You are on page 1of 40

PKP 3113 : PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

TOPIK 7 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Disediakan Oleh : Muhamad Hafiz Ezani Mohd Qhairil Anwar Muhammad Iqram Akeef

TUJUAN, KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN


Kaedah pemerhatian terdapat di dalam pendekatan kualitatif. Kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada 2 iaitu : Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai pemerhati)

DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN


Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.

Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya : a) Mengkaji perkembangan tingkah laku kanakkanak. b) Kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan. c) Kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif . Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu ; a) kategori tingkah laku b) unit tingkah laku c) paras tafsiran pemerhati d) generalisasi dan penggunaan e) pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.

Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian.

Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan.

Pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

TUJUAN PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.

JENIS-JENIS PEMERHATIAN
i. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai pemerhati)

i.

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)


Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)


Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

PERBEZAAN
PEMERHATIAN BUKAN PESERTA Responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpurapura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. PEMERHATIAN PESERTA Penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumatmaklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati diperingkat awal.

KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN


Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN


Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Berikut disarankan dua cara membuat pemerhatian :


1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji. 2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian

Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan :


Apakah yang hendak diperhatikan? - Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih guru/pensyarah penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri. - Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.

Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan? Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu. Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agat memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction) Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan? Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama.

Penggunaan alat perakam


Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: - Dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum. - Dengar semula untuk mencari data-data penting.

Gambar foto
Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan body language terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

Rakaman video
Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa.

Kaedah Pengumpulan Data: Temu bual


Berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual.
Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa.

Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan.

KONSEP TEMU BUAL

Teknik Temu Bual Berstruktur

Ciri Utama Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal. Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan jawapan informan. Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan informan.

Separa Berstruktur

Tidak Berstruktur

TEKNIK TEMU BUAL

Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan berikut boleh digunakan:

Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual Pilih masa yang sesuai Bina hubungan (rapport) dengan informan Sekiranya perlu, minta kebenaran informan untuk merakamkan sesi temu bual Gunakan soalan probing, contohnya: o Apakah pandangan anda o Apa yang anda maksudkan dengan o Bagaimana ia boleh berlaku o Ulangi soalan/jawapan jika perlu o Berikan tempoh masa yang sesuai kepada informan untuk menjawab.

PANDUAN TEMU BUAL

Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat tranksripsi (transcription) iaitu ditaip dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis
Untuk membolehkan analisis dibuat dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh

ANALISIS TEMU BUAL

Analisis data boleh dibuat melalui caracara berikut: i. Analisis Secara Manual ii. Analisis Melalui Komputer

Sambungan..

Baca keseluruhan transkrip temu bual bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh orang yang ditemu bual itu; Baca sekali lagi dan kemudian highlight atau gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu; Baca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan tumpuan kepada aspek-aspek yang digariskan; Bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang digariskan itu; Semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama agar menjadi beberapa kategori tertentu; dan Gabung tema dan kategori yang terdapat dan buatkan kesimpulan.

Analisis secara Manual

1 : Faktor guru (5) Guru mengajar terlalu cepat Guru selalu marah Guru tidak guna bahan bantuan mengajar
2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2) Tidak pergi kelas tuisyen Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar) 3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5) Tidak digunakan dalam aktiviti seharian Tidak selalu orang guna pecahan di kedai

4 : Tajuk pecahan susah (2) Tajuk ini memang susah79


5 : Tidak faham (3) 6 : Tidak berminat/tidak suka (2)

Penentuan kod

Analisis melalui komputer bolehlah menggunakan perisian NVIVO.

Analisis melalui komputer

DATA BERBENTUK DOKUMENTASI

DEFINISI
Dokumen pada hakikatnya adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang telah tersedia pada tempat tertentu. (Noeng, 2000 : Nana, 2005 : Sudarwan, 2005).

You might also like