You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN FIZIKAL SAYA SEMASA DI SEKOLAH RENDAH

Semasa saya berada di sekolah rendah, saya telahpun dapat memperkembangkan perkembangan fizikal saya melalui beberapa aktiviti yang dijalankan oleh guru saya. Aktiviti yang meningkatkan perkembangan fizikal saya ialah seperti berikut :

Permainan Saya bermain dengan seronok bersama-sama dengan rakan-rakan saya seperti berlari, melompat dan menyepak. Semasa aktiviti sukan saya menggunakan alatan sukan seperti gelung rotan, tali lompat, dan bola semasa bermain pada waktu pendidikan jasmani.

Makanan dan kesihatan Saya mengambil makanan yang berkalsium semasa pertumbuhan gigi kekal. Saya mengambil dan membeli makanan yang bersih dan berkhasiat di kantin.

Aktiviti menulis dan melukis Saya rajin menulis teks ataupun kaarangan yang diberikan oleh guru saya dan ini dapat melatih otot-otot halus saya. Saya belajar untuk menulis dengan kemas dan teratur.

You might also like