• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 
Hikayat Hang Tuah.
Tema cerita: FolkloreSumber: Kamus Wikipedia melayuHang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan SultanMelaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekodsejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanyabernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernahmenjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakanketurunan dayang di istana.Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakanpetarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. Hang Tuah dan empat orangkawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersamaAdiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggaldi Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlimakembali ke kota Melaka.Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri)daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasanmereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untukbertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultanhinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahitdi tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama TamingSari.Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan.Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh ituHang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itukemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akanturut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuriSultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah.Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan.Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor,tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telahmenjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya HangTuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultanmenjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepadaHang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...