarakat Melayu. Pada masa dahulu, baju Melayu hanya mempunyai satu warna. Pada masa kini, baju Melayu mempunyai pelbagai corak dan rekaan yang menarik seperti bercorak segi empat, penggunaan kain baitk, dan sebagainya. Golongan lelaki akan memakai baju Melayu dan dilengkapi dengan pemakaian songkok, lamping atau tengkolok. Kita juga boleh mendapati golongan lelaki gemar memadankan baju Melayu dengan warna songkok yang sama bagi tujuan kelihatan lebih segak. Selain dipadankan dengan seluar, baju Melayu turut dipakai dengan kain pelikat. Baju Melayu turut diperbuat daripada kain songket. Kain songket merupakan pilihan utama bagi golongan Melayu. Hal ini kerana kain songket kelihatan anggun dan segak.

Gambar 3: Baju Melayu

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Kuih Muih
Dodol
Kuih dodol merupakan kuih yang paling popular dihidangkan pada Hari Adiladha. Proses persiapan dodol memakan masa yang lama, iatiu lebih kurang lapan jam bagi menghasilkannya. Kini, dodol mudah didapati dengan membeli dari pasaran. Walaupun demikian, golongan tua Melayu lebih gemar membuat sendiri terutamanya penduduk Melayu yang mendiami di kawasan kampung. Hal ini kerana dodol memerlukan tempat yang luas bagi menyediakannya. Di Bandar, golongan Melayu kurang membuat dodol dan memilih beli terus dari pasaran.

Gambar 4: Proses Membuat Dodol

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Wajik Wajik merupakan salah satu pilihan utama golongan Melayu, cara membuat lebih senang berbanding dengan cara membuat dodol. Proses menyediakan wajik memakan masa lebih kurang tiga jam. Wajik dibuat daripada pulut. Wajik akan menjadi lebih lazat jika ditambahkan dengan perisa durian.

Gambar 5: Wajik Bahulu Cara penyediaan bahulu juga senang. Bagi menghasilkan bahulu, tepung, telur, dan gula marupakan bahan utama. Bahan- bahan ini diadun sehingga sebati dan kemudian dimasukkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada logam. Acuan yang mempunyai pelbagai bentuk akan diletakkan di atas dapur. Setelah masak, kuih bahulu akan diangkat dan dimasukkan bancuhan yang lain. Kuih bahulu memang sedap dan menjadi kegemaran hapir semua masyarakat. Kini, bahulu bukan sahaja disaljikan pada hari adiladha, malah, hari kebiasaan turut boleh dibeli daripad pasaran tempatan.

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Gambar 6: Bahulu

Sate
Sate merupakan makanan yang paling diminati kerana rasanya enak dan lazat. Sate diperbuat daripada daging yang telah di peram dengan menggunakan pelbagai jenis rempah sebelum dicucuk pada lidi. Seterusnya, sate yang dicucuk pada lidi itu akan dipanggang di atas bara api yang disediakan.Sate dimakan dengan kuah kacang dan ketupat. Rasa sate lemak manis dan enak. Di Malaysia, sate boleh dimakan bila- bila masa sahaja tanpa mengambil kira musim perayaan. sate boleh didapati di restoran- restoran dan gerai.

Gambar 7: Sate

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Redang Rendang merupakan satu lagi makanan yang enak dan yang dimakan bersama lemang atau ketupat. Redang diperbuat daripada daging yang telah dimasak menggunakan rempah, susu kelapa, lada , bawang, dan sebagainya.terdapat pelbagai jenis rending mengikut cita rasa pemasak. Rendang banyak dihasilkan pada hari adiladha bagi menjamu kepada sahabat kerabat.

Gambar 8: Rendang

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Amalan dan Pantang Larang


Bagi umat Islam, tiada pantang larang yang harus dipatuh semasa menyambut Hari Raya Adiladha. Walaupun demikian, kita boleh mendapati banyak nilai murni yang diamalkan oleh umat Islam yang terdapat di Malaysia. Salah satu nilai murni yang diamalkan oleh umat Islam ialah semangat kasih sayang yang disalurkan kepada golongan miskin. Agama Islam menyeru umat- Nya yang berkemampuan agar memberi prihatin sepenuh kepada golongan yang malang terutamanya kanak yatim dan orang tua. Pengamalan pengorbanan ibadah merupakan salah satu cara menyalurkan kasih sayang kepada golongan yang miskin. Dengan memperoleh daging yang diberi, golongan miskin berupaya menyambut hari mulia ini senang. Ini dapat menwujudkan komuniti yang penuh dengan nilai dan semangat kasih sayang Di samping itu, hubungan saudara mara akan menjadi lebih erat dan kukuh menerusi sambutan Hari Raya Adiladha. Mereka akan saling bantu- membantu dan mengziarahi pada Hari Raya Adiladha. Pada masa yang sama, hubungan seisi keluarga kan bertambah erat melalui aktiviti persiapan yang dijalankan. Masyarakat pada masa kini kurang meluang masa bagi menjalin hubungan dengan ahli keluarga. Menerusi hari mulia ini, mereka berpeluang berinteraksi dengan ahli keluarga. Dengan memahami dan berkomunikasi dengan ahli keluarga, suasana harmoni akan terbentuk. Pengamalan nilai- nilia mulia ini harus dikekal dan diwarisi kepada genarasi mudah yang bakal memikul tanggungjawab untuk membangunankan negara kita. Nilai mulia ini bukan sahaja dapat memberi inspirasi kepada golongan umat Islam. Malah, nilai murni ini dapat memberi dorongan dan memberi inspirasi kepada bangsa untuk berkongsi sama menerusi pengamalan nilai mulai Hari Raya Adiladha.

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Kesimpulan
Sebagai Umat Islam di Malaysia, tentu memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya umat Islam di negara kita mampu meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan makmur, aman dan penuh keberkatan Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini memberi pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat di Malaysia atau di seluruh dini. kita harus bersyukur dengan berperanan mengekalkan keharmonian dan kedamaian di Negara kita. Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam iaitu sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik. Pengajaran terpenting yang terkandung dalam Hari Raya Aidiladha adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Umat Islamsewajaynay melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada perayaan Hari Raya Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam. Samangat Kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan kita. Kekuatan yang ada juga dapat dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara. Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu. Sememangnya, konsep kesatuan dan kesamaan amat penting dalam Islam untuk membina kasih sayang dan silaturrahim sesama umat. Ia terlalu penting sehingga Rasulullah S.A.W. memperingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Maksud sabda Baginda Wahai Manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang yang berkulit hitam juga tidak ada kelebihan atas orang yang berkulit kemerahan dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan Takwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Sambutan Aidiladha ini wajar diraikan sengan budaya semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara.

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Jurnal Reflektif Saya berasal dari sebuah keluarga yang beragama buddist. Walaupun terdapat banyak kawan yang beragama Islam tetapi saya masih kurang berpengetahuan tentang perayaan yang disambut oleh warga muslin terutamanya tentang Hari Raya Haji. Oleh itu, saya meminta bantuan daripada kawan saya yang terdiri daripada agama Islam untuk memberi maklumat tentang Hari Raya Haji supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Dalam proses menyiapkan kerja ini, saya telah mendapat banyak maklumat tentang perayaan ini melalui beberapa kaedah. Contohnya, saya mendapat maklumat ini daripada kawan dan rakan kerja saya yang beragama Islam serta blog-blog yang berkaitan. Melalui kaedah ini, saya mendapat banyak pengetahuan tentang Hari Raya Haji termasuklah sejarah dan latar belakang perayaan Hari Raya Haji, adat resam perayaan, sambutan perayaan, juadah utama, pantang larang dan sebagainya. Sebelum ini, kebanyakan pengetahuan yang mengenai Hari Raya Haji adalah didengar dari kawan saya. Bagi pengetahuan saya, saya hanya tahu perayaan Hari Raya Haji hanya mengadakan juadah di rumah masing-masing dan memakai baju tradisional seperti menyambut Hari Raya Selepas menjalankan tugas ini, saya baru mendapat banyak maklumat yang berkaitan dan berguna membuatkan saya lebih memahami tentang Hari Raya Haji melalui kaedah melayari internet. Dengan ini, saya banyak belajar tentang perayaan kaum lain dan menambahkan pengetahuan saya serta-merta Seterusnya, perayaan Hari Raya Haji amat diutamakan oleh penganut umat Islam. Pada hari ini, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula- mula dimakan pada hari itu ialah daging korban berkat. Selepas sembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri- biri yang dikorban akan disembelih secara beramai- ramai di kawasan masjid. Daging yang diperoleh akan dibahagi- bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Ini wajar diraikan sengan budaya semangat 1Malaysia yang turut memperlihatkan kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara. Selepas menyiapkan tugasan ini, saya mendapati saya telah lebih memahami tentang agama Islam dan perayaan ini. Di samping itu, saya juga memahami aktiviti keagamaan saya serta perayaan agama yang lain dengan lebih lanjut, seperti Tahun Baru Cina, Chap Gong May, hari Krismas dan lain-lain lagi. Ringkasnya, perayaan yang terdapat di negara kita mempunyai

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

maknanya yang unik dan juga boleh mengekalkan perpaduan negara kita. Sebagai Warga Malaysia kita haruslah saling kenal-mengenali tentang perayaan yang terdapat di Negara kita.

HBEF2803_teresachaisiawhung_841022135632001

Rujukan
1. Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato seri Najib Tun Razak Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah. Dilayari pada 26 November 2012 di: http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menterimalaysia-sempena-sambutan-hari-raya-aidiladha-1433-hijrah/ 2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dilayari pada 26 November 2012 di: http://www.islam.gov.my/ 3. Penterjemahan Hadis Islam- Hadis riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai 4. Penterjemahan Hadis Islam- Hadis riwayat At-Tirmizi 5. Jasman Ahmad, (2006) Masyarakat Melayu 6. Mohd. Taib Osman, (2009)Tamadun Islam di Malaysia

You might also like