Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akanmemberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji,mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedahmengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnyamatematik, sains dan bahasa.
Jenis pendekatan induktif
•
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari sirisegitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
•
Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravitidaripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
•
Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapathukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
•
Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkahlaku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif
•
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harusmenyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh muridmembuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
•
Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitandengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
•
Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciriyang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
•
Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
•
Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid jugadigalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
•
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkankesimpulan yang berkenaan.
•
Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.
1