You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V DI SK BUNTONG LAPORAN SEBELUM Bagi memenuhi keperluan kursus Bina Insan

Guru Fasa V pada kali ini, kami pelatih guru dikehendaki mengadakan satu Program Penanda Aras Melawat Sekolah Cemerlang. Bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik, kami telah sebulat suara melantik saudari Lee Wei Zher sebagai Pengerusi Program dan dibantu oleh saudara Tiong Chiong Hung dari sebagai Naib Pengerusi. Seterusnya, setiausaha bagi program ini ialah saudara Muhammad Iftitah Bin Mustafa dan dibantu saudari Fatma Zuhra binti Abdul Hai sebagai naib setiausaha. Bendahari yang dilantik adalah saudari Jumaiah Binti Abdul memandangkan beliau cukup arif dalam mengendalikan hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan. Program ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih dari unit K1(Pendidikan Prasekolah). Semasa perjumpaan pertama diadakan, pembentukan Ahli Jawatankuasa program dilakukan terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan kelangsungan program agar berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja pembentukan Ahli Jawatankuasa selesai, kami melanjutkan lagi sesi perbincangan ini berkenaan dengan sekolah yang bakal kami kujungi. Setelah proses perbincangan dilakukan bersama rakan sekelas dan juga pensyarah pembimbing, kami sebulat suara memilih Sk. Buntong sebagai tempat untuk pelaksanaan program BIG kami pada kali ini. Antara rasional pemilihan Sk. Buntong ini adalah kerana sekolah ini memiliki pakej kecemerlangan dari segi pengurusan prasekolah dan juga pentadbiran. Malahan sekolah ini juga turut memperlihatkan kecemerlangannya dari sudut pencapaian akademik, kokurikulum dan lain-lain.

Proses berhubung dengan pihak sekolah dilakukan terlebih dahulu bagi memperoleh kebenaran untuk pelaksanaan program ini. Pengolahan kertas kerja dilakukan dengan kadar yang segera bagi memperoleh kelulusan daripada pihak IPG. Perkara ini adalah merupakan salah satu daripada prosedur dalam pelaksanaan sesebuah program. Segala proses surat menyurat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesilapan dari berlaku. Sebagai contoh kesilapan dari segi alamat sekolah dan sebagainya.

Gambar 1: SK. Buntong Beberapa mesyuarat serta perbincangan susulan turut diadakan bagi

mengetahui perkembangan gerak kerja bagi setiap ahli jawatankuasa yang dilantik. Di samping itu, kami juga turut mengadakan sesi perbincangan bersama dengan pensyarah pembimbing bagi unit kami iatu Puan Sheal Valakshemi A/P Palaniappan bagi memperoleh sedikit sebanyak cadangan atau penambahbaikan berkenaan dengan tentatif program yang dirangka oleh kami. Kami berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang permasalahan dan semoga program ini dapat memberi manfaat kepada kita semua selaku bakal guru pada masa hadapan.

You might also like